Ruam Pada Bayi: 7 Petua Semula Jadi Yang Berkesan

Kulit bayi yang lembut dan sensitif mudah mengalami ruam, terutamanya disebabkan cuaca panas, kelembapan atau iritasi seperti air liur dan peluh. Antara yang paling biasa ialah ruam panas dan ruam di wajah. Walaupun tidak serius, ruam ini boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bayi.

Apa Itu Ruam Panas?

Ruam panas muncul sebagai bintik merah kecil seperti digigit nyamuk, biasanya di kawasan seperti leher, dada, bawah lengan atau celah paha. Ia terjadi apabila saluran peluh tersumbat, terutama dalam cuaca panas dan lembap.

Jenis-jenis Ruam Panas:

  1. Miliaria kristalina – bintik jernih kecil.

  2. Miliaria rubra – bintik merah dan gatal.

  3. Miliaria pustulosa – bintik bernanah kecil.

  4. Miliaria profunda – bintik lebih dalam di bawah kulit.

Punca Ruam Bayi:

  • Cuaca panas dan persekitaran tertutup

  • Pakaian tebal dan tidak menyerap peluh

  • Lelehan susu, air liur atau makanan

  • Udara berhabuk atau fabrik yang kasar

Tanda-tanda Ruam Panas:

  • Bintik merah kecil yang “menggerutu”

  • Biasanya di lipatan kulit atau kawasan tertutup

  • Bayi merengek, tidak selesa

  • Tidak disertai demam (jika demam, rujuk doktor)


7 Petua Semula Jadi Hilangkan Ruam Bayi

Jika ibu bapa ingin elakkan bahan kimia, berikut petua semula jadi yang selamat dan mudah:

  1. Yogurt
    Kaya probiotik, bantu sistem imun & kurangkan radang seperti ekzema.

  2. Oat
    Antioksidan semula jadi – kisar jadi pes, sapu pada ruam.

  3. Lidah Buaya (Aloe Vera)
    Sejuk & anti-radang. Guna gel segar dari daun untuk elak bahan tiruan.

  4. Timun
    Menyejukkan kulit & lembut untuk kulit sensitif bayi.

  5. Kulit Pisang
    Sejukkan dahulu, kemudian sapu pada ruam. Petua mudah dan murah.

  6. Daun Semambu (Neem)
    Antikulat dan antiradang – kisar daun dengan air dan sapu.

  7. Minyak Zaitun
    Mengandungi antioksidan & vitamin E. Bersih & pulihkan kulit bayi.


Langkah Pencegahan & Rawatan Tambahan

  • Gunakan pakaian longgar dan fabrik kapas

  • Pastikan kulit bayi sentiasa kering

  • Gunakan Bedak Asmak & Minyak Herba Asmak

  • Pastikan bilik bayi berventilasi baik

  • Rujuk doktor jika ruam berair, bernanah atau tidak sembuh selepas 3-4 hari

Nota Penting:

Sentiasa buat ujian kecil pada kulit bayi sebelum mencuba mana-mana bahan semula jadi, untuk elakkan reaksi alahan.


Sumber & Kredit:

Shopping cart close