Apa itu G6PD ?
Rajah 1 dari The Malaysian Medical Gazzette
G6PD ialah singkatan bagi nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, ia merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul.
Rajah 2 dari Sweetmummystory.com
Selain itu, kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.
6 Gejala/Tanda-tanda G6PD Berlaku
Tambahan pula, kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (Jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (Jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (Fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.
Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (Hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah adalah:
- Kelihatan pucat
- Tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
- Pening
- Degupan jantung yang laju
- Sukar bernafas
- Sakit dada
Diagnosis
Untuk mendiagnosis samada seseorang bayi itu mengalami G6PD atau pun tidak, dia perlulah melakukan ujian darah bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.
Bahan-Bahan/ Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit G6PD
Rajah 3 daripada impiana
Makanan yang perlu dielakkan:
- Kacang parang (fava beans)
- Ubat China
- Chuen Lin
- San Chi
- 13 herbs
- 12 herbs
- Ubat tradisi lain (dapatkannasihat doktor)
Ubat-ubatan:
- Acetanilide
- Doxorubicin
- Furazolidene
- Methylene Blue
- Nalidixic acid
- Niridazole
- Nitrofurantoin
- Phenozopyridine
- Primaquine
- Sulfamethoxazole
- Bactrim
Bahan-bahan lain:
- Ubat gegat (moth balls)
- Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Rawatan
Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi.
Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa.
Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.
Akhir sekali, pastikan anda memaklumkan kepada doktor sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.
Jika anak anda mengalami masalah G6PD, sila tekan link ini.
Kredit: