Skip to main content
search
0

Untuk pengetahuan ibu bapa baharu, kulit bayi baru lahir yang sebelum ini terbiasa dengan persekitaran seperti air ketika di dalam kandungan mesti menyesuaikan diri dengan persekitaran yang lebih kering setelah dilahirkan. Mungkin, peralihan ini akan mengambil masa yang agak lama. Kulit bayi baru lahir sangat sensitif elakkan kerap guna sabun.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana kulit bayi baru lahir akan terus berkembang beberapa lama setelah dilahirkan. Walaupun kulit bayi baru lahir boleh menyerap kelembapan pada kadar yang lebih cepat berbanding kulit orang dewasa, perlu diingatkan juga bahawa kulit bayi baru lahir juga akan mudah menjadi kering.

 

Antara jenis-jenis masalah kulit bayi baru lahir yang sering berlaku:

#1 Kulit Kering/Menggelupas

Kulit bayi baru lahir akan kelihatan kering dan mengelupas pada beberapa hari yang pertama. Terutamanya di bahagian tapak kaki dan pergelangan kaki. Walau bagaimanapun, jangan terlalu bimbang kerana selepas beberapa hari, pengelupasan serta masalah kulit kering kulit bayi baru lahir ini akan hilang.

Cara rawatan: Jangan mandikan bayi terlalu lama kerana air hanya akan menanggalkan minyak semula jadi yang ada pada kulit bayi baru lahir. Menggunakan air suam dan sabun mandi bebas wangian (fragrance-free) adalah lebih baik. Seterusnya, sapukan losyen atau krim dengan kadar segera selepas selesai memandikan bayi.

#2 Ruam Lampin

Ruam lampin adalah keadaan di mana ruam kelihatan kemerah-merahan di sekitar kawasan lampin, alat kelamin, dan punggung bayi1. Ruam lampin pada kulit bayi baru lahir selalunya berlaku disebabkan oleh:

– Pemakaian lampin kotor terlalu lama.
– Geseran dari lampin yang dipakai.
– Jangkitan yis.
– Jangkitan bakteria.
– Reaksi alergi terhadap lampin yang dipakai.
– Cirit-birit.
– Antibiotik dari susu ibu.

Cara rawatan: Ibu bapa perlu menukar lampin bayi dengan kerap dan pastikan kawasan ruam sentiasa berada dalam keadaan kering. Perlu diingatkan juga untuk menggunakan krim ruam yang baik dan kalau boleh, sila elakkan daripada menggunakan lampin yang murah.

#3 Ekzema

Ekzema biasanya terjadi pada kulit bayi baru lahir atau kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah kadang kala kelihatan seperti kulit bayi baru lahir dilihat seakan melecur yang berair2. Jika ekzema dibiarkan berpanjangan, ia akan menyebabkan kegatalan.

Cara rawatan: Ibu bapa disarankan untuk meminta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor mungkin akan memberikan rawatan seperti memberikan ubat pencegah gatal (antihistamin), losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan, zrim steroid (untuk kes-kes yang teruk), dan juga akan memberikan antibiotik jika terdapat jangkitan kuman. Walau bagaimanapun, rawatan yang disediakan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

#4 Heat Rash/Ruam Panas

Kenali heat rash atau ruam panas, gatal atau lepuh kecil iaitu keadaan kemerah-merahan pada kulit atau bahagian badan kulit bayi baru lahir yang bersentuhan dengan pakaian. Apabila cuaca terlalu panas, bayi akan berpeluh dengan banyak dan akan menyebabkan liangnya tersumbat. Ruam panas akan berlaku apabila peluh tidak dapat keluar. Bayi juga akan lebih senang menerima ruam panas daripada orang dewasa kerana liang mereka adalah lebih kecil.

Cara rawatan: Pastikan pakaian bayi anda longgar dan mempunyai pengedaran udara yang baik. Pastikan ibu bapa elak dari menggunakan krim atau losyen ke kawasan yang terjejas.

#5 Keruping Buaian/Cradle Cap

Keruping buaian atau cradle cap adalah keadaan di mana tompok-tompok atau kerak berminyak akan kelihatan pada kulit kepala bayi yang akan nampak seperti kelemumur. Keadaan kulit bayi baru lahir ini tidak menyakitkan atau gatal. Ia hanya menyebabkan kulit seperti sisik putih atau kuning yang sukar untuk dibuang.

Cara rawatan: Ibu bapa perlu mencuci bahagian yang terjejas setiap hari dengan menggunakan syampu atau minyak mineral yang berubat. Selain itu, gunakan juga losyen khas untuk keruping buaian, kemudian sikat rambut bayi anda dengan menggunakan sikat yang lembut untuk menanggalkannya.

#6 Milia

Ini adalah keadaan yang sering dilihat pada kulit bayi baru lahir iaitu Milia. Milia merupakan biji-biji putih kecil yang berada di sekitar hidung, dagu, atau pipi, mahupun pada bahagian atas badan dan lengan bayi. Keadaan kulit bayi baru lahir ini disebabkan oleh serpihan kulit kecil yang terperangkap di bawah permukaan kulit mereka. Oleh itu, jangan sesekali memicit atau mengorek biji-biji putih tersebut kerana ia akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu ataupun bulan. Tunggu sahaja, okay?

Cara rawatan: Anda perlu kerap membasuh muka bayi anda setiap hari dengan air suam dan sabun bayi yang lembut kemudian lap kering secara perlahan-lahan. Jika boleh, sila elakkan daripada menggunakan losyen atau minyak pada kawasan yang terjejas.

 

Jika anak menunjukkan mana-mana simptom berikut, ibu ayah perlu membawa mereka berjumpa doktor pakar kulit:

Kulit kering tidak boleh dirawat atau dikurangkan dengan ubat tanpa pemeriksaan doktor.
Tompokan kulit kering kelihatan merah dan gatal.
Tompokan kulit kering yang menyakitkan dan merengsa.
Waspada dengan semua ini kerana ia mungkin disebabkan oleh jangkitan.

Semoga bermanfaat.

 

Ingin dapatkan produk yang mampu merawat masalah kulit bayi anda? Klik sini.

 

Sumber:
HelloDoktor

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu