Skip to main content
search
0

Daun pudina adalah sejenis daun herba yang berasal dari genus (kelompok) Mentha. Genus ini berasal dari keluarga Lamiaceae yang mempunyai antara 15 ke 20 spesis tumbuhan herba yang mempunyai bau. Penggunaannya yang meluas dalam produk-produk penjagaan oral seperti ubat gigi, penyegar nafas serta ubat kumur.

Daun pudina ini juga turut digunakan dalam penghasilan produk makanan seperti gula-gula, gula-gula getah dan teh. Selain itu, daun ini turut digunakan untuk tujuan perubatan seperti merawat selsema dan alergi kulit. Namun begitu, tahukah anda akan kebaikan dan khasiat lain yang ditawarkan oleh daun pudina ini? Oleh itu, khasiat daun pudina ini akan dikupaskan dengan lebih mendalam lagi.

1. Merawat selsema

Methol terkandung dalam daun pudina ini mampu meningkatkan pengaliran udara ketika anda selsema. Saluran pernafasan kita yang terhalang disebabkan oleh kewujudan cecair mukus di rongga hidung. Saluran pernafasan akan terbuka dengan lebih luas sehingga memberi kesan ke atas saraf dalam rongga hidung.  Ini akan menyebabkan lebih banyak udara melalui rongga hidung dan seterusnya mengurangkan simptom selsema.

2. Melegakan sakit kepala

Selain mengguakan minyak angin untuk merawat sakit kepala tahukah anda penggunaan minyak pati pudina yang disapu pada kulit di sekitar kawasan dahi dillihat mampu untuk mengurangkan tekanan dan simptom sakit kepala. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan minyak pati pudina mampu mengurangkan kepekaan terhadap kesakitan sebanyak 40.3%.

3. Merawat proses penyembuhan luka

Menurut kajian, penggunaan minyak pati pudina di dalam kuantiti yang sesuai dilihat mampu membantu dalam proses penyembuhan luka. Ini kerana daun pudina mempunyai kebaikan terapeutik yang tersendiri iaitu bersifat anti bakteria yang dilihat berkesan untuk membasmi bakteria. Selain itu, ianya juga menggalakkan pembentukan sel baru dalam proses penyembuhan luka. Namun begitu, untuk tujuan ini, pesakit haruslah mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pihak yang pakar seperti doktor dan pekerja kesihatan yang sepatutnya.

4. Melegakan loya, mual dan muntah

Di dalam kajian percubaan klinikal yang dijalankan terhadap pesakit kanser yang sedang atau akan menjalani rawatan kemoterapi, didapati bahawa penggunaan minyak pati pudina mampu mengurangkan kekerapan kejadian emetik (muntah) di dalam tempoh 24 jam dan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan minyak ini tidak memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pesakit.

Kredit: https://www.majalahsains.com/khasiat-daun-pudina/

5. Melegakan ketidakhadaman dan ketidakselesaan

Pernahkan anda mengalami kitadakhadaman selepas makan? Komponen menthol di dalam daun pudina mampu untuk melegakan ketidakhadaman dengan meningkatkan pengaliran jus hempedu dari pundi hempedu. Jus hempedu mempunyai enzim yang digunakan untuk pencernaan lemak dalam makanan. Dengan peningkatan pengaliran jus hempedu, lemak dalam makanan yang dimakan mampu dicerna dengan lebih baik.

6. Memberi kesegaran nafas

Umum mengetahui bahawa daun pudina sering digunakan dalam produk penjagaan oral. Tahukan anda mengapakah daun pudina sering digunakan? Di samping mempunyai bau yang nyaman dan menyegarkan, daun pudina mempunyai sifat anti bakteria yang mampu mencegah pembiakan bakteria yang menjadi punca kepada masalah oral seperti nafas berbau. Oleh sebab itu, daun ini digunakan secara meluas di dalam produk penjagaan oral.

7. Mengurangkan kesakitan semasa haid

Di dalam satu kajian percubaan klinikal yang dijalankan ke atas 127 pelajar perempuan semasa kedatangan haid di Hamadan University of Medical Science, didapati bahawa pengambilan kapsul ekstrak pudina mampu mengurangkan tempoh dan intensiti kesakitan semasa haid. Hal ini kerana komponen di dalam daun pudina mempunyai sifat yang mampu mengurangkan kekejangan otot.

8. Meningkatkan dan memperbaiki emosi

Pernahkah anda mendengar istilah aromaterapi? Aromaterapi adalah satu kaedah yang diamalkan sama ada minyak pati disapu, diurut atupun dihidu oleh pengamalnya. Kandungan minyak pati di dalam daun pudina kebiasaanya digunakan di dalam amalan aromaterapi di mana bau yang terhasil mampu menaikkan semangat dan emosi pengamalnya kerana ianya meransang sistem limbik di dalam tubuh badan kita yang bertanggungjawab keatas emosi seseorang.

Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan yang ditawarkan oleh daun pudina. Namun begitu, pengambilannya haruslah diawasi dan mendapatkan nasihat daripada doktor ataupun pekerja kesihatan untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini. Ingin mencuba Refreshing Aromatheraphy Essential Oil Blend daripada Asmak? Klik sini.

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu