Ketahui 5 Cara Rawatan Mudah Anak Terkena HFMD

Penyakit tangan, kaki dan mulut juga dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang sering berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini.

Demam merupakan tanda pertama HFMD, kemudian sakit tekak dan kurang selera makan. Selepas 1-2 hari demam, luka menyakitkan akan muncul pada depan mulut atau tekak. Kemudian ruam akan berkembang pada tangan, kaki serta punggung dalam masa 1 atau 2 hari.

Menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga 6 Ogos 2016, bilangan kes HFMD yang dilaporkan di seluruh negara 23,454 kes HFMD telah dilaporkan dengan purata kes dilaporkan seminggu untuk seluruh negara sebanyak 757 kes. Jumlah ini menunjukkan peningkatan kes sebanyak 17.8% jika dibandingkan dengan tahun 2015.

Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja terutama kanak-kanak bawah umur lima tahun. Jangkitan ini biasanya disebabkan amalan kebersihan diri kurang baik dan pendedahan kepada tempat atau persekitaran sesak yang mungkin meningkatkan lagi risiko penyebaran virus ini. Virus mudah merebak terutama pada awal minggu pertama jangkitan. Individu yang dijangkiti penyakit HFMD biasanya akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, ruam melepuh pada kaki, tangan atau ulser pada mulut dan lidah. Kanak-kanak juga mungkin mengalami muntah, cirit-birit dan kurang selera makan. Terdapat 5 cara merawat anak terkena HFMD ialah:

  1. Aiskrim & makanan sejuk

Aiskrim lembut, puding, atau minuman sejuk mampu memberi kelegaan kepada si anak atau bayi yang mengalami ulser di mulut. Anda boleh membuat sendiri aiskrim tanpa gula dengan menggunakan buah-buahan yang dicampur dengan susu badan atau susu segar. Setelah mereka menghabiskan aiskrim, anda bolehlah memberi sedikit makanan seperti sup atau susu badan kerana mulutnya masih kebas dan kurang sakit untuk makan. Jika masih tidak berminat untuk makan, anda boleh cuba sejukkan susu formula atau susu ibu yang diperah.

  1. Gel aloe vera

Gel aloe vera semulajadi boleh digunakan untuk menyapu lepuhan atau bahagian yang terasa gatal. Seeloknya, cari produk organik yang tidak berbau dan anti-alergenik supaya tidak mendatangkan kesan sampingan. Gel ini amat sejuk dan dapat memberi kelegaan pada kerengsaan yang dialaminya.

  1. Air kelapa

Air kelapa dapat menyejukkan badan dan juga perut. Ianya mengandugi pelbagai jenis vitamin, mineral dan bahan antioksida. Ianya juga mengandungi acid lauric yang bertujuan untuk melawan jangkitan virus. Dengan memberikan air kelapa kepada kanak-kanak terkena HFMD ianya dapat melegakan sakit pada mulut dan terus kekal hidratkan.

  1. Sup ayam

Sup atau bubur ayam adalah antara makanan yang paling mudah diterima oleh anak-anak ketika tidak sihat. Semasa membuat sup ini, pastikan anda melebihkan sedikit bahan yang bersifat antiviral seperti bawang putih dan sayuran seperti lobak merah.

  1. Minyak kelapa dara atau Minyak Zaitun

Minyak kelapa dara juga antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kaki tangan dan mulut. Selain digunakan pada luaran, boleh juga disapukan pada bibir bayi yang mengalami ulser. Sapukan pada lepuhan dan ambil sedikit untuk disapu pada ulser mulut. Pastikan tangan anda benar-benar bersih sebelum memegang tubuh anak.

6. Halia

Halia mengandungi beberapa bahan kimia antivirus. Ianya juga mengandungi ‘sedative’ yang bertindak sebagai melegakan kesakitan. Buat teh halia yang dihancurkan , sejukkan dan beri kepada anak anda. Boleh tambah madu untuk rasa yang enak sedikit.

Kesimpulannya, walaupun kadar penularan penyakit HFMD adalah tinggi, ia masih boleh dicegah sekiranya semua pihak memainkan peranan. Segera bawa anak berjumpa doktor jika mempunyai simptom HFMD dan lakukan langkah pencegahan supaya penyakit ini tidak merebak. Kebersihan langkah utama mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut ini.

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah batuk berpanjangan, anda boleh cuba Minyak Herba Asmak, boleh klik link disini.

Kredit

  1. siraplimau
  2. hmetro
  3. hellodoktor
Leave a Reply

Kategori Artikel

Produk Terbaru & Terlaris Asmak Life

Shopping cart close