Setiap daripada kita tentu jarang dapat mengelak daripada gigitan serangga. Ketika terdapatnya alergen dari serangga masuk ke dalam tubuh, sistem imun akan terus menunjukkan tindak balas. Reaksi yang timbul jika digigit serangga adalah reaksi hipersensitivitas atau reaksi alergi. Reaksi ini menunjukkan tubuh badan kita sedang berusaha untuk menghilangkan alergen tersebut.
Jenis serangga yang beracun dapat menimbulkan reaksi alergi biasa, seluruh tubuh atau reaksi alergi berat disebabkan oleh racun gigitan atau sengatan daripada serangga tersebut. Manakala bagi serangga yang tidak mengeluarkan racun, akan menimbulkan reaksi akibat kontak bahagian tubuh serangga atau liur dengan kulit. Reaksinya lebih ringan dan hanya pada lokasi dan kawasan tempat gigitan sahaja. Serangga tidak beracun seperti nyamuk, lalat, kutu, dan ulat bulu. Selain itu, serangga ini dapat menyebarkan penyakit lain seperti malaria, demam berdarah, virus Zika, demam chikungunya yang ditularkan melalui gigitan nyamuk jenis tertentu. Penyakit tidur, penyakit kaki gajah, atau penyakit parasit darah dapat ditularkan melalui gigitan lalat jenis tertentu. Penyakit Lyme yang ditularkan melalui gigitan kutu jenis tertentu.
Sebahagian orang terlalu seensitif terhadap racun daripada gigitan serangga dan boleh menyebabkan maut yang disebut anaphylactic shock. Ketika ini terjadi, laluan pernafasan akan terasa sempit hingga menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Pihak medik akan memberikan epinephrine (hormon yang dapat mencegah reaksi alergi parah) bagi situasi sebegini.
Kredit: brightside.me
Apa yang harus dilakukan jika digigit serangga?
Sekiranya selepas digigit serangga menimbulkan gejala-gejala ringan, rawatan dirumah dapat dilakukan seperti berikit:
- Basuh kawasan yang digigit atau disengat dengan air dan sabun.
- Bila ada sengat yang tertinggal di kulit (misalnya terkena sengatan lebah) cabut sengat dengan hati-hati.
- Oleskan calamine lotion atau baking soda, pada kawasan yang digigit. Lakukan beberapa kali sehari hingga gejala menghilang.
- Kompres kawasan yang digigit dengan ais yang dibalut atau kain yang direndam di dalam air sejuk. Cara ini berguna untuk mengurangi bengkak.
Gejala ringan akibat gigitan serangga akan menghilang dalam masa 1-2 hari. Tetapi untuk kes yang parah seperti tersengat lebah atau tebuan di tengkuk atau di mulut, pesakit harus segera dibawa ke hospital.
Anda akan lebih cenderung untuk digigit dengan serangga jika anda bekerja di luar atau selalu mengambil bahagian dalam aktiviti luar seperti berkhemah atau memanjat gunung. Jika besar kawasan kulit anda yang terdedah, seperti pada lengan atau kaki anda, kawasan ini lebih mudah untuk digigit oleh serangga.
Faktor risiko untuk gigitan serangga dan sengatan termasuk: pakaian gelap, makan di luar, terdedah pada sarang dan busut, pewangi flora, pakaian yang longgar, menyertai aktiviti rekreasi luar atau bekerja di luar. Kesimpulannya, waspadalah terhadap Kawasan sekeliling kita beserta ambillah langkah pencegahan awal sepertimana yang telah disarankan.
Nak cuba ikhtiar Minyak Herba Asmak untuk hilangkan kesan gigitan serangga? Klik di sini.
Kredit:
hmetro.com.my