Microsleep merujuk kepada tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku dalam tempoh 1 saat hingga 30 saat tanpa kita sedari. Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.
Ia boleh berlaku dimana sahaja seperti di sekolah, tempat kerja ataupun sewaktu menonton televisyen. Ia juga boleh terjadi sewaktu anda memandu ataupun mengendalikan mesin berat menjadikannya sesuatu yang sangat berbahaya.
Gejala microsleep agak sukar untuk dikenal pasti kerana anda mungkin sudah tertidur untuk menyedarinya. Namun antara simptomnya adalah seperti:
Kredit: azzahrah
- Lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat.
Apabila memandu jarak jauh, ditambah faktor lain seperti waktu pemanduan, keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu, bentuk dan permukaan jalan raya serta keadaan cuaca boleh menyebabkan mengantuk
- Pandangan kosong, fikiran menerawang jauh.
Memasang radio juga tidak dapat membantu Ketika otak tidak dapat memproses segala maklumat dan deria mula tidak emberi tindak balas.
- Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu.
Mata yang tertutup tanpa disedari dan berlaku dalam keadaan yang sangat sekejap antara satu hingga 30 saat.
- Tersengguk-sengguk.
- Mata lambat berkedip.
- Terkejut atau tersentak secara tiba-tiba (body jerk)
Individu yang menjadi microsleep akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.
- Sukar untuk mengingati apa yang berlaku 1 atau 2 minit lepas.
- Masalah ini juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.
Biasanya individu yang menjadi mangsa microsleep itu merasakan dia masih memandu sedangkan dia telah terlelap dan ini boleh berlaku ketika mata masih terbuka. Elak memandu waktu puncak mengantuk antara 3 hingga 5 pagi dan antara 2 hingga 4 petang.
Microsleep biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Kekurangan tidur boleh menjadi punca terjadinya microsleep. Ia boleh terjadi sekiranya anda mengalami insomnia, bekerja lewat malam ataupun tidak mendapatkan tidur yang berkualiti.
Sekiranya anda mengalami masalah pening kepala dan ingin menghilangkannya,boleh Klik disini .
Kredit
3.remaja
4.hmetro