Apa itu kebas ?
Kebas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kekurangan rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi yang terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat.
Selain itu, rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh keadaan berikut kecederaan pada saraf akibat kemalangan. Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘herniated disc‘ atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif. Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap. Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi , strok dan hypothyroidism Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12. Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide. Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.
Kebas terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
- Kebas tangan
Kredit: sihat.net
Kebas tangan adalah salah satu simptom yang amat dirisaukan dikalangan rakyat Malaysia. Salah satu penyakit yang dirisaukan apabila seseorang itu menghadapi kebas tangan adalah angin ahmar.
Perlu diketahui bahawa kebanyakan masalah kebas tangan bukan berpunca daripada angin ahmar dan selalunya angin ahmar akan menyebabkan simptom lain terutamanya kelumpuhan pada bahagian tangan ataupun kaki.
Perkara ini selalunya berlaku ketika mana tangan anda terhimpit disebabkan posisi tidur yang tidak betul. Posisi tersebut akan menyebabkan saraf dan juga saluran darah terhimpit menyebabkan fungsi saraf deria dikawasan tersebut akan berkurangan.
Ini akan menyebabkan anda tidak merasakan apa-apa rangsangan langsung pada ketika itu seolah-olah anda tidak mempunyai tangan. Tetapi setelah anda membetulkan posisi badan dan himpitan itu hilang, maka tangan tersebut pun akan beransur normal dan dapat merasa semula.
Apakah punca kepada masalah tangan kebas?
- Kencing manis
- Angin ahmar (strok)
- Sindrom himpitan saraf
- Penyakit sistematik
- Kekurangan vitamin
- Toksin
- Penggunaan alkohol
- Kecederaan
Rawatan yang perlu di ambil oleh mereka yang kebas tangan
Punca kedua selepas saraf terhimpit disebabkan posisi badan adalah Sindrom saraf terhimpit(Nerve Entrapment Syndrome). Penyakit yang selalunya disebabkan masalah ini adalah Carpal Tunnel syndrome iaitu himpitan yang berlaku di kawasan pergelangan tangan.
Rawatan yang selalunya diberikan adalah dengan membuka ruang dipergelangan tangan tersebut untuk mengurangkan tekanan pada saraf itu. Selepas daripada itu, rasa kebas tangan akan berkurangan.
Tetapi terdapat beberapa penyakit yang memerlukan rawatan pada penyakit yang menyebabkan kebas tangan tersebut seperti kencing manis, penyakit autoimun, penyakit sistemik dan beberapa jenis penyakit yang lain.
Bagi merawat tangan kebas, ia perlulah melihat kepada punca yang menyebabkannya berlaku.
Namun bagi tangan kebas yang jarang berlaku atau disebabkan oleh postur tidur yang salah, anda tidak memerlukan sebarang rawatan khas.
- Kebas kaki
Kredit: Hello Doktor
Kebas kaki adalah merupakan keadaan yang normal bagi mereka yang duduk dalam keadaan yang tidak selesa. Hal ini kerana jika kaki anda berada pada posisi yang salah, ia akan menyebabkan saraf di bahagian kaki terhimpit dan menyebabkan kebas tersebut berlaku.
Akan tetapi jika ia berterusan sehingga menyebabkan kaki sentiasa merasa kebas, ia mungkin disebabkan beberapa jenis penyakit.
Bagi mereka yang mengalami masalah ini secara berterusan, individu tersebut perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kepada masalah tersebut.
Apakah punca kepada masalah kaki kebas?
- Kencing manis
- Slipped disc
- Kecederaan pada saraf tunjang
- Kayap
- Multiple sclerosis
Rawatan yang perlu di ambil oleh mereka yang kebas kaki
Masalah tulang belakang
Ia bergantung kepada jenis masalah tersebut. Jika pesakit mengalami slipped disc dengan kebas yang sedikit, selalunya doktor akan memberi peluang terlebih dahulu. Jika ia boleh baik dengan sendirinya, pesakit tidak perlu membuat sebarang prosedur.
Jika kebas tersebut menyebabkan kaki menjadi lemah dan pesakit tidak mampu mengawal buang air kencing dan air besar, pesakit mungkin akan dinasihati untuk melakukan pembedahan secepat mungkin.
Kencing manis
Kaki kebas disebabkan kencing manis selalunya tidak boleh dikembalikan balik. Oleh itu, pesakit yang mengalami masalah ini akan diajar bagaimana untuk menjaga kakinya kerana bila kaki tidak merasa sakit, ia lebih mudah luka disebabkan terpijak benda tajam dan sebagainya
Jika luka itu tidak disedari, kawasan luka itu akan mengalami jangkitan kuman dan inilah perkara yang selalu berlaku sebelum kaki mereka menjadi mati dan gangrene menyebabkan kakinya perlu dipotong.
Akhir sekali, anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya turut alami kekebasan pada kawasan lain tubuh badan anda. Hal ini untuk memastikan anda tidak mengalami sebarang komplikasi lain yang lebih serius yang tidak anda ketahui.
Sekiranya anda mengalami masalah kebas tangan dan kaki seperti di atas sila tekan link di sini.
Kredit: