Ramai yang tidak tahu tentang gula tersembunyi yang terdapat dalam kebanyakan makanan proses.
Kredit: mstar
Nama lain bagi kandungan gula pada label makanan boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.
Fruktosa merupakan kandungan gula yang terdapat dalam buah-buahan. Namun begitu fruktosa yang dmakan dalam buah buahan tidak berisiko tinggi terhadap kesihatan kerana ianya diserap secara beransur-ansur dan diproses dalam hati secara perlahan-lahan disebabkan kandungan serat yang tinggi. Buah-buahan juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah.
High Fructose Corn Syrup adalah yang paling meluas digunakan. Ianya diambil hasil daripada pemprosesan jagung. HFCS ini merupakan gula sintetik murah yang turut mempunyai nama lain dalam makanan proses seperti Agave syrup, Maize syrup, Glucose, Corn-syrup solids, Corn syrup, Corn sweetener, Dahlia syrup, Fruit fructose, Crystalline fructose, Gula jagung dan Pekatan jus kismis.
Industri pemakanan pada masa kini menggunakan fruktosa dalam hampir semua jenis makanan proses, contohnya air tin dan kotak termasuk jus buah, cereal, koktel buah, gula-gula dan coklat, yoghurt berperisa, aiskrim, roti dan pastri serta air paket 3 in 1. Tanpa kita sedari, kita telah mengambil kandungan fruktosa yan tinggi setiap hari kerana ianya terkandungan dalam minuman segera buah-buahan yang dianggap sihat.
Kesan gula fruktosa ini pun tidak jauh beza berbanding kesan buruk meminum arak.
- menyebabkan ketagihan
- meningkatkan risiko obesiti
- perlu diproses di organ hati (tak boleh digunakan terus oleh badan).
- meningkatkan asid urik yang menyebabkan gout.
- cenderung menyebabkan penyakit hati berlemak dan merosakkan hati.
- Keduanya meningkatkan trigliserida dan kolesterol lemak jahat VLDL.
- Keduanya menyebabkan masalah metabolik, hormon dan penyakit jantung.
- Keduanya menyebabkan peningkatan stres radikal bebas yang menyebabkan keradangan dan kerosakan.
- Keduanya juga meningkatkan produk glikasi (AGEs)yang merosakkan organ dan menyebabkan penuaan.
- Pengambilan berlebihan juga dikaitkan dengan perkembangan pesat sel kanser pancreas mengikut kajian.
Professor Dr Hobert H. Lustig, seorang pakar endokrinologi kanak-kanak dan juga obesiti merujuk gula buah ini sebagai “alcohol without the buzz”…..arak yang tidak memabukkan. Sebelum muncul gula fruktosa jenis HFCS ini, purata pengambilan gula dalam makanan hanyalah 15 gram sehari berbanding 73 gram pengambilannya sejak HFCS ini ditemui. Ramai kini telah sedar dengan bahaya gula pasir lalu memilih pilihan yang dianggap lebih sihat seperti jus buah-buahan, madu dan yogurt buah. Yang mana dianggap sebagai gula semulajadi.
Pada zaman moden kini, disebabkan gaya hidup yang sentiasa sibuk dan arus kehidupan yang pantas, kebanyakan kita lebih selesa untuk mengambil makanan dan minuman segera yang berlambak-lambak dipasaran sekarang atas faktor mudah perolehi dalam waktu yang singkat tanpa kita bersusah payah menyediakan makanan atau minuman tersebut. Jika kita terlalu banyak makan atau minum makanan atau minuman dari jenis ini , maka kita akan mengambil fruktosa secara berlebihan tanpa kita sedari.
Namun, untuk kekal sihat langkah yang dianggap leceh dan remeh oleh masyarakat pada masa kini perlu diambil untuk mengelakkan kita mengambil fruktosa secara berlebihan. Pastikan anda makan buah-buahan sebenar untuk gaya hidup yang lebih sihat.
Klik di sini untuk dapatkan Madu Asli sebagai pemakanan sunnah demi kehidupan yang lebih sihat.
Kredit :
1. doknorm