Skip to main content
search
0

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semula jadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa. Selain terdapat dalam bentuk semula jadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.

Apa itu diabetes?

Diabetes merupakan penyakit yang amat digeruni semua orang dan setiap pesakit kencing manis wajib tahu petua turunkan gula dalam darah supaya tiada sebarang komplikasi serius akan berlaku. Penghidap diabetes jenis 2 adalah satu keadaan di mana pankreas masih menghasilkan insulin tapi tidak secekap yang sepatutnya. Maksudnya, tubuh tidak berupaya menukar glukosa daripada makanan kepada tenaga lalu menyebabkan gula kekal dalam darah.

Ini antara 8 Petua kawal gula dalam badan yang anda boleh lakukan

1. Melakukan senaman

Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul.

2. Kawal pengambilan karbohidrat

Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel.

Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah.

3. Meningkatkan pengambilan serat 

Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah.

Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.

4.  Minum banyak air dan kekal hidrasi 

Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.

5. Kawal pengambilan makanan

Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.

6. Pilih makanan yang kurang Glycemic Index

Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat.

Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang.

Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

7. Kawal stres dan dapatkan tidur yang mencukupi 

Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna. Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.

8. Pantau tahap gula dalam darah 

Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.

 

Akhir sekali, gula yang berlebihan dalam badan sangat membahayakan. Jaga diri sebelum terlambat.

Jika anda mengalami masalah di atas , jom tekan link di sini.

 

 

Kredit:

myhealth

 

doctor on call

 

 

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu