Bila adanya si manja dalam kehidupan, pasti para ibu bapa akan meneliti setiap gerak geri dan perubahan yang si manja tunjukkan terutamanya warna najis bayi. Apabila kita sudah menjadi sepasang ibu bapa, pasti kita akan meneliti setiap gerak geri dan perubahan yang si manja kita tunjukkan lagi-lagi jika ia melibatkan kesihatan. Jadi, kami kongsikan kepada anda jenis & warna najis yang normal mengikut usia bayi dan maksudnya.
Cara paling senang bagi ibu dan ayah untuk mengetahui kesihatan anak adalah melalui warna najisnya. Bunyinya agak menggelikan tetapi itulah realitinya. Jika anda perasan akan perubahan di dalam warna najis si manja anda tetapi tidak mengetahui mengapa najis mereka berwarna sebegitu, nah, di sini kami kongsikan kepada anda supaya anda tidak terlalu risau.
Mengapa Najis Bayi Saya Berwarna Oren?
Secara jujurnya, najis bayi yang berwarna oren jarang berlaku. Tetapi, ia bukan bermakna bahawa najis si manja anda tidak normal. Bahkan ia agak normal, cuma jarang dapat dilihat.
Warna najis bayi bergantung kepada proses penghadaman anak anda termasuklah bakteria-bakteria yang bertanggungjawab memudahkan proses pencernaan si manja. Pemakanan yang bayi ambil, tidak kiralah makanan atau minuman juga memainkan peranan dalam mengubah warna najis cahaya mata anda, sepertimana vitamin, suplemen-suplemen dan ubat-ubatan.
Jika si manja anda mempunyai najis yang berwarna oren, ini mungkin disebabkan si manja anda sering memakan makanan yang mempunyai rona warna tersebut seperti lobak atau buah limau. Jika najis bayi berwarna oren tanpa simptom yang terang-terangan, anda tidak perlulah terlalu risau. Tetapi, jika ia diikuti oleh simptom yang jelas kelihatan, cepat-cepatlah hubungi pakar kanak-kanak anda.
Jadi, mari kita ketahui jenis warna najis bayi dan mengapa ia berwarna sebegitu.
Kredit : ParentingApps
Cair & Warna Kuning sawi :
Bayi yang menjangkau usia seminggu dan menyusu badan akan mula mengeluarkan najis berwarna kuning sawi yang lembut setiap 24 jam. Tetapi, kebanyakan bayi akan membuang air sejurus selepas meminum susu, tetapi jika anak anda bukan begitu, janganlah risau! Semakin mereka membesar, semakin normal kitaran pembuangan mereka.
Kuning sawi (lebih gelap, dan berbau lebih kuat)
warna najis bayi, najis bayi
Jika bayi anda mempunyai warna najis kuning sawi yang lebih gelap dan berbau lebih kuat, ini mungkin kerana anda menyusukan si manja menggunakan hanya susu formula. Najis mereka tentu lebih pekat, dan akan nampak kehijauan atau kekuningan sekali-sekala. Ketekalan najis tersebut akan berupa seperti mentega kacang.
Perang kehijauan:
Adakah anda sudah mula memperkenalkan makanan pepejal kepada si manja anda? Jika ya, jadi tidak syak lagi mengapa najis si manja berwarna seakan-akan perang kehijauan. Tambahan juga, semakin banyak anda menyuap si manja makanan pepejal yang berbagai warna, semakin kerap anda akan perasan najis bayi berwarna seakan-akan makanan yang disuap.
Perang, lebih keras
Pada ketika najis si manja kelihatan seperti warna di atas dengan ketekalan yang lebih keras ala-ala tanah liat Play-Doh, ini mungkin bermakna anak anda hanya telah mencecah usia pra-sekolah iaitu 3 atau 4 tahun! Jadi, anda tidak perlu terlalu risau jika najis si manja terlalu gelap. Sebaliknya, anda lebih perlu risau kepada deria bau anda.
Hijau pekat
Anda mungkin akan berasa lebih risau apabila melihat najis si manja berwarna hijau seterang ini, tetapi ia bukanlah tanda-tanda bahawa anda patut terlalu gementar. Jika najis bayi berwarna hijau seperti gambar di atas, cuba anda periksa bahan kandungan susu formula yang anda berikan pada si manja. Adakah ia mengandungi zat besi? Jika ya, nah, itulah puncanya! Kandungan zat besi dalam susu si manja akan menyebabkan najis mereka berwarna hijau sebegini dan ia tidak memberi apa-apa kesan kepada kesihatan bayi anda, tetapi mungkin memberi kesan kepada selera makan anda.
Putih:
Sekiranya si manja mengeluarkan najis berwarna putih atau seakan-akan warna putih, ini masanya untuk anda mula risau kerana ia tentulah tidak normal. Tetapi, jangan panik! Pertama sekali, anda perlu segera membuat temu janji dengan pakar kanak-kanak yang anda percayai dan mendapatkan nasihat mereka. Tetapi secara amnya, bayi yang mengeluarkan najis berwarna putih pemakanan mereka mungkin disekat atau mereka mempunyai masalah pada hati (liver) mereka.
Kelabu:
Sepertimana najis berwarna putih, najis si kecil yang berwarna kelabu juga menandakan si manja anda mempunyai masalah yang lebih mendalam dan sepatutnya mendapatkan perhatian dari pakar kanak-kanak yang lebih mengetahui punca warna najis bayi anda yang tidak normal. Sama seperti najis berwarna putih, ia mungkin berpunca oleh sebab pemakanan bayi disekat atau mereka mempunyai masalah dalaman iaitu masalah dengan penghadaman. Tetapi, anda seeloknya menghubungi mereka yang lebih arif tentang perkara ini.
Kesimpulannya
Jika difikirkan balik, agak menarik juga bahawa kita dapat mengetahui kondisi si manja hanya melalui warna najis mereka. Ya, kami tidak nafikan bahawa ia mungkin menggelikan, tetapi ia perkara yang normal bagi ibu bapa untuk meneliti najis si manja untuk memastikan kesihatan cahaya mata mereka. You do you, parents!
Anak anda sering mengalami masalah kembung perut dan sukar untuk membuang? Jom klik sini.
Kredit:
TheAsianParent