Skip to main content
search
0

Tonsil merupakan sejenis tisu limfoid yang terletak di permulaan saluran pernafasan dan pencernaan kita. Ia merupakan salah satu bahagian sistem imun dan membantu untuk melindungi badan kita daripada jangkitan. Tisu-tisu limfoid yang terletak di bahagian kerongkong (oropharynx) kita tersusun dalam bentuk bulatan yang dikenali sebagai “Waldeyer’s ring.” Terdapat 7 Petua Yang Dapat Menghilangkan Bengkak Tonsil Secara Semulajadi.

Fungsi utama tonsil adalah barisan pertahanan pertama sistem imun anda terhadap patogen asing iaitu organisma seperti virus yang boleh menyebabkan jangkitan. Patogen ini diperangkap oleh tonsil apabila ditelan atau dihirup. Oleh sebab itu, tonsil mempunyai pengaliran darah yang pesat supaya badan anda boleh membangunkan respon imun yang sesuai dan pantas apabila terdedah kepada patogen asing tersebut.

Penggunaan perkataan “tonsil” oleh orang ramai biasanya merujuk kepada tonsil palatine yang adakalanya boleh dilihat apabila kita membuka mulut. Sebenarnya terdapat beberapa kumpulan tonsil lain iaitu:

  • Tonsil pharyngeal yang juga dikenali sebagai “adenoid” terletak berhampiran pembukaan rongga hidung ke dalam pharynx (bahagian tekak) kita. Apabila tonsil ini membesar, ia boleh mengganggu pernafasan kita.
  • Tonsil palatine wujud dalam pasangan, berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi kerongkong berhampiran pembukaan rongga mulut kita ke dalam pharynx.
  • Tonsil lingual terletak pada permukaan belakang lidah dan juga berhampiran pembukaan rongga mulut ke dalam pharynx kita.
  • Tonsil tubal terletak berdekatan dengan pembukaan Eustachian tube (saluran yang bersambungan dengan bahagian tengah telinga kita) ke dalam nasopharynx kita.

Ukuran tonsil adalah berbeza bergantung kepada umur dan status patologi tonsil tersebut. Ketika kanak-kanak berumur 5-6 tahun, tonsil akan membesar dengan cepat dan mencapai saiz maksimumnya ketika akil baligh. Mengikut ukuran purata, saiz tonsil selepas seseorang mencapai akil baligh adalah kira-kira 2-2.5 cm tinggi dan 1-1.5 cm lebar. Setelah itu, tonsil akan beransur-ansur mengecil apabila umur seseorang meningkat. Apabila mencecah umur tua, hanya sedikit tisu tonsil wujud lagi.

Antara simptom yang paling popular tentang penyakit ini adalah permukaan tonsil akan kelihatan merah cerah dengan bintik putih serta garis nanah yang menyebabkan kesakitan.Terdapat 7 Petua Yang Dapat Menghilangkan bengkak tonsil semulajadi. Antaranya:

1) Daun pudina

Menghilangkan bengkak tonsil semulajadi

Sumber  : budaktrolak

Didihkan secawan air bersama segenggam daun pudina. Tapiskan, tambah sesudu madu dan minum 2 ke 3 kali sehari. Bakteria dan virus yang membiak pada kawasan tonsil dapat dihapuskan dengan penggunaan pudina kerana kandungan antibakterianya.

Komponen mentholnya yang menyegarkan pula mampu memberi kelegaan kepada permukaan tonsil yang terkena jangkitan. Boleh juga amalkan berkumur dengan pembersih mulut berperisa pudina untuk memperbaiki kesihatan tonsil serta kawasan lain dalam mulut seperti gusi, gigi dan lelangit.

2) Kulit Kayu Manis

Menghilangkan bengkak tonsil semulajadi

Sumber : Maskulin

Kulit kayu manis juga adalah rempah yang tidak asing dalam masakan di rumah.Tahukah anda, rempah wangi yang diperkaya dengan agen antimikrob ini dapat menjadi penawar kepada tonsillitis kerana keupayaannya menghalang pembiakan bakteria pada tonsil dan mengurangkan bengkak dan rasa sakit pada kawasan tersebut.

Gunakan dengan menambah sesudu kulit kayu manis dan 2 sudu madu ke dalam secawan air panas. Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu untuk mendapatkan kesan yang efektif.

3) Kunyit

Menghilangkan bengkak tonsil semulajadi

Sumber : Lifestyle

 

Selain menjadi penyeri masakan, kunyit juga sering menjadi pilihan bagi rawatan alternatif dari rumah kerana kesan baiknya pada kesihatan seseorang termasuk rawatan tonsil yang bengkak.

Minum susu panas dengan campuran sesudu kunyit serbuk untuk meredakan sakit tekak. Amalkan 2 kali sehari untuk kelegaan segera.

Kandungan penyembuh yang ada pada kunyit mampu melawan pembiakan bakteria dan virus yang menyumbang kepada jangkitan. Bengkak juga menjadi susut dengan pengambilan kunyit kerana ia membantu menguatkan sistem imun tubuh.

4) Lemon

Lemon juga sinonim dengan rawatan bagi tonsillitis secara semulajadi dari rumah kerana memiliki kandungan nutrien yang tinggi  seperti antivirus, antiradang dan antibakteria. Bahan utama lemon iaitu vitamin C pula dapat menguatkan sistem pertahanan tubuh bagi melawan penyakit.

Cara penggunaannya ialah dengan menyediakan air suam yang ditambah dengan perahan sebiji lemon, secubit garam dan sesudu madu. Amalkan dua kali sehari untuk kesan yang cepat.

5) Madu

Selain kandungan gula semulajadi, madu juga mempunyai berbagai khasiat terapeutik seperti komponen antibakteria dan antiradang. Bahan-bahan aktif ini mampu melegakan kesakitan serta mengurangkan rasa bangkak. Ia juga membekalkan nutrisi lain seperti antioksida, zat besi dan mineral.

Cara penyediaannya ialah mencampurkan 4 sudu teh madu, satu suku sudu garam dan perahan sebiji limau kasturi. Kacaukan dan minum 2 ke 3 kali sehari untuk kesan lebih cepat.

6) Jintan

Nutrisi yang terkandung dalam jintan juga dipercayai dapat menyembuhkan tonsillitis secara alami dari rumah. Setiap bijian memiliki kadar antioksida, vitamin dan mineral yang tinggi. Selain dapat melawan jangkitan, komponen aktif ini juga dapat menguatkan sistem imunisasi badan.

Panaskan suku sudu biji jintan di atas kuali sehingga perang. Kemudian, tambah secubit serbuk kunyit dan kacau bersama. Sesudah masak, tambahkan secawan susu. Minum semasa suam dan ulang 2 ke 3 kali sehari untuk kesan terbaik.

7) Buah Tin/ Ara

Dengan kandungan serat ‘mucilage’ sebagai bahan utama, ia mampu melawan tonsillitis dengan melegakan kesakitan dan bengkak. Selain melancarkan pergerakan usus, serat ini juga bertindak aktif bagi melindungi dan menyembuh kawasan yang berjangkit dari serangan bakteria.

Rebus 3 biji buah tin kering. Hancurkan dan makan bersama sesudu madu. Amalkan 2 ke 3 kali sehari bagi meredakan sakit.

Secara amnya, tonsil yang membengkak akan pulih dengan sendirinya, namun mungkin mengambil masa. Dan sekiranya tonsil dijangkiti bakteria, doktor menyarankan supaya mengambil antibiotik supaya penyembuhan berlaku lebih cepat.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah selsema dan batuk dan ingin mencari alternatif yang lain yang mana anda boleh mencuba Minyak Herba Asmak,anda boleh klik di sini.

Kredit :

1.doctoroncall

2.sinarharian

3.siraplimau

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu