Skip to main content
search
0

Ruam lampin pada bayi merupakan perkara yang memang tidak dapat dielakkan terutama bagi bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif. Ada sesetengah bayi jika dipakaikan krim ruam lampin, ia akan beransur pulih, tetapi ada juga bayi yang semakin teruk jadinya. Keadaan itu menyebabkan mereka rasa tidak selesa dan akhirnya meragam tidak henti.

 

Antara beberapa punca yang boleh menyebabkan ruam lampin adalah, keadaan di mana lampin tersebut bersentuh atau bergeser dengan kulit. Punca lain adalah, lampin yang dipakaikan terlalu ketat atau dibiarkan terlalu lama sehingga menjadi ruam di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.

 

Biasanya ruam ini mudah sembuh dengan penukaran lampin secara kerap dan ibu bapa juga perlu sentiasa pastikan kawasan tersebut sentiasa kering. Tetapi ada juga bayi yang menghadapi masalah ruam lampin yang sukar untuk dirawat.

 

Bagaimana ruam lampin terjadi?

Ruam ini kebanyakannya terjadi pada bahagian yang terdedah seperti bahagian punggung. Ia tidak melibatkan kawasan lipatan anggota atau kedutan kulit. Ia juga mungkin disebabkan oleh:

i. Kulit terdedah air kencing atau najis dalam jangkamasa yang lama

i. Alahan terhadap bahan kimia dan lampin pakai buang

iii. Alahan kepada bahan pencuci yang digunakan untuk membasuh lampin kain

iv. Permukaan lampin terlalu keras

 

Segera dapatkan rawatan doktor jika ruam lampin berlaku dalam jangka masa 6 minggu selepas kelahiran. Sekiranya ruam menjadi jerawat dan ulser kecil. Bayi anda demam. Bayi anda susut berat badan atau tidak makan seperti biasa. Wujudnya benjolan atau bintik-bintik. Ruam tersebut merebak ke bahagian lain seperti lengan, muka dan kulit kepala. Ruam tersebut tidak sembuh selepas mencuba rawatan-rawatan yang disyorkan dalam masa satu minggu.

 

Cara merawat ruam lampin
Apakah rawatan yang sesuai untuk ruam lampin bayi?

Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida. Gunakan air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali selepas membuang air kecil atau besar. Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakan pengudaraan dan mengeringkan kulit mati. Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat. Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.

 

Ruam lampin boleh dicegah dengan cara ini

Perkara utama untuk mencegah dan mengelakkan ruam lampin daripada terjadi adalah dengan memastikan kawasan lampin bayi anda sentiasa bersih, nyaman dan kering.

 

  1. Periksa lampin bayi anda secara kerap

Periksa lampin bayi secara kerap dan tukarkannya sebaik sahaja ia basah atau kotor. Jangan biarkan hingga lampin penuh baru anda tukar. Ia akan menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi anda dan menyebabkan bayi anda menderita ruam lampin.

 

  1. Gunakan air suam, sabun lembut

Berhati-hati ketika membersihkan bahagian punggung bayi anda apabila menukar lampin. Gunakan air suam dan sabun pencuci yang sesuai untuk bayi.

 

  1. Pastikan kulit bayi kering

Biarkan kulit bayi anda kering sepenuhnya sebelum memakaikannya semula dengan lampin lain. Jika kulitnya basah, ia akan menyebabkan permukaan lampin lembap.

 

  1. Krim ruam lampin zink oksida

Gunakan ubat sapu yang mengandungi zink oksida untuk melindungi kulit bayi anda sebelum anda pakaikan lampin.

 

  1. Elakkan penggunaan seluar plastik

Elak penggunaan seluar plastik dan kain lampin yang diikuti dengan penggunaan lampin plastik. Plastik tidak mempunyai ruang udara yang baik dan tiada pengaliran udara.

 

  1. Elak tisu basah beralkohol

Elakkan penggunaan tisu basah yang mengandungi alcohol.

 

  1. Cuba tukar sabun, krim ruam lampin

Sekiranya ruam berterusan, tukarkan jenis sapuan lampin, lampin dan juga sabun yang digunakan. Bayi anda mungkin tidak sesuai dengan krim atau sabun yang digunakan.

 

Sekiranya anda mengalami masalah ini dan ingin mencuba produk Bedak Asmak, boleh rujuk halaman ini.

Sumber: TheAsianParent

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

One Comment

  • missvee88 says:

    Terima kasih atas makluman ini.

    Cuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya!

Leave a Reply

Close Menu