Skip to main content
search
0

ketahui cara menangani menopaus

Kredit:irishtimes

Monopaus atau putus haid adalah yang sering dihadapi wanita di dalam lingkungan umur 50 hingga 60 tahun. Ia tidak berlaku dalam masa sehari atau semalaman tetapi mengambil masa yang lama dan menunjukkan beberapa tanda kepada individu yang akan putus haid sepenuhnya.

Tanda-tanda yang bakal dihadapi wanita yang mengalami fasa menopaus ialah pertama sekali mengalami perubahan kitaran haid dan kuantiti pendarahan haid adalah sedikit. Seterusnya tidak mengalami haid dalam bulan-bulan tertentu atau mengalami haid dalam tempoh 2 atau 3 minggu.

Namun, terdapat pula beberapa simptom paling ketara yang berlaku kepada wanita yang mengalami masalah menopaus seperti:

  1. Sensasi panas pada bahagian muka, leher dan dada yang boleh menyebabkan seseorang itu peluh berlebihan dan kulit menjadi  kemerah-merahan. Keadaan ini juga dikenali sebagai ‘hot flushes’.
  2. Berpeluh apabila tidur pada waktu malam.
  3. Kesukaran untuk tidur.
  4. Nafsu atau ‘libido’ berkurangan.
  5. Mengalami masalah memori dan fokus sering terganggu.
  6. Faraj akan mengalami kekeringan serta gatal malahan akan berasa sakit apabila menjalinkan hubungan seks.
  7. Sering sakit kepala.
  8. Emosi cepat berubah dan sering kali berasa risau atau resah.
  9. Jantung bedebar-debar dengan kencang.
  10. Sendi berasa sakit atau kejang
  11. Lebih mudah mendapat jangkitan kuman pada saluran air kencing.

Simptom tersebut merupakan amaran atau tanda bagi mereka yang sedang mengalami perubahan menopaus atau putus haid.Oleh itu jangan panik ketika menghadapi situasi ini dan berjumpa dengan doktor bahagian sakit puan untuk mendapatkan keterangan lanjut untuk masalah yang dihadapi dan mendapatkan jalan penyelesaiannya.

Bagi golongan wanita yang bakal menghadapi fasa ini haruslah mengambil maklum tentang cara dalam mengatasi simptom menopaus ini. Hal ini kerana, bagi wanita yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang menopaus pastinya akan mengalami kerisauan yang melampau ketika menghadapinya. Justeru itu, kaum wanita harus bersiap sedia untuk mengharungi cabaran tersebut.

Sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana  ia akan dapat membantu melancarkan aliran darah dalam badan dan dapat mengelakkan sebarang penyakit kronik yang tidak diingini.

Seterusnya, mengamalkan diet yang seimbang. Masalah ketidakseimbangan hormon dalam badan dapat diatasi dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dengan kandungan nutrien yang tinggi. Turut di nasihatkan perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dan magnesium yang tinggi untuk membantu mengukuhkan lagi struktur tulang sekali gus dapat melambatkan proses reput tulang.

Akhir sekali, kaum lelaki terutama sekali golongan suami untuk memahami apa yang sedang dihadapi oleh para isteri dan memberi sokongan emosi yang penuh kepada mereka. Oleh yang demikian, ini adalah kerana fasa menopaus merupakan fasa yang bakal dihadapi oleh semua wanita, maka dengan bantuan suami dalam masalah kesihatan ini dapat memberi manfaat dan menjadikan rumah tangga aman dan keluarga yang harmoni.

Masalah menopaus atau putus haid merupakan masalah yang pastinya bakal dihadapi oleh setiap wanita. Mereka akan mengalami simptom menopaus yang agak kurang selesa. Jadi, para wanita harus mengambil tahu serba sedikit tentang masalah ini untuk dijadikan sebagai persediaan dan berjumpa dengan doktor pakar sakit puan untuk maklumat dan nasihat yang lebih terperinci.

Jika kalian ingin mengetahui cara berpantang yang lengkap, boleh rujuk artikel ini.

Kredit: Doctor on call

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu