Bibir adalah salah satu penampilan utama bagi setiap wanita. Keadaan bibir yang kering adalah keadaan yang sangat dibenci oleh para gadis dan wanita. Penampilan menjadi kurang menarik apabila masalah ini berlaku. Bukan itu sahaja, banyak sebenarnya punca bibir kering, masalah lain juga ialah gincu bibir tidak akan melekat dengan baik semasa anda berhias.
Bibir yang kering kadangkala amat menyakitkan dan lebih teruk lagi boleh menganggu keselesaan melakukan aktiviti seharian kita. Apakah sebenarnya punca bibir kering? Bagaimana cara untuk mengatasinya? Terdapat pelbagai punca bibir kering, dan tanpa anda sedari yang sebenarnya anda sering melakukan perkara-perkara tersebut.
1. Kurang minum air
Tubuh badan kita sangat memerlukan air dan apabila anda tidak minum air dengan secukupnya, tubuh badan anda akan menjadi kering.Apa yang dimaksudkan disini ialah semua organ dan anggota badan termasuk kulit akan menjadi kering juga. Akibatnya, bibir anda juga akan menjadi kering. Oleh itu, pastikan anda minum air yang secukupnya setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.
2. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan
Punca bibir menjadi kering ialah daripada masalah dehidrasi yang berlaku dengan kerap. Masalah dehidrasi boleh berlaku disebabkan oleh cuaca yang terlalu panas, terlalu aktif, bersenam dalam cuaca panas ataupun mungkin disebabkan oleh berpuasa. Oleh itu, kalau anda nak bibir yang lembab dan cantik, elakkan diri daripada dehidrasi.
3. Terdedah kepada sinaran matahari yang terik
Terdedah kepada sinaran matahari yang terik boleh menyebabkan bibir anda menjadi kering. Yang ini pasti anda selalu buat, kan? Apabila anda suka berjemur dibawah panas matahari, bibir anda akan menjadi kering, menggelupas, dan berdarah. Oleh itu, elakkan daripada berada di luar semasa matahari terik. Jika perlu keluar jangan lupa gunakan payung untuk melindungi muka anda daripada terkena matahari secara langsung
4. Cuaca yang terlalu sejuk
Selain cuaca yang terlalu panas, cuaca yang terlalu sejuk juga adalah di antara punca bibir kering. Cuaca sejuk yang kami maksudkan ialah cuaca dengan suhu yang sangat sejuk seperti di Bukit Fraser atau Cameron Highlands. Pejabat dengan penyaman udara yang terlalu sejuk hingga anda rasa nak beku juga termasuk dalam cuaca terlalu sejuk yang kami maksudkan. Kalau anda perasan, duduk dalam suhu yang sejuk akan menyebabkan kulit dan bibir anda menjadi kering. Keadaan ini berlaku kerana cuaca yang sejuk akan menyerap lembapan dari tubuh badan termasuk bibir anda. Oleh itu, pastikan anda memakai lip balm untuk melindungi permukaan bibir agar lembapan tidak hilang.
5. Tabiat suka menjilat bibir
Tabiat suka menjilat bibir adalah satu perbuatan yang kurang menarik dan boleh menyebabkan bibir anda menjadi kering. Ini kerana dalam air liur manusia terdapat enzim yang akan menyebabkan bibir menjadi kering dan hitam. Oleh itu, kalau anda adalah seorang yang suka menjilat bibir, hentikan tabiat tersebut supaya bibir anda tidak kering lagi.
6. Tabiat suka menggigit bibir
Selain tabiat suka menjilat bibir, tabiat suka menggigit bibir juga akan menjadi punca bibir kering. Bibir anda akan melecet dan luka apabila anda suka menggigit bibir. Bukan itu sahaja, air liur akan melekat apabila anda menggigit bibir lalu enzim yang ada dalam air liur akan menyebabkan bibir anda kering. Oleh itu, hentikan tabiat suka menggigit bibir hari ini juga.
7. Suka bernafas melalui mulut
Punca bibir kering yang ini pastinya akan membuatkan anda terkejut. Ramai orang suka bernafas melalui mulut tanpa disedari. Bagaimana tabiat suka bernafas melalui mulut boleh menyebabkan bibir menjadi kering? Apabila anda bernafas melalui mulut, ia akan menyebabkan wap air liur melekat pada dinding bibir. Hal ini sama seperti tabiat menjilat bibir, dimana enzim dalam air liur boleh menyebabkan bibir menjadi kering. Oleh itu, hentikan tabiat suka bernafas melalui mulut kalau anda nak bibir yang lembab dan cantik.
8. Makanan tinggi garam
Jika anda suka makan makanan yang tinggi dengan garam, tak hairanlah kalau bibir anda kering. Ini kerana garam adalah punca bibir kering. Oleh itu, untuk mendapatkan bibir yang cantik anda perlu jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang tinggi garam. Pilih makanan yang sihat.
Mengelakkan 8 perkara ini boleh menghasilkan bibir yang lebih sihat dan cantik. Pemakaian pelembap bibir juga boleh menghalang dari bibir yang kering dan sentiasa berada dalam keadaan lembap. Antara bahan semulajadi lain yang membantu untuk melembapkan bibir ialah madu asli, minyak zaitun, petroleum jelly dan gula (digunakan sebagai skrub). Ingin mencuba pelembap bibir Kaisa keluaran Asmak? Klik sini.
Kredit: sayscom
bidadarimy