Skip to main content
search
0

Postpartum Depression adalah istilah perubatan yang bererti ‘meroyan’ selepas melahirkan anak. Masyarakat lebih kenal dengan gelaran ‘meroyan’ berbanding istilah perubatan seperti yang dikatakan tadi kerana ia sudah sinonim menjadi buah mulut di kalangan masyarakat itu sendiri.

Namun, masih ramai juga yang tidak tahu tentang masalah mental ibu mengandung ini kecuali dalam kalangan para ibu yang berpengalaman, warga bidan bertauliah serta pekerja dalam bidang kesihatan yang mengendalikan masalah kelahiran anak dan ibu mengandung. Ganguan emosi postpartum berlaku ke atas 25 – 85% wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu, gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.

Kemurungan postpartum pula berlaku di kalangan 10 – 20% wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam masa sebulan selepas bersalin. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan sehingga dua tahun. Selain itu, Psikosis postpartum pula merupakan keadaan yang jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 – 1000 jumlah kelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa hari sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu, risiko tetap tinggi selepas beberapa bulan kemudian.

Antara 3 cara untuk membantu para ibu mengalami kemurungan selepas bersalin adalah ibu yang baru bersalin perlu diberi perhatian dan jagaan penuh sama ada oleh suami atau ahli keluarga terdekat. Keperluannya ketika berpantang perlu di penuhi. Selain itu, jaga pemakanan si ibu. Kadangkala, cara berpantang tradisional yang sangat ketat juga akan membuatkan si ibu rimas dan mula terganggu emosi dan mentalnya. Seterusnya, Masukkan nutrien yang mencukupi ke dalam pemakanan si ibu. Hal ini kerana, mineral dan zat vitamin yang sempurna dapatt menghasilkan susu yang banyak, menyusukan bayi dengan baik, mengurangkan perasaan risau atau tertekan, dan sekaligus mengeratkan kasih sayang ibu dengan bayi.

Antara cara pencegahan untuk penyakit ini adalah membuat pengesanan awal ke atas ibu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental postpartum amatlah penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin. Wanita yang dikategorikan sebagai mempunyai risiko yang tinggi termasuk mereka pernah mengalami penyakit mental postpartum, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, kehamilan yang tidak dirancang dan kepincangan rumah tangga. Sokongan emosi, rohani, fizikal dan sosial amatlah penting bagi ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental selepas berkahwin.

Akhir sekali, dengan mendapat perhatian yang betul daripada orang sekeliling, rawatan perubatan yang terbaik serta sokongan emosi daripada suami dan ahli keluarga, dapat membantu menangani masalah postpartum ini.

Jika anda ada masalah seperti di atas, jom tekan link di sini.

 

Kredit:

asian parent

iluminasi

myhealth

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu