Ramai ibu menyusu yang mengharapkan susu mereka banyak. Dengan itu, Mama pastinya akan mencari penggalak susu ibu atau nama lainnya milk booster bagi memastikan beliau akan sentiasa ada susu badan yang mencukupi untuk diberikan kepada si kecil. Jadi, tak hairanlah pelbagai milk booster yang ada dan muncul di pasaran sekarang ini sampai pening nak pilih. Jom kenali antara milk booster semulajadi yang wajib diamalkan.
Maka, dengan niat untuk memudahkan kerja ibu-ibu menyusu yang tengah mencari milk booster untuk menambah susu badan, kami akan memperkenalkan milk booster yang popular dan terbaik di pasaran kini. Tetapi sebelum itu, Mama juga harus ambil tahu sedikit sebanyak tentang nutrisi penting yang perlu diambil bagi ibu menyusu dan bagaimana untuk memilih milk booster yang terbaik untuk anda.
Makanan yang kaya dengan nutrisi memang sangat diperlukan oleh Mama terutamanya untuk menambah tenaga. Seperti mana yang kita tahu, perjalanan breastfeeding ini banyak menggunakan tenaga fizikal dan mental ibu menyusu. Oleh itu, 5 nutrisi ini sangat penting untuk anda ambil dan ianya juga boleh menambah pengeluaran susu badan anda juga tau!
1. Protein
Sejak dari kehamilan lagi, Mama memang memerlukan sumber protein untuk membantu perkembangan bayinya di dalam badan. Pengambilan protein juga sama penting ketika menyusukan bayi. Antara makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi adalah seperti telur, tauhu, tempe, daging tanpa lemak, daging itik dan juga ikan.
2. Karbohidrat
Selain protein, Mama juga sangat memerlukan sumber karbohidrat di dalam dietnya bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi. Antara sumber karbohidrat yang disyorkan untuk ibu menyusu masukkan dalam diet harian mereka adalah seperti nasi, ubi, bijirin dan kentang.
3. Kalsium
Kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat untuk Mama dan si comel. Ianya juga bertindak dalam membantu pengaliran darah, menguatkan otot serta saraf. Sumber kasium yang sihat boleh didapati daripada susu tanpa lemak, sayur bayam, jus dan broccoli.
4. Zat Besi
Untuk pengetahuan anda, makanan yang kaya dengan zat besi mampu mencegah masalah anemia dan kekurangan zat besi dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi. Mama yang menyusukan anak memerlukan sekurangnya 9mg zat best setiap hari. Sumber zat besi boleh didapatkan dari daging tanpa lemak, kekacang, biji-bijian dan sayuran hijau.
5. Vitamin D
Mama yang menyusukan anak juga perlu meningkatkan pengambilan vitamin D terutamanya bagi mereka yang inginkan menyusukan anak secara eksklusif. Ini kerana vitamin D boleh membantu menyerap kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi bayi. Sumber vitamin D boleh didapati di dalam susu, jus oren, telur dan salmon. Milk Booster merupakan suplement tambahan untuk Mama yang menyusukan anak dengan membantu melancarkan pengeluaran susu badan. Di pasaran hari ini terdapat pelbagai jenis milk booster yang boleh dicuba. Dengan pelbagai bentuk dan rasa yang ditawarkan Mama boleh memilih mana yang terbaik dan menepati citarasa anda.
Namun begitu, adalah disarankan untuk anda meneliti terlebih tahu produk milk booster yang ingin dicuba dengan mempertimbangkan beberapa perkara berikut:-
#1- Ramuan utama yang terdapat di dalam milk booster.
Pilihlah milk booster yang mempunyai ekstrak daun katuk dan halba yang dikatakan boleh meningkatkan hormon ketika menyusukan anak. Selain itu, disarankan juga memilih milk booster yang mempunyai formulasi kacang badam. Ini adalah kerana di dalam kacang badam mempunyai asid amino yang dapat membentuk asid serotonin yang dapat meningkatkan pengeluaran susu badan. Jadi Mama, sila teliti kandungan formulasi agar dapat membantu pengeluaran susu badan dengan baik.
#2- Pilih milk booster yang menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Pastikan Mama memilih produk yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan bebas daripada bahan tambahan yang boleh membahayakan anda dan si comel. Mama pastinya akan suka milk booster yang mempunyai rasa yang enak tetapi perlu pastikan perisa yang digunakan adalah dari bahan semulajadi dan bukannya daripada pewarna tiruan. Adalah lebih baik jika ianya diperbuat daripada bahan perisa dari ekstrak buah-buahan.
#3- Pilih jenis milk booster yang mudah untuk dinikmati.
Produk milk booster terdapat dalam pelbagai bentuk. Ada yang dalam bentuk serbuk susu, pil mahupun teh. Jadi, pilih yang sesuai dan memudahkan Mama untuk mengambilnya setiap hari.
Apa yang paling penting ialah, ibu menyusu perlulah sentiasa gembira senang hati dan berfikiran positif supaya susu badan dapat dihasilkan dengan lebih meriah. Anda mengalami masalah kurang susu badan? Jom klik sini.
Sumber:
TheAsianParent