Skip to main content
search
0

Kebanyakkan ibu bapa tentunya akan mula hilang sabar apabila anak mereka mengalami tantrum.Sekiranya anda fikir tantrum itu adalah sesuatu yang rumit dan membebankan, cuba anda fikir sekali lagi.

Tantrum adalah bagus untuk perkembangan dan psikologi anak-anak anda sebenarnya . Cuma ibu bapa perlulah banyak bersabar kerana ianya memang akan mencabar diri serta kemarahan anda. Jom kenali apa itu tantrum yang sebenar.

Tantrum yang sebenar boleh berlaku dalam bentuk:

  1. Kemarahan
  2. Kekecewaan
  3. Tingkah laku yang mencabar
  4. Menjerit
  5. Menangis
  6. Menendang
  7. Memecahkan barang-barang
  8. Berkelakuan ganas

Perkara pertama yang ibu bapa perlu lakukan apabila kanak-kanak melakukan Tantrum di rumah adalah ibu bapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindak balas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.

Selalunya, kanak-kanak hanya akan hentikan Tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibu bapa juga menyumbang kepada berapa kerap Tantrum akan berlaku.

Bagaimana untuk mengendalikan kanak-kanak yang sedang Tantrum ?

  1. Pastikan anak andadalam keadaan
  2. Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
  3. Jangan hukum anak anda.
  4. Jangan berikan ganjaran.
  5. Jika boleh, asingkan anak anda.
  6. Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindak balas kepada Tantrum

Menghukum kanak-kanak kerana Tantrum, dengan menjerit atau memukul akan menyebabkan Tantrum menjadi lebih teruk dalam jangka masa pendek dan menyebabkan tingkah laku Tantrum kekal dalam jangka masa panjang.Jadi, peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah ini adalah sangat penting kerana ianya akan berkait dengan tindak balas anak anda.

Manfaat Tantrum yang ada pada anak perlu ibubapa tahu

  1. Anak belajar bagaimana menangani situasi yang mengecewakan mereka

Ibu bapa boleh menggunakan ketegasan tetapi bukan kemarahan kerana kehendak manusia tidak mungkin dapat dipenuhi secara keseluruhan. Jika anak anda dapat belajar memahami ini, maka dia akan dapat belajar bagaimana mengatasi kekecewaan itu.

  1. Anak berasa selamat untuk berkongsi emosi dengan anda

Tunjukkan belas kasihan sekiranya anak anda melontarkan tantrum di hadapan anda. Ini kerana anak anda rasa selesa dan selamat ketika meluahkan sikap sebegitu dihadapan anda.

  1. Tantrum meningkatkan proses pembelajaran anak anda

Sebenarnya, mengekalkan kekecewaan melalui tangisan adalah tindak balas yang positif kerana ia membantu anak anda hidup dalam emosi yang negatif. Apabila selesai menangis anak anda akan kembali normal oleh sebab proses pembelajaran tersebut.

Akhir sekali, tantrum merupakan proses pembelajaran untuk anak anda. Jadi ibu bapa perlu bijak untuk mengatasi masalah tersebut. Jika anak anda mengalami Tantrum yang melampau, bawa pergi berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat lebih lanjut.

Sekiranya anak anda mengalami masalah tantrum , boleh rujuk di halaman ini.

 

Kredit:

  1. https://my.theasianparent.com/tantrum-pada-anak
    http://www.myhealth.gov.my/kemahiran-keibubapaan-mengendalikan-tantrum/

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu