6 Tips Penjagaan Diri Sewaktu Berpantang

Selepas melahirkan anak, tentu saja ibu-ibu perlu memulihkan kembali kekuatan tubuh badan. Justeru, selepas melahirkan adalah fasa yang penting bagi setiap ibu. Dalam jangka masa tempoh berpantang, ibu selepas bersalin perlu memberikan penjagaan lebih rapi kepada diri mereka. Ini kerana dalam tempoh berpantang tersebut, ibu akan mengalami perubahan emosi dan fizikal.

Sepanjang tempoh berpantang, ibu yang baru melahirkan perlu berehat, memulihkan badan dan mengikat hubungan kasih sayang dengan si manja. Justeru, jom ikuti 6 tips penjagaan ibu sewaktu berpantang. 

#1 – Memakai bengkung

Amalan memakai bengkung ini dilakukan bagi membentuk semula badan serta mengurangkan pergerakan bagi membantu pemulihan luka pada faraj. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis bengkung yang berada di pasaran masa kini. 

Penjagaan diri sewaktu berpantang

Kredit:hmetro

#2 – Bertungku 

Bertungku bertujuan untuk mengeluarkan angin dalam badan, membantu mengecutkan rahim dan melembutkan urat yang tegang. Namun amalan bertungku ini perlu dilakukan dengan berhati-hati dan lembut serta elakkan daripada menekan rahim. 

#3 – Minum jamu dan ubat periuk

Kaedah berpantang dalam kalangan masyarakat Melayu amat menitik beratkan pengambilan jamu. Pengambilan jamu dan ubat periuk membantu mengembalikan tenaga dan memanaskan badan. Ia juga mampu mengeluarkan lemak, toksik serta memudahkan proses membuang air besar. 

#4 – Berurut

Berurut dapat memulihkan aliran darah selain membantu mengeluarkan angin dari badan. Ianya turut memulihkan sakit otot, sendi serta saraf di pinggang, tumit dan lutut. Berurut juga dapat mmberi ketenangan kepada ibu berpantang. Oleh itu, ia amat digalakkan untuk ibu selepas bersalin. 

Kredit:Vanillakismis

# 5 – Makan banyak sayur sayuran dan buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan sudah kita ketahui merupakan sumber vitamin, mineral dan anti-oksidan. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu mempercepat proses pemulihan ibu yang sedang berpantang. Sayuran yang berbentuk ulam-ulaman amat digalakkan bagi ibu berpantang. Antara contoh ulam-ulaman adalah seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja dan daun sekentut. 

Penjagaan diri sewaktu berpantang

Kredit: Ceriasihat

#6 – Makan Sup Ikan Haruan 

Tahukah anda, ikan haruan terkenal dengan khasiatnya memulihkan luka dalaman dan luaran. Kerana itu, ikan haruan juga merupakan menu utama yang dihidangkan bagi ibu mengandung. 

Dalam keseronokan anda menerima cahaya mata, tidak bermakna anda perlu melupakan dan mengabaikan penjagaan diri anda sendiri. Anda adalah watak utama paling penting yang memerlukan penjagaan diri. Pastikan diri anda mendapat rehat yang mencukupi dan jaga pemakanan dengan mengamalkan makanan yang berkhasiat untuk sentiasa kekal bertenaga. 

Bagi mendapatkan produk penjagaan bayi Asmak Baby Care, sila klik disini. 

 

Kredit: hellodoktor

 

Leave a Reply

Kategori Artikel

Produk Terbaru & Terlaris Asmak Life

Shopping cart close