Ramai yang tidak tahu bahawa cara tradisional juga dapat merawat masalah batu berkahak. Anda boleh merawat batuk yang terjadi akibat alahan dan selsema dengan mendapatkan ubat yang bersesuaian di farmasi atau klinik berdekatan. Keadaan menjadi tidak seronok dan selesa apabila kita mengalami batuk yang berterusan, ini boleh menyebabkan gangguan kepada orang sekeliling dan membuat diri kita menjadi tidak selesa. Terdapat banyak cara menghilangkan batuk berkahak dengan cara tradisional, cara tradisional ini sebenarnya lebih berkesan jika di amalkan dengan cara yang betul.
Ramai yang bergantung pada ubat semata-mata, cuba sesekali kita mengamalkan cara tradisional. Sebaiknya kita cari pelbagai altefnatif lain supaya sakit yang kita hadapi cepat elok. Ini antara cara menghilangkan batuk berkahak dengan cara tradisional yang boleh kita amalkan.
- Madu
Madu merupakan satu manisan atau herba yang baik untuk orang yang mengalami masalah sakit tekak yang lama. Madu boleh melegakan batuk lebih berkesan berbanding ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk. Boleh juga amalkan Madu Asli untuk melegakan sakit tekak.
- Halia
Halia dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman dan membuang angin yang berada di dalam badan. Halia juga membantu untuk membuang kahak yang berada dalam badan dan juga dapat mengurangkan pedih pada tekak. Campuran pudina segar bersama halia dapat bantu menghilangkan gatal pada kerongkong yang menyebabkan terjadinya batuk. Sebaiknya amalkan halia yang di rendam bersama beberapa helai daun pudina di dalam gelas panas dan dicampurkan sedikit madu. Boleh juga amalkan Madu Halia Bentong untuk melegakan sakit tekak yang berpanjangan.
- Air Garam
Petua ini membantu melegakan keradangan tekak yang menyebabkan batuk yang berpanjangan dan membantu mengeluarkan kahak di tekak. Hanya perlu mengambil segelas air suam dan sesudu garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam selama 15 saat sebanyak 3 kali sehari.
Petua ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut beransur pulih. Cara ini kebiasaannya dapat melegakan batuk dengan cepat . Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak sesuai untuk menggunakan kaedah berkumur ini kerana bimbang mereka tertelan air garam dalam jumlah yang banyak.
- Asam Jawa
Asam jawa memang terkenal dalam campuran masakan melayu, tetapi ia juga mengandungi khasiat yang boleh membuatkan terasa berasa lega. Campurkan dua sudu asam jawa ke dalam gelas air suam, kacau sehingga ia menjadi sebati dan kemudian tapis air asam jawa tersebut untuk membuang biji dan seratnya. Minuman air asam jawa ini bukan sahaja melegakan tekak malahan dapat menyejukkan tubuh badan.
- Aiskrim Vanilla
Ramai yang tidak tahu aiskrim vanilla juga dapat mengurangkan keradangan dan melegakan batuk yang berpanjangan. Aiskrim sifatnya sejuk dan nyaman apabila di makan, jika kurang selera makan akibat batuk dan sakit tekak anda boleh mengamalkan makan aiskrim kerana ia mampu memberi tenaga tambahan kepada diri anda. Tetapi jika dah semakin pulih jangan sesekali mengambil minuman berais kerana batuk bukannya pulih sepenuhnya bahkah akan membuat batuk yang semakin teruk.
- Bawang Putih
Kalau nak menumis sesuatu masakan mesti kena ada bawang putih yang akan menaikkan aroma masakan. Bawang putih juga merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah batuk. Hanya perlukan satu labu bawang putih bersama kulitnya kemudian bakardi atas dapur gas selama 15 minit. Pastikan bawang putih tidak terbakar sehingga menjadi hangit dan renting, dan makan begitu saja. Jika tidak selera makan begitu sahaja anda juga boleh menumbuk bawang tersebut dan gaul dengan minyak zaitun. Sapukan pada bahagian leher sekerap yang mungkin.
- Air Putih
Air merupakan sumber kehidupan yang sangat penting untuk kehidupan. Kekurangan cecair dalam badan boleh menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan iaitu tekak menjadi kering dan ketidak keselesaan. Air putih ialah salah satu ubat yang tersangat murah dan tersangat penting untuk memulihkan sakit tekak. Air putih akan membantu anda untuk mencairkan kahak dalam tekak serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap. Pastikan minum air putih dengan banyak kerana ini antara tips dan petua yang berkesan, selebihnya anda perlu mendapat nasihat dari doktor sekiranya sakit tekak berpanjangan. InsyaAllah setiap penyakit pasti ada ubat dan penawarnya.
- Menjaga Kebersihan
Persekitaran yang tidak bersih juga boleh menyebabkan salah satu faktor mengapa anda mengalami batuk dan selesema kerana bagi sesetengah orang ada alahan pada habuk. Jika selalu bersin dan batuk di kawasan yang anda berada keraplah membersihkan persekitaran Kawasan anda berada. Walau apa ubat tradisional yang anda amalkan tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepas pulih.
Namun sekiranya batuk tidak berkesan dalam masa 3 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tips-tips yang dikongsi ini berkemungkinan dapat melegakan batuk yang berpanjangan sekiranya di amalkan dengan cara yang betul. Asmak juga ada altefnatif lain yang mana Madu Halia Bentong produk yang ramai yang gunakan untuk melegakan masalah batuk berpanjangan. Boleh dapat di website Asmaklife.com, Selamat mencuba.