Skip to main content
search
0
Kesihatan

Ini Faktor Sakit Tekak Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

By March 12, 2021August 2nd, 2021No Comments

Ramai orang yang pernah mengalami masalah sakit tekak. Ia adalah perkara yang amat tidak selesa jika terjadi pada setiap orang. Terutamanya jika anda seorang yang bekerja, ianya akan menjejaskan prestasi pada hari tersebut. Di sini kami kongsikan beberapa sebab sakit tekak yang anda mungkin tidak tahu.

Sakit tekak simptom biasa demam dan alergi. Sakit tekak merupakan salah satu simptom demam dan reaksi semua jadi badan terhadap alergi. Ketika anda mengalami sakit tekak atau gatal tekak, anda mungkin juga mengalami simptom lain seperti hidung berair, batuk atau kerap bersin.Jika anda mengalami semua simptom ini pada jangka masa yang pendek, anda mungkin mengalami demam biasa.

Tetapi, jika simptom ini diikuti dengan rasa gatal-gatal ataupun sakit mata dan berlaku dalam tempoh masa yang panjang, anda mungkin sedang mengalami reaksi alergi. Selalunya, alergi tidak akan sembuh dalam masa yang singkat. Simptomnya akan kekal sehingga alergen itu tidak lagi berada dalam tubuh badan anda.

Apakah itu alergi?

Alergi ialah tindak balas negatif badan kepada sesuatu bahan tertentu. Selalunya, bahan ini merupakan bahan biasa yang tidak menimbulkan iritasi atau kesan alahan kepada orang lain.

Ada pelbagai bahan yang boleh menjadi alergen. Sebagai contoh, anda boleh alah kepada habuk, debunga, kulapuk, makanan, dan binatang seperti kucing, anjing ataupun lipas.

Semua bahan ini boleh menyebabkan tindak balas alergi. Anda akan kerap bersin, mata berair dan rasa gatal tekak. Selalunya, seseorang itu akan mengalami alahan jika keluarganya juga mengalami alahan yang sama. Berbeza dengan demam, alahan tidak boleh berjangkit kepada orang lain.

sakit tekak

Simptom demam & alahan

  • Demam

Demam selesema selalunya berlaku selama 3-14 hari diikuti simptom seperti suhu badan yang tinggi, sakit kepala, sakit badan dan rasa penat atau letih yang amat sangat.

  • Alahan

Tetapi, simptom alahan pula boleh berkekalan selama berminggu-minggu. Reaksi kepada alergi boleh berlangsung selama mana anda terdedah kepada alergen tersebut. Walaupun simptom alergi dan demam kadangkala sukar untuk dibezakan, namun masih ada beberapa simptom yang ekslusif kepada demam dan alahan sahaja.

Sakit mata, nafas berbunyi dan gatal-gatal ataupun ruam pada kulit merupakan simptom alahan. Sakit dada, sakit badan, demam dan kepenatan merupakan simptom untuk demam selesema biasa. Walau bagaimanapun, jika anda tidak pasti tentang punca gatal tekak yang anda alami, berjumpalah dengan pakar untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.

 

Rawatan demam dan alergi

Demam biasa akan beransur-ansur pulih jika anda mendapatkan rehat yang mencukupi. Ubat demam yang dijual di farmasi juga boleh digunakan untuk merawat demam. Tetapi, alergi tidak akan pulih selagi anda tidak dapat mengenal pasti punca sebenar alahan anda. Oleh itu, berjumpa doktor untuk merawat penyakit yang sedang anda alami adalah jalan penyelesaian yang terbaik dan selamat.

Jika anda sedang mengalami seperti masalah dia atas dan ingin mencari rawatan alternatif, sila klik sini.

 

Sumber:

Hellodoktor.com

Doctoroncall.com

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu