Skip to main content
search
0
Kesihatan

9 Punca Berlakunya Resdung Terhadap Orang Dewasa

By October 28, 2021No Comments

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita dimana ramai daripada kenalan atau mungkin anda sendiri mengalami masalah resdung. Masalah yang bermula sejak kecil atau remaja buat sesetengah individu ini kadangkala membuatkan seseorang itu sudah menjadi terbiasa dengan masalah yang dihadapinya. Masalah resdung ini meskipun tidak memberi masalah yang serius buat sesetengah individu, namun secara tidak langsung membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa dengan menghadapinya. Punca berlakunya resdung tidak dinafikan juga individu yang mengalami masalah resdung yang serius dimana mereka sukar untuk tidur berikutan penyakit yang berlarutan hingga beberapa hari.

 

Selalunya, resdung berlaku sebagai reaksi alahan kepada bahan yang terampai di udara seperti debunga, habuk atau debu. Ada juga individu yang mengalami simptom resdung ketika berubahnya musim. Kebanyakan pesakit resdung akan mengalami tanda-tanda seperti gatal-gatal, hidung berair dan kerap bersin. Selalunya, pesakit yang mengalami alahan rhinitis akan mengalami reaksi alergi apabila mereka terhidu bahan yang menyebabkan mereka terkena alahan. Bahan tersebut juga boleh datang daripada mana-mana sahaja, sama ada daripada alam sekitar atau daripada bulu haiwan peliharaan. Punca berlakunya resdung besar kemungkinan alahan tersebut diwarisi daripada ibu bapa anda. Selalunya, masalah resdung boleh menjadi sesuatu yang berlaku secara turun temurun lebih-lebih lagi jika ibu anda mengalami penyakit yang sama. Ini antara punca berlakunya resdung,

 

  1. Virus

Apabila seseorang mengalami masalah melibatkan selsema, antara simptom-simpton yang sering dikaitkan adalah virus yang membuatkan tisu rongga hidung membengkak. Siapa sangka dengan hanya virus seseorang berpeluang menjadi penghidap resdung apabila hidung tersumbat.

 

  1. Alergik (Alahan)

 

Pernahkah anda melihat muka seseorang bengkak disebabkan alahan. Alahan atau alergik ini berlaku apabila seseorang memakan makanan yang tidak sesuai buat dirinya. Makanan yang sering menjadi punca alergik buat penghidap resdung selalunya adalah makanan laut atau seafood. Selain makanan laut, habuk atau hama juga membuatkan resdung seseorang menjadi lebih teruk. Oleh yang demikian adalah lebih baik dan dinasihatkan buat penghidap resdung untuk sentiasa membersihkan kawasan bilik, rumah serta ruangan yang kerap anda berada bagi memastikan masalah melibatkan resdung anda tidak menjadi semakin teruk berikutan alahan.

 

  1. Kuman bakteria

Orang ramai pandang enteng dengan dengan masalah melibatkan selsema. Walau bagaimanapun sekiranya anda mengalami masalah selsema dan masih belum sembuh meskipun sudah 10 hingga 15 hari, besar kemungkinan bakteria telah masuk campur dalam peperangan melawan sistem pertahanan badan bersama virus. Jangkitan bakteria jarang menyebabkan jangkitan pada ‘sinus’ akan tetapi selalunya memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada. Bakteria selalunya menjadi jangkitan kedua selepas virus.


  1. Pencemaran udara

Kami yakin orang ramai khususnya mereka yang bekerja menaiki kenderaan awam di tempat yang sesak pernah mengalami masalah ini. Pencemaran udara disebabkan jerebu atau karbon monoksida secara tidak langsung bakal membuatkan seseorang mengalami masalah batuk, ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan yang sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung. Selain itu, terdapat juga individu yang turut alergik kepada bau minyak wangi atau pewangi kereta yang kuat berikutan bahan kimia yang terkandung di dalamnya.

 

  1. Mandi di kolam renang

Pernahkah anda mandi di kolam renang seterusnya anda mengalami masalah melibatkan resdung. Meskipun aktiviti berenang ini menyihatkan badan, perkara ini mungkin memudaratkan sesetengah individu. Hal ini berikutan kandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merangsangkan lapisan hidung dan dinding sinus sekaligus membuatkan seseorang mengalami resdung. Semuanya bermula apabila anda melakukan aktiviti menyelam dimana tekanan air akan bertambah dengan kedalaman air yang diselam. Tekanan yang tinggi boleh menolak air untuk masuk ke dalam rongga ‘sinus’ tanpa sengaja.

 

  1. Jangkitan Kulat (Fungi)

Individu yang sihat juga boleh mengalami masalah resdung berikutan sistem imunisasi diri yang lemah. Meskipun kes ini merupakan kes sangat jarang berlaku, jangkitan kulat antara faktor seseorang mengalami resdung. Difahamkan masalah ini berlaku apabila sistem imunisasi seseorang lemah sekaligus merangsang kulat atau fungi untuk membesar pada kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga sinus. Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus. Bagi sesetengah individu, resdung kronik boleh berlaku akibat dari tindakbalas alahan terhadap kulat.

 

  1. Rokok

Seperti udara yang tercemar, begitu juga dengan asap rokok. Sekiranya anda mengalami resdung, ketahuilah asap rokok yang dihisap ataupun dihidu mampu meningkatkan risiko jangkitan di dinding ‘sinus’. Keadaan yang menjadi lebih kronik buat penghidap resdung yang menghisap rokok kerana mampu merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedutnya. Semuanya disebabkan kandungan di dalam rokok dan asap rokok yang mampu memberi kesan kepada sistem pernafasan di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.

 

  1. Kekurangan air di dalam badan

Masalah bakal berlaku apabila hinggus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan hinggus semakin pekat. Hasilnya akan menyumbang kepada gejala resdung yang lebih teruk. Penghidap resdung dinasihati untuk mengambil air kosong secukupnya setiap hari. Doktor biasanya menasihati pesakit untuk sentiasa memastikan kandungan air adalah cukup bagi mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.

 

  1. Struktur Hidung

Kes seperti ini jarang berlaku namun masih ada individu yang mengalaminya. Risiko untuk mendapat jangkitan ‘sinus’ adalah tinggi apabila seorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan ‘sinus’ yang berbeza dari normal atau dengan polip. Menurut Dr Hueston, saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukaan di rongga ‘sinus’ lalu menghalang pembuangan mukus. Mukus yang gagal dibuang inilah yang menambah risiko jangkitan bakteria pada ‘sinus’. Dalam kes sebegini, pembedahan adalah pilihan yang ada untuk memulihkan keadaan pesakit.

 

Penyakit resdung ini jika dibiarkan makin lama boleh menjadi lebih teruk. Jika anda mengalami masalah resdung yang tidak teruk, sebaiknya dapatkan rawatan secepatnya agar tidak merebak. Resdung ini sebenarnya tidak boleh di hapuskan, tetapi ianya boleh mengurangkan masalah resdung untuk menjadi lebih teruk. Jika anda ingin mencari altenatif yang lain atau ingin mencuba ubatan tradisional, Syarikat MHAMSB ada mengeluarkan satu produk Asmak Herbs yang mana membantu mengurangkan masalah seperti bersin di awal pagi. Jika berminat boleh dapat segera, boleh klik link di sini.

Kredit :

hellodoktor.com

herbatokaki.com

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu