Buah lemon mempunyai pelbagai khasiat yang baik yang tidak dapat dinafikan lagi. Buah lemon adalah sejenis buah sitrus yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara kita. Jika disoal, pasti majoriti tahu kewujudan buah ini, namun adakah anda sedar akan kebaikan yang terkandung dalam buah ini?
Walaupun tiada kajian khusus tentang kebaikan air lemon, tapi terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan lemon dan juga air kosong mempunyai banyak khasiatnya.
Oleh itu, jom baca artikel ini untuk mengetahui khasiat-khasiat khusus yang terkandung dalam buah lemon.

Kredit: siraplimau.
Antara 7 khasiat buah lemon adalah:
1. Lemon kaya dengan vitamin C
Vitamin C merupakan sejenis antioksidan yang boleh membantu tubuh badan kita untuk melawan penyakit. Selain itu, vitamin C juga terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan juga membantu pemulihan sel-sel dalam tubuh badan.
Tambahan pula, buah lemon juga mengandungi vitamin A, beta-karotena, folat, kalsium dan potassium yang baik untuk badan anda.
2. Amalan minum air lemon baik untuk kulit
Air adalah sangat penting untuk membuatkan badan kekal terhidrat. Jika kita minum air yang cukup, kulit akan menjadi lebih lembap dan sihat. Pengambilan air yang kurang akan buatkan wajah menjadi kering dan lesu.
Badan kita juga memerlukan vitamin C untuk membuat kalogen. Kolagen adalah sejenis protein yang baik untuk kulit. Kolagen dapat memperlahankan tanda-tanda penuaan seperti mengurangkan kedutan pada permukaan wajah. Kolagen juga terkandung dalam buah lemon ini.
3. Bantu anda kekal terhidrat
Anda perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Amalan ini dapat membuatkan anda rasa lebih segar dan bersemangat pada waktu pagi. Sebagai permulaan, cuba amalkan minum air lemon suam ketika anda baru bangun tidur.
4. Bantu turunkan berat badan
Amalan minum air lemon ketika berdiet dapat mengurangkan rasa untuk mengambil minuman bergula. Ini merupakan salah satu cara untuk menambah perisa pada air tanpa perlu ambil lebih banyak kalori.
Selain itu, amalan ini juga membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama. Disebabkan itu, keinginan anda untuk makan akan berkurang dan akhirnya anda mengalami penurunan berat badan.
5. Air lemon bantu sistem pencernaan anda
Air lemon mengandungi asid yang boleh membantu sistem pencernaan anda. Lemon juga mengandungi sejenis fiber yang dipanggil pektin. Pektin ialah sejenis prebiotik yang dapat membantu untuk kesihatan perut yang lebih baik.
6. Kurangkan risiko batu karang
Asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon juga mampu mengurangkan risiko batu karang. Ia mampu menghalang pembentukan kebanyakan jenis batu karang yang selalunya terbentuk daripada kalsium oksalat.
7. Membantu sistem penghadaman
Antara masalah yang berkaitan dengan sistem penghadaman yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita adalah masalah sembelit. Tahukah anda kandungan serat larut dan serat tidak larut di dalam buah lemon memberi kesan dan khasiat yang baik terhadap pergerakkan usus?
Pengambilan serat yang mencukupi antara 25 g ke 30 g sehari mampu untuk mengatasi masalah sembelit.
Akhir sekali, terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan yang terkandung dalam buah lemon ini. Dapatkan nasihat dan pandangan pakar dan pekerja kesihatan sebelum mengamalkan apa-apa jenis perubatan agar tidak mendatangkan mudarat terhadap kesihatan anda.
Jika anda mengalami masalah sistem penghadaman dan memerlukan alternatif, sila klik link di sini.
Kredit:



