Skip to main content
search
0

Ramai yang akan mengalami masalah bibir kering dan mengelupas kerana kurangnya pengambilan air. Lebih parah jika keadaan mengelupas itu turut disusuli dengan bibir berdarah dan luka. Mengenai bibir pula, kulit pada bahagian itu lebih mudah merekah dan mengelupas kerana ia tipis selain tidak mempunyai sebarang kelenjar minyak yang dapat memberi kelembapan semula jadi.

Jika individu terdedah kepada keadaan ekstrem sama ada cuaca terlalu sejuk, panas atau kering, kulit pada bahagian bibir akan terlebih dahulu merekah atau mengelupas. Bibir kering dan merekah sangat mudah berlaku dan boleh mengganggu penampilan. Malah, jika dibiarkan berlarutan, boleh mengganggu kesihatan. Kulit pada bibir anda mungkin kelihatan lebih gelap, mengelupas dan berdarah, terutamanya jika anda tidak menjaganya dengan baik. Bibir yang sihat dan lembap tentunya akan terasa lebih selesa dan menarik untuk dipandang, namun banyak faktor yang boleh menyebabkan gangguan pada bibir terutama bibir yang kering atau kelihatan merekah. Sebahagian daripadanya adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran seperti cuaca atau suhu bilik, keadaan badan yang mengalami penyakit tertentu, atau tabiat buruk.

Terdapat beberapa tips mengatasi bibir pecah dan mengelupas dengan menggunakan bahan semulajadi ialah:

  1. Minyak kelapa

Menurut kajian In vitro anti-inflammatory and skin protective properties of Virgin coconut oil, minyak kelapa adalah emolien yang tidak hanya melembabkan kulit, tetapi juga melindungi bahagian ini dengan meningkatkan sistem perlindungan pada kulit. Manfaat lain daripada minyak kelapa, terutamanya berkaitan dengan bibir pecah, adalah sifat anti-inflamasi dan anti bakterianya.

  1. Lidah buaya

Lidah buaya memiliki pelbagai kegunaan. Sifat anti-inflamasi di dalamnya menjadikannya pilihan tepat untuk merawat bibir pecah. Untuk mengatasi bibir pecah, potong daun lidah buaya dan hiris terbuka untuk mengambil gelnya. Sapu ke bibir dan enzim lidah buaya membantu melembabkan bibir serta menghalangnya daripada mengelupas.

  1. Madu

Dalam kajian Honey: A Therapeutic Agent for Disorders of the Skin menjelaskan madu memiliki sifat anti-mikroorganisma dan anti-inflamas. Madu telah digunakan selama berabad-abad lamanya sebagai ubat merawat kulit dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Ia juga dapat membantu melembabkan bibir dan melindunginya daripada pecah dan terkena jangkitan.

  1. Avokado

Menurut kajian Review on Natural Lip Balm, buah avokado dapat bertindak sebagai emolien dan memekatkan lip balm. Malah ia tidak berminyak dan dapat diserap dengan baik oleh kulit. Bahan ini mengandungi beberapa asid lemak dan antioksidan yang diketahui mempunyai pelbagai manfaat bagi kulit termasuk asid oleat dan linoleat.

  1. Jeli petroleum

bibir kering dan menggelupas

Kredit :xtra

The American Academy of Dermatology (AAD) menyarankan penggunaan jeli petroleum sepanjang hari dan sebelum tidur untuk melembabkan bibir yang pecah. Jeli petroleum ini dapat menjaga kelembapan bibir lebih lama daripada minyak.

Untuk pengetahuan anda, jeli petroleum terbentuk apabila minyak mineral termasuklah petroleum digabungkan dengan lilin. Hasilnya ialah sesuatu bahan berbentuk jeli yang dipanggil petrolatum. Pada tahun 1859, ahli kimia Amerika Robert Chesebrough telah ternampak beberapa penggali minyak di Pennsylvania menggunakan jeli ini untuk menyembuhkan luka dan kulit mereka yang terbakar.

  1. Minum banyak air

Ini adalah salah satu cara paling mudah untuk mengekalkan kelembapan bibir anda. Kekurangan cecair dalam badan boleh mengurangkan kelembapan di bibir anda, menyebabkan bibir anda kering. Oleh itu, minum air secukupnya,sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Bibir kering dan merekah sangat mengganggu keselesaan dan penampilan, dengan mengetahui puncanya, anda lebih mudah mengelak perkara ini berlaku pada bibir anda. Tanpa anda sedari, gaya hidup harian anda turut mempengaruhi kesihatan dan kelembapan bibir anda.

7. Pilih lipstik yang sesuai

Kandungan alkohol dalam produk lipstik, seperti pada lipstik matte atau lipstik yang tahan lama, biasanya cenderung mengurangi kelembapan bibir Anda karena alkohol cepat menguap. Meski begitu, alkohol merupakan salah satu unsur penting dalam produk lipstik. Untungnya, beberapa produsen menggunakan alkohol dari tanaman yang berfungsi sebagai emolien atau senyawa yang dapat melembutkan bibir.

8. Gunakan lip balm
Cara seterusnya untuk mengatasi bibir kering adalah dengan menggunakan lip balm yang boleh mengekalkan kelembapan bibir anda. Balsem bibir biasanya mengandungi petroleum, lilin lebah atau minyak lain yang akan melindungi bibir anda daripada angin dan udara sejuk atau kering. Kandungan emolien dan vitamin dalam lip balm juga berfungsi untuk melembutkan dan menutrisi bibir agar tetap segar dan tidak kering. Sesetengah balm bibir juga menambah SPF, seperti SPF 30, untuk melindungi bibir daripada matahari.

Jika anda atau ahli keluarga anda,mengalami masalah bibir kering dan menggelupas anda boleh guna produk Lipbalm Kaisa,anda boleh klik disini.

Kredit

  1. mstar
  2. hellosehat
  3. hmetro
  4. hellosehat
Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu