Skip to main content
search
0

Kemunculan jerawat sememangnya boleh menjejaskan penampilan untuk dialami apabila anda seorang remaja mahupun dewasa. Jerawat yang dialami mungkin akan hilang selepas itu, walau bagaimanapun, parut jerawat yang tertinggal mungkin akan menimbulkan masalah keyakinan diri. Disebabkan itu, penyembuhan jerawat sahaja tidak mencukupi, parut jerawat juga perlu diuruskan sebelum anda benar-benar boleh melupakan masalah jerawat. Terdapat beberapa tip hilangkan parut jerawat yang boleh anda lakukan di rumah.

Oleh itu, mari baca perkongsian di bawah untuk rawatan sampingan yang boleh anda lakukan di rumah:

1. Asam Jawa + Bedak Sejuk + Air Kosong

Caranya:

1. Ambil secubit asam jawa, gaul dengan airkosong. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
2. Masukkan 5 ketul bedak sejuk ke dalam pes asam jawa tadi.
3. Kalau terlalu pekat, tambah air.
4. Jadikan sebagai masker.
5. Sapukan ke wajah dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
6. Lakukan setiap malam, sehingga parut jerawat anda hilang sepenuhnya.

2. Aloe Vera (Lidah Buaya)

Aloe vera atau lidah buaya sememangnya berguna dalam dunia kecantikan. Anda boleh gunakan gel aloe vera yang boleh dibeli dari farmasi, namun gel semulajadi dari pokok aloe vera adalah lebih berkesan tanpa sebarang bahan kimia & pengawet.

Caranya, sebelum tidur, ambil sedikit lendir aloe vera. Sapukan ke kawasan yang berparut dan biarkan semalaman. Keesokan paginya cuci wajah anda seperti biasa.

 

3. Bedak Sejuk + Lemon + Minyak Zaiton

Bahan-bahannya:

  1. 5 biji bedak sejuk
  2. Perahan dari sehiris lemon
  3.  Satu sdu kecil minyak zaiton

Caranya:
Campurkan 3 bahan tersebut sehingga sebati. Jadikan sebagai masker dan sapukan ke wajah. Biarkan 30 minit lalu dibilas sehingga bersih.

Tip hilangkan parut jerawat

4. Tanah Liat

Kandungan mineral aktif didalam tanah liat terbukti berkesan untuk menghilangkan parut jerawat baru dan lama. Dengan penggunaan yang konsisten, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

5. Timun

Bukan sahaja sedap dijadikan ulam dan jus, timun juga berkesan untuk menghilangkan parut jerawat.

Caranya:
Kisar timun. Tapiskan hampasnya. Hampas timun abda boleh jadikan sebagai masker. Pakai di wajah selama 30 minit.

Airnya jangan dibuang. Masukkan ke dalam botol spray dan jadikan sebagai toner atau penyegar. Spray ke wajah selepas anda mencuci wajah. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan parut jerawat malah mencerahkan kulit.

Tip hilangkan parut jerawat

6. Tomato

Tomato juga mempunyai manfaat untuk kecantikan kulit termasuk menghilangkan parut jerawat.

Caranya:
Hancurkan tomato sehingga menjadi pes. Sapukan ke wajah sebagai masker. Biarkan sehingga kering, kemudian bilas dengan air bersih dan lap wajah sehingga kering.

7. Skrub

Parut jerawat anda akan semakin pudar dan lama-kelamaan akan hilang jika anda rajin bersrcub, sekurang-kurangya 3 kali seminggu. Bagaimana scrub membantu menghilangkan parut jerawat?

Bila anda scrub, sel kulit lama akan tertanggal dan digantikan dengan sel kulit yang baru dan cantik. Secara automatik, parut jerawat anda juga akan hilang bersama sel-sel kulit yang lama.

Ada bermacam scrub dipasaran, pilih sahaja yang mana satu. Namun, ada juga boleh berjimat dengan membuat homemade coffee scrub dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur.

Bahan-bahannya:

  1. Satu sudu kecil serbuk kopi
  2. Satu sudu kecil gula pasir

Campurkan kedua bahan diatas. Gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan sedikit air sehingga menjadi pes. Kalau ada madu, boleh gantikan air dengan madu. Sapukan ke wajah Biarkan seketika dan scrub perlahan-perlah. Cuci muka sehingga bersih. Amalkan sekurang-kuranya  3 kali seminggu. Jika anda konsisten, pasti parut jerawat anda akan hilang.

Tip hilangkan parut jerawat

8. Madu Asli + Yogurt

Madu sememangnya mempunyai 1001 khasiat, dan salah satu daripadanya ialah menghilangkan parut jerawat. Ambil satu sudu kecil madu dan campurkan dengan satu sudu kecil yogurt asli. Sejukkan sebentar didalam peti ais, kemudian jadikan sebagai masker.

Biarkan semalaman. Keesokan paginya cuci muka seperti biasa.

 

9. Kulit Kayu Manis + Madu

Ambil secubit kulit kayu manis, campurkan dengan sedikit madu. Jadikan seperti pes dan sapukan ke bahagian wajah yang berparut jerawat. Biarkan semalaman, cuci seperti biasa pada keesokan paginya.

 

10. Cuka Epal

Cuka epal atau apple cider vinegar juga boleh membantu menghilangkan parut jerawat. basahkan kapas dengan cuka epal, dan sapukan ke parut jerawat di wajah. Biarkan 5 minit dan cuci bersih.

Memandangkan cuka epal bersifat asid dan menghakis, anda tidak digalakkan untuk melakukan rawatan ini setiap hari. Seminggu sekali sudah memadai.

Berikut di atas adalah cara hilangkan parut jerawat yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Mudah sahaja kan? bahan-bahan yang digunakan mudah untuk didapati dan murah. Yang paling penting, anda perlu konsisten untuk melihat hasilnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Sumber : Bidadari

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu