Skip to main content
search
0

Gusi bengkak merupakan satu masalah yang umum dalam kalangan kita. Salah sebuah penyakit yang paling kerap mengakibatkan gusi bengkak, sakit dan berdarah ialah ‘Gingivitis’. ‘Gingivitis’ merupakan penyakit yang akan mengakibatkan keradangan di gusi sekaligus menjadikannya bengkak.

Punca utama bagaimana gingivitis berlaku adalah disebabkan gigi yang kotor hingga menyebabkan terbentuknya plak. Plak boleh menyebabkan masalah gusi dengan cara:

  • Plak terbentuk pada gigi: Plak adalah satu lapisan yang mengandungi bakteria. Lapisan ini terbentuk apabila kanji dan gula berinteraksi dengan bakteria yang dijumpai dalam mulut kita.
  • Plak pula akan bertukar kepada tartar: Plak yang terbentuk akan menjadi lebih keras dan membentuk tartar yang mengumpul bakteria. Tartar adalah lebih susah untuk dibersihkan berbanding plak dan ia memberi perlindungan kepada bakteria.
  • Gusi menjadi bengkak: Semakin lama plak dan tartar berada di gigi, semakin lama ia akan memberi iritasi pada bahagian gusi. Dengan masa, gusi anda akan menjadi bengkak dan mudah untuk berdarah.

Terdapat beberapa petua mengurangkan gusi bengkak yang masyarakat boleh amalkan ialah:

  1. Kumur Air Garam

Air larutan garam mempunyai sifat disinfektan (anti bakteria) semula jadi. Oleh itu, berkumur air garam dapat membantu mengurangkan proses keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka pada gusi atau mana-mana bahagian mulut. Berkumur dengan kerap juga boleh membantu menyingkirkan sisa makanan yang tersekat di celahan gigi yang mungkin menyebabkan gusi bengkak.

  1. Bunga Cengkih

Bunga cengkih mengandungi bahan antiseptik semula jadi yang dikenali sebagai eugenol yang dikatakan boleh menjadi petua bengkak gusi, sakit gigi dan radang mulut. Cara orang lama, gigitkan saja bunga cengkih pada bahagian yang sakit tu. Atau boleh tumbukkan menjadi pes dan sapukan pada bahagian gusi yang sakit. Minyak bunga cengkih pun sekarang ni ada dijual dan ia boleh digunakan sebagai pengkumur mulut.

  1. Guna ubat gigi khas

Selain itu, kita juga boleh menggunakan ubat gigi yang khas untuk membantu keadaan gusi bengkak tersebut. Dengan menggunakan ubat gigi tersebut, bengkak gusi akan dapat dikurangkan dan gusi dapat dikukuhkan sekaligus gigi akan mendapat kalsium yang mencukupi untuk menjadi lebih kuat.

  1. Daun teh Hijau/Pudina

Daun teh hijau atau daun pudina juga boleh digunakan untuk membantu mengurangkan rasa sakit pada gusi. Caranya, masukkan beg teh ke dalam peti sejuk selama beberapa minit dan kemudian letakkan beg teh itu di kawasan yang sakit.

  1. Timun

petua mengurangkan gusi bengkak

Kredit: pasarmelawati

Timun mempunyai kesan penyejukan, seperti juga ais yang boleh membantu mengurangkan rasa sakit pada gusi. Caranya hiriskan timun ikut keselesaan anda dan taburkan sedikit garam di atasnya. Kemudian gigit pada tempat gusi yang bengkak.

  1. Tuam Ais

Petua gusi bengkak yang satu ini juga mudah dan mungkin ada yang dah pernah buat masa sakit gigi. Caranya mudah je, ambil kain sejuk dan bubuh ais di dalamnya. Kalau tak ada ais, boleh juga rendam dengan air sejuk. Kemudian tuamkan pada bahagian gusi yang bengkak. Tuaman ais pada gusi boleh membantu menyebabkan salur darah pada permukaan kawasan terlibat untuk mengecut, lalu mengurangkan rasa sakit.

  1. Amalkan menggunakan floss

Floss menghilangkan sisa makanan yang tinggal dicelah gigi anda yang boleh menyebabkan plak dan tartar, dimana keduanya boleh menyebabkan penyakit gusi dan bengkak gusi. Hal ini kerana selepas makan, semestinya akan ada sisa-sisa makanan yang terlekat pada celah gigi. Kita perlulah memastikan sisa-sisa ini dikeluarkan kerana kalau tidak akan mencetuskan penyakit gingivitis.

Jika anda atau ahli keluarga anda megalami masalah ini,anda boleh mengunakan Minyak Herba Asmak, anda boleh klik disini.

Kredit:

  1. doctoroncall
  2. siraplimau
  3. thediagonsa
Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu