Skip to main content
search
0

Mesti ramai ibu-ibu yang mengalami masalah kurang susu dalam badan ataupun tiada langsung susu dalam badan. Paling menyedihkan bila anak dah sedia nak menyusu tapi susu keluar nak tak nak kadang tak keluar langsung.Terdapat 7 sebab kenapa susu badan ibu kurang yang boleh kita kenal pasti.

Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Sebab ramai yang bercita-cita ingin susukan anak masing-masing sekurang-kurangnya 2 tahun. Kerana kita tahu khasiat susu ibu yang tiada bandingan. Even susu paling mahal pun tak boleh lawan susu ibu. Tetapi tempoh penyusuan bukanlah satu perjalanan yang mudah. Ada ups dan down nya dan kadang-kadang akan berlaku susu badan semakin berkurangan. Mungkin ramai yang di kalangan ibu-ibu yang kurang pengetahuan tentang kenapa susu badan boleh berkurang.

 

1. Ibu mengalami tekanan

 

Perkara ini selalu terjadi disebab ibu-ibu stress, terlalu banyak perkara yang difikirkan dan menyebabkan susu dalam badan berkurang. Emosi yang tidak stabil ,menyebabkan ibu tidak gembira dan hormon oxytocin berkurang. Hormon oksitosin ini sangat berkait rapat dengan perasaan si ibu. Jika ibu tidak gembira, susu ibu akan berkurang kerana badan tidak memberi galakan kepada hormon ini untuk bertugas sebaiknya. Sebab itu pentingnya untuk ibu-ibu kurangkan stress, ia bukan mudah untuk tidak stress langsung. Tetapi kurangkan dan berfikirlah secara positif tentang apa yang sedang berlaku.

 

 

2.Faktor Pemakanan

ia juga boleh menyebabkan susu dalam badan makin berkurang. Ibu menyusu perlu mengambil makanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang membantu ibu bertenaga dan tidak mudah penat. Pemakanan yang seimbang juga membantu susu ibu jadi lebih berkualiti. Susu yang berkualiti mampu mengenyangkan bayi dengan lebih cepat. Oleh itu,  kurangkan makanan yang mengandungi banyak perisa, gula, garam atau makanan segera. Banyakkan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

3.Kekerapan Bayi Menyusu

Kekerapan bayi menyusu turut menjadi salah satu punca susu dalam badan berkurang. Semakin bayi membesar, mereka akan semakin kurang menyusu dengan ibu. Ini menyebabkan kurangnya refleks kepada payudara. Hal ini secara automatik akan mengurangkan susu ibu. Sebaiknya, jika ingin mengekalkan penghasilan susu ibu yang banyak, ibu perlu konsisten mengepam walaupun anak tidak menyusu kerap seperti dulu.

 

4.Bayi Tidak Menyusu Dengan Efektif

Hal ini selalunya berlaku pada awal kelahiran. Bayi selalunya tidak melekap dengan betul pada payudara. Ini menyebabkan susu ibu tidak keluar dengan efektif dan payudara ibu tidak dikosongkan sepenuhnya. Bila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, badan akan mula hasilkan susu ibu berdasarkan permintaan yang sedikit daripada bayi itu.

 

  • Kurang Demand Dan Supply

Perkara penting dalam penyusuan susu ibu adalah demand atau permintaan daripada bayi. Bayi yang telah minum susu formula, mungkin kurang menyusu susu ibu kerana lebih menggemari susu formula. Apabila bayi kurang menyusu, badan akan sampaikan signal kepada otak yang bayi tidak perlukan susu yang banyak. Kerana itu, supply atau bekalan susu ibu untuk bayi akan berkurang.

 

5.Pengambilan ubat-ubatan

Ada sesetengah ubat boleh mempengaruhi hormon oksitosin dan prolaktin yang terlibat dalam penghasilan susu ibu. Ibu tidak dibenarkan ambil sebarang ubat tanpa dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubatan. Jika tersalah Langkah, ia akan menyebabkan susu ibu berkurang.

6.Kurang Minum Air

Susu badan ibu kurang

Kredit: siraplimau

Para ibu kurangnya minum air. Antara sebabnya ialah Ibu yang mengamalkan Breastfeeding perlukan air yang banyak bagi mengcukupkan keperluan air di dalam tubuh. Susu ibu sendiri terdiri daripada 70% air. Dahlah baby hisap yang 70% tu, badan kita pastilah perlu banyak air lagi untuk bekalkan susu ibu untuk penyusuan seterusnya. Air juga penting buat ibu  untk elakkan dehidrasi dan ibu berasa cepat dahaga. Banyakkan minum air untuk si manja ibu.

 

Inilah dia 7 punca kenapa ibu kurang susu dalam badan, seeloknya kurangkan atau jangan lakukan perkara di atas. Kegembiraan ibu bila tengok si manja happy dan sentiasa kenyang.

 

Sekirang ibu-ibu mengalami masalah kurang susu dalam badan dan ingin mencari produk yang boleh menambah susu badan, klik disini.

Kredit :

  1. keluarga hebat
Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu