Cara Penjagaan Ekzema Bermula Dari Rumah – Rawatan Yang Anda Boleh Amalkan

Sekiranya anak anda menghidap ekzema, perkara penting yang anda perlu titip beratkan adalah penjagaan semasa di rumah dan bukannya ubat semata-mata.

Ekzema tidak mempunyai penyembuhan, namun ia boleh dikawal jika diuruskan dengan baik.

Berikut merupakan cara rawatan yang anda boleh amalkan untuk pesakit ekzema:

  1. Mandi air suam.
  2. Menggunakan pelembap dalam masa 3 minit mandi untuk “mengunci” kelembapan.
  3. Sapu pelembap kulit.
  4. Pakai baju diperbuat daripada kapas atau jenis kain lembut.
  5. Gunakan sabun lembut atau pembersih bukan sabun semasa mencuci.
  6. Keringkan badan anak dengan udara atau perlahan-lahan menepuk kulit kering dengan tuala, dan bukannya menggosok kulit selepas mandi.
  7. Elakkan perubahan suhu dan aktiviti yang membuat anak berpeluh.
  8. Belajar dan ambil tahu tentang pencetus ekzema anak anda.
  9. Gunakan pembersih udara dalam rumah.
  10. Pastikan kuku anak sentiasa pendek untuk elak risiko kulit digaru.

 

 

Sumber: https://my.theasianparent.com/rawatan-ekzema

Leave a Reply

Kategori Artikel

Produk Terbaru & Terlaris Asmak Life

Shopping cart close