Apa itu Migrain ?
Migrain bukan sekadar sakit kepala biasa, ianya lebih daripada itu. Ia adalah koleksi simptom saraf yang boleh melemahkan. Jom kita ketahui perbezaan migrain dan sakit kepala yang dialami oleh seseorang.
Semasa serangan migrain, seseorang itu akan mengalami sakit berdenyut-denyut yang sederhana hingga yang amat sangat pada sebelah bahagian kepala, namun satu pertiga serangan melibatkan keseluruhan bahagian kepala. Semasa serangan tersebut, ada juga yang mengalami gangguan penglihatan, loya, muntah-muntah, pening, kepekaan melampau terhadap bunyi, sentuhan, dan rasa, dan juga rasa sesemut atau kebas yang melampau pada bahagian muka.
Migrain biasanya berlangsung selama 4 hingga 72 jam. Sebelum mendapat serangan migrain, terdapat isyarat seperti kemunculan cahaya yang pelik (aura), bau busuk, atau pemikiran bercelaru.
Migrain selalunya berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai sejarah keluarga, dan tiga kali lebih kerap dalam kalangan wanita daripada lelaki, namun ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan tertentu dan perubahan gaya hidup.
Kredit: ibnusinastore
Apa itu sakit kepala biasa ?
Sakit kepala yang berpunca daripada tekanan merupakan sakit kepala yang paling biasa.
Sakit kepala tekanan melibatkan kesakitan yang sederhana hingga yang amat sangat yang merangkumi keseluruhan bahagian kepala sebagai kesakitan yang menyeluruh atau ketegangan pada bahagian dagu atau leher. Sesetengah orang mengalami kesakitan seperti kepala dihimpit atau ditekan dengan begitu kuat.
Kesakitan mungkin akan meningkat secara perlahan dan akhirnya menjadi sangat teruk. Sakit kepala tekanan ini dikatakan berpunca daripada pelbagai sebab termasuklah otot yang tegang pada bahagian bahu, leher, kulit kepala dan dagu, dan juga sering berpunca daripada tekanan, kemurungan dan keresahan.
Sakit kepala tekanan boleh menjadi kronik kepada segelintir orang dan mungkin dialami selama 15 hari atau lebih dalam sebulan, dan berterusan sekurang-kurangnya sehingga tiga bulan. Agak sukar untuk membezakan antara sakit kepala tekanan dan migrain, namun mereka yang mempunyai sakit kepala tekanan tidak mengalami loya, muntah-muntah, atau kepekaan kepada cahaya, bunyi atau bau, yang biasanya dialami pesakit migrain.
Simptom-Simptom Sakit Kepala
Mereka yang mengalami simptom ini selalunya akan mengambarkan masalah ini seperti berikut:
- Merasakan keadaan sekeliling berpusing (Vertigo)
- Kepala terasa ringan ataupun rasa inginjatuh pengsan
- Rasa badan tidak stabil ketika berjalan ataupun berdiri
- Rasa kepala terawang-awang
(Perasan ini mungkin akan menjadi semakin teruk bila berjalan, berdiri ataupun menggerakkan kepala. Masalah ini juga boleh berlaku selama beberapa saat ataupun berlaku berhari-hari.)
Punca Sakit Kepala
Kesakitan yang anda hadapai ketika sakit kepala mungkin disebabkan campuran maklumat diantara otak, pembuluh darah dan juga saraf berdekataan.
Pesakit selalu mengalami simptom ini disebabkan:
- Tidak sihat
Kemungkinan pesakit mengalami jangkitan kuman, selesema ataupun demam. Masalah ini sering berlaku pada pesakit yang mengalami jangkitan sinus ataupun dipanggil sebagai sinusitis atau resdung. Ia juga boleh disebabkan jangkitan tekak dan jangkitan telinga. Selain itu, ia juga boleh disebabkan jangkitan kuman pada selaput otak ataupun dikenali sebagai meningitis.
- Stress
Tekanan emosi dan juga penggunaan alkohol, serta makan yang tidak mengikut masa dan perubahan waktu tidur boleh menyebabkan otot mata menjadi letih dan sakit. Ia juga akan menyebabkan kesakitan dibahagian tengkuk dan belakang badan anda.
- Persekitaran
Bau rokok, bau yang kuat daripada pewangi rumah dan beberapa jenis makanan juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Persekitaran yang stress atau terganggu, bunyi yang kuat, cahaya yang terlalu malap ataupun terang dan perubahan cuaca juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala atau migrain.
- Genetik ataupun keturunan
Sakit kepala jenis migrain selalunya berlaku dikalangan ahli keluarga. Sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami migrain, dia mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah yang sama. Selain itu, aktiviti fizikal yang terlampau banyak juga boleh menyebabkan seseorang itu letih dan menghadapi masalah yang sama.
Apakah tanda-tanda bahaya sakit kepala?
Sekiranya anda mempunyai simptom seperti di bawah ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana mungkin ianya berisiko:
- Sakit kepala yang terjadi selepas kecederaan pada kepala
Kebiasaannya, apabila seseorang itu jatuh dan mengalami hentakan kepala yang kuat pada sesuatu objek atau jalan kemungkinan darah beku boleh berlaku. Ia juga salah satu faktor sakit kepala terjadi.
- Sakit kepala diikuti dengan demam, muntah, tegang leher, kabur penglihatan serta lemah kaki atau tangan
Saraf juga adalah sangat penting bagi tubuh seseorang individu. Sekiranya saraf kita tidak berfungsi dengan baik, ia mungkin akan memudaratkan diri kita sendiri. Jadi sekiranya anda ada mengalami gejala demam, muntah, tegang leher, kabur penglihatan atau lemah kaki serta tangan segeralah berjumpa dengan lebih pakar untuk mendapatkan nasihat.
- Sakit kepala yang tidak hilang dengan ubat penahan sakit yang biasa
Normal bagi individu yang mengambil ubat penahan sakit untuk melegakan sakit kepala. Tetapi ia sangat tidak normal selepas anda makan ubat tahan sakit dan sakit itu tidak hilang atau berkurang kerana sifat ubat penahan sakit adalah menghilangkan atau mengurangkan sakit yang anda alami.
- Sakit kepala semakin teruk apabila batuk, bersin atau meneran
Pernah anda mengalami sakit kepala yang teruk ketika batuk, bersin atau meneran? Setiap kali ada dalam situasi itu mesti anda menjadi sangat panik dan dunia terasa gelap bukan ?
Kemungkinan sakit kepala yang anda alami itu sudah semakin teruk atau mungkin ada pendarahan yang beku terjadi dalam bahagian kepala anda. Jadi jangan ambil masa yang lama untuk berfikir. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat yang lain atau nasihat darinya.
Akhir sekali, jika anda mengalami sakit kepala walaupun dalam tempoh pengambilan ubat, atau mempunyai sakit kepala yang berulang, sila berjumpa dengan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan yang optimum untuk anda. Ia mungkin akan memudaratkan diri anda sendiri.
Jika anda ada mengalami masalah sakit kepala seperti di atas, sila tekan link di sini.
Kredit:
Terima Kasih atas perkongsian. stress juga salah satu isu yang menyebabkan sakit kepala. selain dari stress, pemakanan junk food, air bergula, dan gaya hidup juga menambahkan lagi isu untuk kena sakit kepala.