Skip to main content
search
0

Kasihan bila tengok anak kecil tercungap-cungap nafas, tak lalu makan dan muka pucat bila terkena serangan asma. Malah jika asma tak dirawat, ia boleh mengancam nyawa! Orang kata biasalah, budak-budak sebelum nak besar dia akan sakit dulu. Ada ketikanya demam, selesema atau batuk. Tapi bila dah sihat mak ayah mesti rasa lega, kan? Apa itu asma?

Sebelum berkongsi 7 Tips Mencegah Asma Pada Anak Kecil,  mari kami terangkan apakah maksud asma atau lelah. Ia merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan penghidapnya mengalami kesukaran untuk bernafas.

Ini disebabkan pesakit diserang asma dan keradangan yang membuatkan lapisan dinding udara bronkiol dalam paru-paru menjadi sempit. Apabila sukar bernafas, biasanya pesakit asma akan mengalami nafas yang berbunyi, tersekat di bahagian dada atau sukar bernafas. Mengikut kajian, asma tak boleh diubati tapi ia memerlukan sistem imun yang kuat bagi membantu mencegah asma. Akan tetapi penyakit asma ini akan hilang sendiri bila kanak-kanak menginjak ke usia dewasa tapi ada juga yang menghidap asma hingga ke tua.

Terdapat 7 tips utama anak anda terkena serangan asma. Pertama, jauhkan anak dari habuk. Bila nak kemas rumah, jangan letak anak berhampiran dengan tempat yang berhabuk kerana budak yang ada asma tak tahan dengan persekitaran yang berdebu. Selain iu juga sentiasa jaga persekitaran rumah, biar ia sentiasa bersih dan tidak berhabuk. Itu termasuk juga dengan permainan anak, bila dah lama tak main mesti berhabuk, kan? Jadi bersihkan dulu sebelum beri pada anak untuk bermain. Kedua adalah, keringkan anggota badan yang basah. Tips mencegah asma pada anak seterusnya adalah selepas mandi, ibu perlu lap segera tubuh badan anak supaya tubuhnya tak lembap dan basah.

Seterusnya, elak dari rasa sejuk. Selain itu, pakaikan anak dengan baju dan seluar panjang agar dia tak berasa sejuk ketika tidur waktu malam, terutamanya jika anda menggunakan penghawa dingin di dalam bilik.Keempat, jangan berlengah untuk berjumpa doktor. Sekiranya anda dapati anak sudah beberapa hari batuk dan selesama, jangan berlengah untuk dapatkan rawatan dari doktor bimbang dia tak boleh bernafas. Ini kerana demam asma tak sama seperti demam biasa kerana ia membabitkan lubang pernafasan yang sempit. Kelima, amalkan pemakanan sihat. Jika ibu tahu anak itu ada asma, janganlah bagi makan ais krim atau makanan dan buah-buahan sejuk. Sebaliknya berilah anak anda makan makanan yang lebih seimbang dan berkhasiat. Itu juga tips mencegah asma pada anak. Di samping itu, galakkan si kecil minum banyak air kosong setiap hari agar tubuhnya tak kering dan sihat sentiasa.

Keenam, ibu bapa perlu elakkan anak dari medekat dengan haiwan yang berbulu. Budak-budak kalau dah jumpa haiwan berbulu macam kucing mesti dia akan cium dan belai-belai bulu kucing itu. Sebenarnya ia tak bagus kerana bulu haiwan itu akan melekat pada tubuh mereka lantas menyebabkan asma bertambah teruk. Jadi, bila tengah kena asma elakkan anak bermain dengan haiwan berbulu ini. Ketujuh, jaga kebersihan tempat tidur. Sentiasa basuh tilam anak, cadar, bantal dan selimut. Bantal pun kalau boleh sidai sebentar di cuaca panas untuk hilangkan hama. Seterusnya tempat tidur anak akan sentiasa bersih dari habuk.

Jika anak anda mempunyai masalah sukar bernafas seperti di atas jom klik link di sini untuk dapatkan info lebih lanjut.

 

Kredit:

asianparent

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu