6 Tanda-Tanda G6PD Yang Ibu bapa Perlu Tahu

Apa itu G6PD ?

 

Rajah 1 dari The Malaysian Medical Gazzette

G6PD ialah singkatan bagi nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, ia merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul.

 

 Rajah 2 dari Sweetmummystory.com

Selain itu, kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

6 Gejala/Tanda-tanda G6PD Berlaku

Tambahan pula, kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (Jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (Jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (Fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (Hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah adalah:

  1. Kelihatan pucat
  2. Tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  3. Pening
  4. Degupan jantung yang laju
  5. Sukar bernafas
  6. Sakit dada

Diagnosis

Untuk mendiagnosis samada seseorang bayi itu mengalami G6PD atau pun tidak, dia perlulah melakukan ujian darah bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.

 

Bahan-Bahan/ Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit G6PD

6 tanda-tanda G6PD

6 tanda-tanda G6PD

Rajah 3 daripada impiana

Makanan yang perlu dielakkan:

  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
  • Chuen Lin
  • San Chi
  • 13 herbs
  • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkannasihat doktor)

 

Ubat-ubatan:

  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim

 

Bahan-bahan lain:

  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

 

Rawatan

Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi.

Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa.

Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

Akhir sekali, pastikan anda memaklumkan kepada doktor sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Jika anak anda mengalami masalah G6PD, sila tekan link ini.

 

Kredit:

  1. http://www.myhealth.gov.my/kekurangan-enzim-g6pd/
  2. https://ms.wikipedia.org/wiki/G6PD

Rawatan Batuk Ibu Hamil Yang Mudah dan Berkesan

Merasa tak sedap tekak hingga menyebabkan batuk adalah satu keadaan yang cukup tidak selesa. Kemudian, mulalah anda pun terburu-buru nak mendapatkan ubat di farmasi bagi rawat batuk ibu hamil. Apatah lagi dengan keadaan sekarang walaupun hanya batuk, kita pasti akan rasa lebih risau adakah kita juga telah mendapat jangkitan yang tidak diingini?

 

Persoalan yang sering ibu-ibu mengandung kerap tertanya -tanya adalah, sama ada boleh atau tidak rawat batuk ibu hamil dengan memakan ubat? Boleh sebenarnya, namun tidak salah kita cuba alternatif lain iaitu rawatan semula jadi menggunakan bahan-bahan mudah yang boleh didapati di rumah.

 

  1. Bawang putih

Ada tak yang suka atau boleh makan bawang putih mentah? Wah, kalau betul anda boleh makan mentah dengan begitu saja memang salute la! Bawang putih ini ada banyak khasiat. Ia bukan untuk jadi perencah dalam masakan saja, tapi ia juga dapat merawat batuk ketika hamil dan masalah gatal tekak.

 

Caranya anda boleh minuman herba dengan empat ulas bawang putih, dua biji tomato dan hirisan lemon. Ia dapat melegakan batuk ketika hamil dan menjadi minuman antibakteria yang lazat. Cara kedua, anda boleh meletakkan bawang putih ke dalam sup tomato dan makan bersama nasi putih. Fuhh perut kenyang plus batuk ketika hamil ini pun boleh hilang.

 

  1. Teh herba

Teh herba juga boleh merawat batuk ketika hamil. Caranya campurkan halia, bunga chamomile (spesis bunga matahari) dan hirisan lemon. Halia misalnya, selalu digunakan dalam perubatan tradisional Cina pada zaman dahulu kala. Ia membantu sistem pernafasan dan mampu singkirkan angin yang dipercayai penyebab sakit.

 

Kelebihan bunga chamomile pula bersifat anti bakteria dan memberikan ketenangan saat bernafas selepas minum teh herba ini. Manakala lemon pula mempunyai sejumlah besar vitamin C yang boleh meningkatkan sistem imun tubuh terutamanya ketika hamil kekebalan tubuh akan sedikit menurun. Lemon juga dapat kuatkan badan untuk melawan penyakit.

 

  1. Campuran madu, halia dan lemon

Antara minuman campuran yang boleh merawat batuk ketika hamil adalah penggunaan madu, halia dan lemon dalam satu cawan minuman.

 

Cara membuatnya:

  • Ambil setengah suku halia dan letakkan dalam air untuk direbus.
  • Biarkan air tersebut mendidih selama lima minit
  • Kemudian tuangkan dalam cawan dan biarkan suam.
  • Selepas itu, tambah dengan hirisan buah lemon dan satu sudu madu
  • Campurkan kesemuanya. Anda pasti rasai kelazatan minuman ini.

Bahan yang digunakan ini memang banyak terdapat dalam rawatan tradisi Cina dan sebagai bahan untuk anti bakteria.

 

  1. Cuka epal

Cuka epal juga boleh menjadi ubat rawatan semula jadi untuk sembuhkan selsema dan batuk ketika hamil. Selain itu, cuka epal juga memberi daya tahan pada tubuh ketika sakit. Apabila tubuh jatuh sakit, ia akan berubah menjadi alkali. Dengan mengamalkan cuka epal ini, ia membantu neutralkan penyakit supaya tubuh selamat daripada sebarang virus.

 

Selain itu, ia juga mengandungi mineral penting seperti potasium, kalsium, magnesium, phosporus, klorine, sodium sulfur , zat besi dan banyak lagi. Jika anda rasa masam, campurkannya dalam masakan yang sesuai seperti sayur goreng atau salad.

 

  1. Buah beri

Buah beri mengandungi antioksidan yang mampu menghilangkan racun pada tubuh yang menyebabkan rasa tak selesa di bahagian kerongkong serta tekak. Anda boleh letakkan buah beri dalam salad atau buat jus.

 

Kesimpulannya batuk ketika hamil ini biasanya akan serang ibu sebanyak dua kali jika sistem imun badan lemah. Ibu-ibu hamil juga diingatkan agar tidak mengamalkan ubat-ubatan yang boleh mengundang bahaya pada kandungan.

 

Kesimpulannya

Pastikan anda mendapat kebenaran doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan ketika mengandung. Jadi penyelesaian paling mudah jika anda menghidap selesama dan batuk ketika hamil ini terjawab jika anda mengamalkan ubatan semulajadi di rumah.

 

Bahkan, bahan yang digunakan juga senang dapat di kedai berdekatan.Namun begitu sekiranya ia memberikan tindak balas tertentu atau anda berasa ragu-ragu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

 

Jika anda ingin mencuba madu dari Asmak, boleh rujuk halaman ini.

Rawat Batuk Ibu Hamil

 

Sumber:

  1. healthline 
Shopping cart close