Skip to main content
search
0

Sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai kini menghidapi penyakit batuk yang tidak kronik. Keadaan persekitaran yang dipenuhi orang ramai serta habuk antara yang menjadi punca utama orang ramai mudah terhidap 8 cara hilangkan batuk penyakit ini.

Seperti yang kita tahu, batuk bukanlah penyakit yang serius walau bagaimanapun ianya tidaklah boleh diambil mudah kerana dikhuatiri bakal mengakibatkan kepada beberapa penyakit yang lain.

Pada kali ini kami kongsikan kepada anda 8 cara hilangkan batuk secara alami serta punca-punca berlaku penyakit batuk. Sebelum itu kami kongsikan kepada punca-punca berlakunnya batuk yang akut dan batuk yang kronik.

Punca-punca berlakunya batuk akut dan batuk kronik

Batuk yang akut adalah batuk yang tidak keterlaluan dan berlaku sekitar kurang daripada tiga minggu manakala batuk yang kronik berlarutan sehingga 8 bulan.

Salah satu punca utama berlakunya batuk yang akut dan tidak kronik adalah disebabkan jangkitan kuman. Masalah ini secara tidak langsung bakal membuatkan para pesakit seolah merasa demam, rasa sejuk, sakit badan- sakit tekak dan selsema. Buat mereka yang terdedah kepada bahan kimia, mereka sering merasa iritasi pada bahagian tekak.

Lain ceritanya dengan batuk kronik yang sering kali berlaku disebabkan asma yang tidak terkawal atau masalah melibatkan radang paru-paru iaitu bronchitis. Selain itu, pesakit tuberculosis dan kanser paru-paru seringkali menghadapi masalah batuk yang kronik. Para pesakit yang menghadapi masalah batuk yang kronik diminta mendapat nasihat doktor pakar untuk mengelakkan daripada penyakit yang lebih serius.

Pasti ada diantara anda yang sudah puas atau jemu dengan ubat-ubatan untuk menghilangkan batuk dan namun masalah batuk masih lagi belum reda. Pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda 8 cara hilangkan batuk secara alami dalam erti kata lain melalui natural remedies.

Tips ini lebih sesuai diamalkan buat mereka yang mengalami batuk yang tidak serius serta tidak terlibat dengan sebarang penyakit melibatkan paru-paru atau batuk yang kronik.

1. Mandi dengan air panas

 8 cara hilangkan batuk

Ramai yang tidak tahu mandi dengan air panas antara terapi yang boleh anda cuba untuk menghilangkan masalah batuk. Mandi dengan air panas membolehkan kitaran darah anda untuk kembali kepada paras optimum selain membantu saluran penafasan anda untuk bernafas dengan baik.

2. Teh dan madu

Teh seringkali dikaitkan dengan khasiatnya yang pelbagai. Malah perubatan menggunakan teh sudahpun digunakan sejak beberapa abad yang lalu. Untuk pengetahuan, teh mempunyai efek teraputik yang membantu proses pemulihan. Jika anda tidak menggemari teh, anda boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.

3. Kebersihan persekitaran

Di samping pengambilan makanan atau minuman berkhasiat persekitaran juga memainkan peranan yang penting untuk mengelakkan daripada masalah batuk yang berlarutan.

Sekiranya anda baru berpindah ke suatu tempat yang baru atau sudah lama tidak membersihkan bilik anda sekaligus menyebabkan anda sering batuk atau selsema, mungkin ini adalah puncanya.

4.Menthol

Minyak sapu yang memiliki menthol seperti Vicks sememangnya diakui mujarab. Anda boleh sapukannya di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk.

5. Air

Kekurangan air di dalam badan juga boleh menyebabkan batuk. Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan untuk anda mengambil air sekurang-kurannya 8 gelas sehari untuk mengelakkan daripada masalah dehidrasi. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi juga bakal membuatkan kulit anda lebih berseri dan anjal. Walau bagaimanapun, harus diketahui pengambilan air berpersisa atau bergula adalah tidak dikira.

6. Sup ayam

 8 cara hilangkan batuk

Siapa sangka sup ayam yang enak juga diakui mampu menjadi rawatan untuk penyakit batuk. Menurut kajian oleh Univerisiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair.

7. Coklat

Coklat sememangnya diakui sebagai sebuah makanan yang berkhasiat serta mampu menghilangkan batuk. Kandungan theobromine dikatakan mampu memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasil reaksi batuk dalam badan anda. Oleh yang demikian, meminum coklat panas adalah baik untuk melegakan rasa batuk anda dari semasa ke semasa.

8. Kunyit

Kunyit merupakan salah satu lagi terapi alami yang anda boleh cuma. Malah, kunyit antara makanan yang sangat sesuai diambil khusunya buat mereka yang mempunyai masalah batuk kering.

Masakan seperti masak lemak cili padi atau singgang antara menu yang boleh dicuba serta diambil secara masakan panas untuk membuatkan tekak anda berasa selesa sekaligus cepat menghilangkan masalah batuk anda.

Ada pun begitu, jika anda mahu mencuba alternatif terkini iaitu minyak herba asmak, boleh klik di sini.

Kredit :

  1. siraplimau
Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu