Skip to main content
search
0

Apa itu Vertigo?

Vertigo daripada bahasa Latin: vertō ” iaitu pergerakan berpusing-pusing atau gayat yang merupakan satu subjenis kepeningan yang melibatkan pesakit mengalami persepsi pergerakan dengan tidak betul (biasanya pergerakan pusing) kerana disfungsi sistem vestibul. Ini kerap berhubung kait dengan nausea dan pemuntahan serta gangguan keseimbangan, menyebabkan kesukaran untuk berdiri atau berjalan. Selain itu, Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan. Vertigo juga boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan. Vertigo kebiasaannya berpunca daripada masalah bahagian dalam telinga. Antara sebab yang boleh menjadi punca ialah:

1)  BPPV (benign paroxysmal positional vertigo): BPPV terjadi apabila ketulan kalsium (canaliths) bergumpal di bahagian telinga dalam (inner ear). Bahagian telinga dalam berfungsi untuk menghantar signal berkaitan pergerakan kepala dan badan ke otak. Ia membantu untuk memberi keseimbangan badan kita. BPPV boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui dan mungkin berkaitan dengan umur.

2)  Meniere’s disease. Penyakit Meniere’s ialah suatu masalah bahagian telinga dalam yang berpunca daripada penghasilan cecair dan perubahan tekanan dalam telinga. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya vertigo berserta bunyi desingan di dalam telinga (tinnitus) dan hilang pendengaran.  

 3) Vestibular neuritis or labyrinthitis. Ini adalah satu masalah pada bahagian telinga dalam yang berhubungkait dengan jangkitan (kebiasannya virus). Jangkitan ini boleh menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga dalam yang penting untuk mengawal keseimbangan badan.

Dalam segelintir keadaan, vertigo mungkin berpunca daripada:

  • Kecederaan leher atau otak
  • Masalah pada otak seperti ketumbuhan dalam otak atau strok
  • Sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan dalam telinga
  • Migrain

Vertigo biasanya tercetus dengan perubahan kedudukan kepala kita. Apabila kita menggerakkan kepala, vertigo yang dialami akan menjadi semakin teruk.

Antara simptom pesakit yang mengalami vertigo kebiasaannya akan mengadu berasa:

  1. Rasa seperti berpusing
  2. Rasa seperti senget
  3. Rasa terawang-awangan
  4. Rasa tidak seimbang/ mudah jatuh
  5. Rasa seperti ditarik ke satu arah
  6. Rasa loya
  7. Muntah
  8. Pergerakan bola mata yang tidak normal atau secara tiba-tiba (nistagmus)
  9. Sakit kepala
  10. Berpeluh tanpa sebab
  11. Bunyi berdesing di dalam telinga atau hilang pendengaran

11 Simptom Penyakit Vertigo ini boleh berlaku dalam beberapa minit atau jam atau lebih dan simptom ini akan berlaku secara berulang.

Siapakah mudah terdedah kepada Vertigo?

Vertigo meningkat dengan peningkatan umur dan adalah kira-kira dua hingga tiga kali lebih tinggi di kalangan wanita berbanding  dengan lelaki. Selain itu, ia juga melibatkan 2.5% daripada penduduk umum (US) (Hain 2009). Seterusnya, 1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat (Yardley 1998) dan terakhir, gejala yang biasa bagi pesakit yang melebihi 65 tahun (65%).

Apakah tanda dan gejala Vertigo?

  • Rasa berpusing
  • Pening
  • Loya
  • muntah
  • Ketidakseimbangan
  • Penglihatan kabur
  • Sukar berjalan

Akhir sekali, sekiranya masalah vertigo yang anda alami semakin teruk, segeralah berjumpa dengan doktor pakar untuk dapatkan khidmat nasihat daripada mereka.

Jika anda mengalami masalah di atas dan ingin membaca bagaimana minyak asmak membantu menghilangkan pening kepala, sila tekan link disini.

Kredit:

Myhealth

Physiomobile

Wikipedia

 

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu