Skip to main content
search
0

Apakah perbezaan ketumbit luaran dan dalaman? Ketumbit adalah kelopak mata yang mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak serta membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata dan bulu mata yang berfungsi memerangkap habuk daripada memasuki mata. Ketumbit (hordeolum luaran) adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulumata.Sebaliknya, penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat mengakibatkan chalazion (hordeolum dalaman). Jom Kenali ketumbit luaran dan dalaman lebih lanjut dalam artikal di bawah.

Ketumbit ini merupakan ketumbuhan pada kelopak mata sama ada melibatkan satu mata atau kedua-dua belah mata. Untuk memahami apakah itu ketumbit, kita mestilah  mengetahui serba sedikit mengenai struktur yang berada pada mata. Biasanya, ketumbit ini melibatkan bahagian folikel iaitu akar rambut, atau kelenjar meibomian yang terletak di tepi mata. Ketumbit boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan bahagian mata yang terlibat.

Pertama, Hordeolum. Hordeolum ini merujuk kepada ketumbuhan akut pada kelopak mata akibat jangkitan kuman dan boleh dibahagikan kepada hordeolum luaran dan hordeolum dalaman. Hordeolum luaran berlaku apabila jangkitan kuman berlaku pada folikel bulu mata. Keadaan ini merupakan kes yang lazim berlaku kepada orang ramai. Manakala, hordeolum dalaman pula jarang berlaku dan merupakan jangkitan kuman kelenjar meibomian yang terletak pada permukaan kelopak mata yang menghadap bebola mata.

Kedua adalah Chalazion. Chalazion ini merujuk kepada halangan kelenjar meibomian. Kelenjar meibomian ini berfungsi untuk menghasilkan sejenis cecair berminyak pada bola mata agar dapat mengelakkan lapisan air mata daripada menjadi kering. Apabila kelenjar ini tersumbat, kandungan minyak dalam kelenjar ini akan bertakung dan mengakibatkan kawasan kelopak mata menjadi bengkak. Keadaan ini bleh diibaratkan sebagai pertumbuhan jerawat pada kelopak mata kerana jerawat berlaku disebabkan oleh halangan pada kelenjar lemak. Kedua-dua jenis ketumbit ini boleh berubah kepada satu sama lain. Contohnya, chalazion boleh dijangkiti kuman lalu menjadi hordeolum. Hordeolum dalaman juga boleh menjadi chalazion sekiranya nanah dalam kelenjar tersumbat dan tidak dikeluarkan untuk jangka waktu yang panjang. Seterusnya, antara komplikasi ketumbit adalah kebanyakannya akan hilang tanpa memerlukan rawatan dalam beberapa hari. Tetapi sesetengah individu mungkin mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak ke bahagian lain kelopak mata dan seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis. Keadaan ini menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kelopak mata.

Seperti yang diterangkan, ketumbit merupakan fenomena yang dialami oleh hampir setiap orang sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup tidak kira usia atau jantina. Hordeolum disebabkan oleh jangkitan kuman pada folikel bulu mata terutamanya bakteria Staphylococcus. Kuman ini merupakan kuman yang normal pada kulit manusia. Walaupun ketumbit ini jarang berjangkit kepada orang lain namun orang ramai dinasihatkan untuk tidak berkongsi alat solek seperti berus, pembayang mata dan lain-lain dengan pesakit ketumbit. Kelompok orang yang lebih kerap mengalami hordeolum ialah pesakit kencing manis yang mempunyai sistem imun lebih rendah, pesakit seborrhea iaitu sesuatu penyakit kulit yang mengakibatkan kulit kasar dan bersisik, pesakit yang mengalami blepharitis kronik iaitu sejenis jangkitan kelopak mata yang telah berlarutan untuk tempoh masa yang lama. Individu yang tidak menjaga kebersihan kelopak mata contohnya mereka yang tidak mempunyai tabiat membersihkan solekan mata sebelum tidur. Chalazion pula berpunca daripada masalah kelenjar meibomian. Faktor utama berlakunya chalazion adalah lapisan lemak dalam kelenjar yang terlalu melekit dan susah untuk dikeluarkan. Contohnya, golongan yang mempunyai masalah “acne rosacea”.

Akhir sekali, kebanyakan ketumbit adalah kecil dan jarang menyebabkan gangguan yang teruk. Ia boleh dirawat di rumah dengan menuam ketumbit beberapa kali sehari. Dalam beberapa hari ketumbit akan sembuh dengan sendirinya. Sekiranya tidak sembuh selepas dituam, rawatan antibiotik dalam bentuk salaf mata mungkin diperlukan. Dalam kes yang lebih teruk ketumbit boleh dirawat dengan pembedahan kecil. Bagi ketumbit luaran (external hordeolum), bulu mata yang terlibat perlu dicabut.

Jika anda ada masalah ketumbit jom tekan link di sini.

 

Kredit:

myhealth

doctor on call 

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu