Skip to main content
search
0

Angin dalam badan merupakan antara masalah kesihatan yang berpunca daripada aspek pemakanan dan sistem penghadaman bermasalah, angin dalam badan menyebabkan perut kembung, sendawa berterusan, lemah tubuh badan, loya dan muntah yang akan menjejaskan prestasi harian anda. Adakah anda sedang atau sering menghadapi situasi yang dinyatakan ? Jika begitu, 5 tips hilangkan angin dalam badan ini perlu anda amalkan. 

 

Di sini kami inginkan kongsikan kaedah yang perlu dilakukan penghidap masalah angin:

 

1. Menukar Jenis Makanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menbyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing. Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.

 

2. Minum Air Halia

Amalan meminum air halia merupakan petua buang angin yang paling mudan dan juga berkesan yang telah diamalkan sejak turun-temurun lagi. Minuman halia telah dipelbagaikan pada masa kini. Namun, ia lebih baik sekiranya anda meminum minuman halia asli ataupun Madu Halia Bentong kerana ia lebih berkesan untuk membuang angin di dalam badan. Anda boleh mencampurkan madu halia bentong di dalam segelas air suam Bersama lemon untuk membantu masalah penghadaman anda.

 

3. Kurangkan Menelan Udara

Sesorang yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. {1 ayat}

 

4. Jangan Makan Makanan Yang Menghasilkan Angin

Salah satu cara efektif bagi membuang angin adalah dengan menghindari makanan yang menghasilkan banyak angin atau gas. Kandungan gas yang dihasilkan oleh makanan berbeza di antara individu.

Bagi sesetengah orang, makanan seperti nangka dan keledek boleh menyebabkan angin, tetapi tidak bagi orang lain. Justeru, seseorang itu perlu mengenalpasti jenis makanan yang menyebabkan berlakunya masalah angin dalam mereka agar terhindar daripada masalah ini.

Antara makanan yang perlu dijauhi ialah makanan yang tinggi kandungan laktos (gula semula jadi) dan fruktos seperti kacang, keju, aiskrim, bunga kubis, kubis brussel, kubis, asparagus, brokoli yang kaya dengan fruktos selain bawang, buah pir dan gandum.

 

5. Urutan

Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.

Teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan. Ada pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi, antaranya ialah angin di badan, kepala, Rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan. Masalah angin sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadikan punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah.


Apabila angin dalam badan kurang, anda akan berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian. Justeru, hari anda akan menjadi lebih produktif dan kurang merasa lesu atau keletihan. Selain tips diatas, anda juga boleh mengamalkan madu, atau sebarang suplemen untuk mengurangkan angin dalam badan. Apa yang paling penting dapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengamalkan sebarang suplemen tambahan.

Sumber :
1. Hellodoktor

2. Theasianparent

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu