Apakah itu jerawat?
Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit berlaku. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati.
Masalah jerawat yang berbeza mungkin berpunca daripada pelbagai faktor, maka rawatan yang diperlukan juga adalah berbeza. Lagi cepat anda tahu dan bermula menangani masalah jerawat anda, lagi cepat pemulihan kulit anda berlaku.
Tahukah anda terdapat beberapa jenis-jenis jerawat ?
Antaranya ialah:
- Jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih.
- Jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah.
Peringkat-peringkat jerawat yang perlu anda ketahui.
Jerawat terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh lebihan minyak. Minyak bersama-sama sel kulit mati dan bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit. Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Masalah jerawat yang ringan seperti bintik hitam dan bintik putih boleh dirawat dengan ubat yang boleh diperolehi dari kedai farmasi. Masalah jerawat yang sederhana dan teruk memerlukan rawatan dari dermatologis.
Ia juga menjadi punca kepada jenis jerawat berikut:
1) Bebintik hitam
Bebintik hitam ialah folikel rambut yang telah tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Bebintik hitam boleh membentuk dua jenis bintik; jerawat hitam dan jerawat putih.
- Jerawat biasa (Papul)
Papul berlaku apabila pori-pori tersumbat meledak dan menjadi radang. Bakteria P.acnes juga merangsang keradangan dan pembentukan papul. Ia adalah bentuk luka jerawat yang paling ringan. Papul biasanya berupa seperti bintik kecil, merah atau merah jambu. - Jerawat Besar (Pustul)
Apabila jerawat menjadi besar dan membengkak, ia dipanggil Pustul.
Jenis jerawat ini kelihatan seperti jerawat putih tetapi biasanya ia bermata dan dikelilingi tanda merah keradangan.
2) Jerawat yang menyakitkan (Nodul & Sista)
Jerawat yang paling sukar dirawat ialah nodul dan sista. Jerawat ini paling menyakitkan dan paling besar saiznya. Nodul ialah bintik besar dan keras yang tumbuh di dalam kulit. Sista pula, bintik bermata yang besar tetapi lembut dan rupanya seperti bisul.
8 Cara-cara menghindari jerawat?
- Elakkan memicit jerawat
- Jangan kerap menyentuh muka
- Minum banyak air kosong
- Amalkan makananyang seimbang
- Ambil vitamin secara sederhana
- Tukar alat solek, span dan berus setiap 6 bulan sekali bagi mengelak pertumbuhan bakteria.
- Gunakan penyegar dari bahan semulajadi seperti jus lemon, kulit pisang dan teh hijau untuk kulit yang berminyak.
- Guna alat solek/ produk penjagaan diri ‘bukan-komedogenik’.
Akhir sekali, cara-cara menghindari jerawat haruslah dipraktikkan supaya dapat melahirkan kulit wajah yang berseri serta sihat. Bahan-bahan yang mempunyai bahan kimia yang berlebihan haruslah diabaikan. Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik juga mesti menggunakan bahan semula jadi yang mendapat kelulusan dari pihak yang sah.
Sekiranya anda mengalami masalah yang sama dan ingin mencari produk untuk mengurangkan masalah ekzima klik di sini.
Credit: