Susu ibu merupakan satu anugerah pada wanita, yang dihasilkan oleh badan ibu sejurus selepas melahirkan anak. Namun para ibu harus sentiasa ingat, anda perlu mengambil makanan yang mempunyai kandungan vitamin supaya susu ibu yang dihasilkan lebih berkhasiat kepada bayi.
Selain itu, susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan. Penyusuan pertama bayi akan dimulakan dengan menjilat, hisap dan berhenti sebentar. Pola hisapan sebegini biasanya berlaku beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Bayi akan pandai menghisap susu dan melekap pada payudara ibu dengan sendirinya. Ibu yang pertama kali melahirkan pasti teruja melihat dan merasai keadaan ini.
Seterusnya, proses penyusuan merupakan satu kepuasan kepada si ibu. Namun begitu, sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah kekurangan susu. Hal ini biasanya terjadi kepada ibu yang berkerjaya. Pelbagai punca bayi tidak mahu menyusu yang dikhuatiri dan mempengaruhi penghasilan susu. Apabila puncanya dapat dikenalpasti, cara mengatasinya akan jadi lebih mudah. Bayi yang tidak mahu menyusu badan selalunya dikaitkan dengan breast-feeding strike atau dalam erti kata lain bayi mogok. Kemungkinan bayi anda ada beberapa perkara yang mereka ingin beritahu, jom baca info selanjutnya berkaitan punca bayi tidak mahu menyusu di bawah.
Pertama, bayi anda berasa tidak selesa atau sakit. Sekiranya bayi anda menyusu dan dia mula menolak, kemungkinan besar bayi anda sedang mengalami pertumbuhan gigi atau mungkin selesema. Perkara ini menyebabkan ketidakselesaan berlaku kepada mereka.Selain itu, ibu terlampau memberi susu formula kepada bayi. Apabila si ibu memberi terlalu banyak susu formula, anak akan berasa kenyang dan menyebabkan anak tidak mahu lagi menyusu badan.
Ketiga, perubahan pada bau dan rasa. Anak anda boleh mengesan perubahan bau sekiranya susu badan ibu berubahy dari gei bau badan ibu. Jika si ibu memakan makanan yang berbeza, atau sedang datang haid, atau sedang mengambil ubat, ia akan menyebabkan bayi tidak mahu menyusu badan.
Seterusnya, stress kepada bayi. Bayi juga boleh mendapat stress sebenarnya. Keadaan ini sering berlaku sekiranya ia melibatkan ibu jika ibu berjauhan dengannya begitu lama atau lambat memberi susu. Kelima adalah hidung tersumbat. Jika bayi anda mengalami demam selesema atau hidung berairia juga boleh menyebabkan bayi tidak mahu menyusu. Hal ini kerana bayi berasa tidak selesa dan sukar untk bernafas.
Akhir sekali, bayi yang tidak mahu menyusu badan ini sememangnya sangat normal dan biasa berlaku. Selain itu juga, hal ini merupakan satu perkara yang bersifat sementara sahaja. Ibu-ibu perlulah semak terlebih dahulu puncanya dan jangan terus membuat sangkaan. Hal ini kerana ia akan membuatkan ibu berasa down dan menyangka bahawa si anak sudah mahu bercerai susu dengan ibu.
Jika anda mengalami masalah kekurangan susu badan, jom tekan link di sini untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Kredit: