Sekiranya ibu dan ayah risau perut bayi tampak buncit kerana tidak memakaikan barut janganlah risau seperti ini pengakhiran dunia, sifat fizikal bayi memang begitu, ia adalah normal. Namun ibu bapa perlu tahu tidak barut punca kembung.
Kalau nak diikutkan pantang atuk nenek kita serta kepercayaan orang tua-tua dulu memang banyak. Namun tidak semuanya relevan untuk dipraktikkan dengan zaman moden sekarang. Lebih-lebih yang tiada bukti dari segi saintifik dan perubatan. Baik dari segi ibu berpantang selepas bersalin hinggalah keperluan bayi baru lahir.
Bukanlah semua pantang dan kepercayaan tidak perlu diikut, cuma perlu pilih mana yang serasi dan mana yang tidak. Memakai barut pada perut bayi adalah salah satu keperluan bayi baru lahir yang sangat dititikberatkan bagi orang tua-tua. Dipercayai bahawa tidak barut punca kembung. Katanya dengan memakai ketat-ketat dapat elakkan perut bayi dari pecah, dapat elak perut kembung atau untuk elakkan bayi terlebih minum.
Sebenarnya itu tidak benar belaka. Memakai barut bayi dengan ketat hanya akan mengakibatkan kemudaratan daripada kebaikan. Banyak faktor lain yang menyumbang kepada perut bayi kembung atau penyusuan bayi berlebihan sebenarnya boleh dikawal dengan sendirinya tanpa memerlukan barut.
Sebaiknya jika ingin memasukkan pemakaian barut sebagai keperluan bayi baru lahir, perlu ikuti 3 langkah ini seperti yang diterangkan oleh Dr. Ahmad Luqman Bakhri, seorang doktor perubatan dari Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dalam perkongsian beliau di Facebook.
3 langkah memakai barut bayi yang betul
- Material barut
Seeloknya pilihlah material barut bayi yang diperbuat daripada kapas lembut. Jangan guna barut berdasarkan rekaan dan corak semata-mata ya. Kalau ibu bapa nampak alahan pada kulit bayi dari material itu, lebih baik elakkan saja.
- Jangan pakai dengan ketat
Ini paling penting, elakkan pemakaian barut yang ketat pada perut bayi. Kadang-kadang masa dipakaikan pada bayi longgar saja, tapi biar bayi sudah menyusu akan menjadi ketat, takut terjeluak bayi nanti. Ibu ayah juga yang risau.
- Elakkan barut dari melitupi tali pusat yang belum tercabut
Apabila tali pusat masih belum tanggal elakkan tempat itu dilitup tanpa udara, nanti berkuman pula. Ia boleh menyebabkan jangkitan dan sudahnya anak akan jatuh sakit pula. Seeloknya tunggulah tali pusat bayi betul-betul sembuh barulah boleh pakaikan apa yang patut ya.
Ini antara cara simple untuk melegakan kembung perut bayi di rumah
- Baringkan bayi
Baringkan bayi anda dengan sedikit tinggi di bahagian kepala. Ini dapat mengelakkan gas dari terperangkap di dalam badan. Malah ia juga bagus sekiranya anda ingin menyusukan bayi, sentiasa pastikan kepala bayi sedikit tinggi untuk elakkan kemasukan angin, serta elak dari bayi muntah selepas menyusu.
- Menggerakkan kaki bayi secara membulat
Gerakkan kedua-dua kaki bayi dengan pergerakan membulat ia dapat melancarkan pergerakan angin. Pegang kedua-dua kaki bayi dengan lembut dan gerakkannya dengan pergerakan membulat, selain dapat mengeluarkan angin, bayi anda juga berasa seronok dengan senaman ringan ini.
- Menggerakkan kaki seperti mengayuh basikal
Teknik ini seolah bayi dapat menolak angin di dalam perut apabila lutut menolak perut. Pegang kedua-dua kaki bayi dihujung, kemudian tolaknya perlahan-lahan sehingga lutut bayi mengena perut, lakukan dengan kiraan 10 ia mampu mengeluarkan angin dari perut bayi.
- Bawa bayi anda bersiar-siar
Tidak kiralah menggunakan stroller atau menaiki kereta. Jalan yang sedikit ‘bumpy’ dapat mengurangkan rasa sakit perut bayi dan mengeluarkan angin yang terperangkap.
- Bedung bayi
Membedung bayi juga antara salah satu cara untuk membuang angin, tapi tidak semua bayi suka dibedung terutama sekali waktu berjaga. Waktu tidur memanglah bayi suka!
- ‘Tummy time’
Bayi paling seronok waktu ‘tummy time’ ia adalah posisi di mana anda meniarapkan bayi anda pada sebuah bantal. Selalunya ibu-ibu akan menggunakan bantal menyusu, ia boleh membantu mengurangkan angin dalam perut bayi dalam masa yang sama melatih kepala dan leher bayi untuk menjadi lebih kuat.
Semoga bermanfaat.
Boleh klik link ini untuk melegakan kembung perut bayi dan ketahui lebih lanjut tentang Set Asmak Baby Care.
Sumber : theasiantparent