Sakit pinggang ini boleh diklasifikasikan antara sakit belakang. Kesakitan ini dapat dirasai antara kawasan bahagian belakang badan hingga ke kawasan pinggul. Kesakitan ini kebiasaannya datang hanya apabila mereka melakukan kerja yang berat sahaja. Kesakitan ini kebiasaannya berlaku hanya sebelah bahagian sahaja. Kesan kesakitan ini mungkin akan bertambah sakit sekiranya individu itu mempunyai masalah yang lain.
Sakit pinggang boleh terjadi kepada semua individu tanpa mengira peringkat usia. Kajian menunjukkan bahawa 10% hingga 31% individu di negara maju mengalami masalah sakit pinggang. Di Malaysia, sakit pinggang merupakan salah satu keluhan yang kerap diterima oleh pakar perubatan di Klinik Kesihatan dan prevalens warga Malaysia mengalami masalah ini adalah sebanyak 12%.
6 tips hilangkan sakit pinggang yang boleh praktikan di rumah ialah:
- Melakukan senaman
Anda mungkin berasa sangat sukar untuk melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan apabila sakit pinggang menyerang. Tetapi, aktiviti ringan seperti berjalan kaki, yoga, senaman air dan aktiviti berimpak rendah sebenarnya dapat membantu mengurangkan rasa sakit pinggang kerana senaman ini mampu melonggarkan otot yang tegang, seterusnya merembeskan hormon endorfin yang berfungsi sebagai ubat penahan sakit semulajadi.
Anda juga boleh mencuba untuk memulakan aktiviti senaman secara harian, termasuklah latihan kekuatan (strength training) bagi mengekalkan otot yang fleksibel dan kuat. Senaman yang dilakukan secara rutin dapat mencegah sakit pinggang yang disebabkan oleh otot yang tegang.
- Guna tuam panas dan tuam sejuk
Kredit:siraplimau
Kajian menunjukkan bahawa penggunaan haba panas dan sejuk merupakan kaedah yang efektif untuk menghilangkan rasa sakit pinggang. Tuam sejuk adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan sakit dan bengkak jika anda menggunakannya sejurus selepas kecederaan seperti ketegangan otot. Ia juga memberi rasa kebas bersifat sementara kepada individu yang mempunyai sakit pinggang yang kuat dan secara tiba-tiba.Namun, anda dinasihatkan untuk menggunakan tuam sejuk tidak melebihi 20 minit pada satu masa.
Selain itu, tuam panas juga dapat melegakan rasa sakit pinggang. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati semasa penggunaannya agar kulit tidak melecur. Jika tuam panas tidak ada, anda boleh menggunakan botol atau kain yang suam sebagai pengganti.
- Sapukan krim ubat tahan sakit
Terdapat pelbagai ubat tahan sakit di farmasi yang dapat memberikan kelegaan kepada masalah sakit pinggang. Krim yang mengandungi capsaicin, sejenis bahan yang boleh dijumpai dalam cili juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit. Satu kajian juga menunjukkan bahawa capsaicin sangat berguna untuk merawat osteoarthritis.
Selain itu, krim tahan sakit yang mengandungi menthol mempunyai kesan penyejukan yang boleh merawat rasa sakit pinggang buat sementara waktu. Satu penyelidikan yang dilakukan telah membuktikan bahawa penggunaan menthol pada kulit mampu untuk menyahsensitif receptor sakit dalam badan. Walaupun begitu, penggunaan menthol secara terlalu banyak boleh mengakibatkan seseorang menjadi lebih sensitif terhadap rasa sakit.
- Tukar kasut kepada yang lebih sesuai
Memakai kasut yang tidak sesuai atau kasut yang tidak memberi sokongan pada bahagian kaki akan menyebabkan ketegangan otot ketegangan terutamanya di bahagian belakang, kaki dan leher. Misalnya, kasut tumit tinggi boleh mengakibatkan sakit belakang kerana ia memberi kesan kepada posture badan yang normal.
Satu kajian mendapati ada kaitan antara memakai kasut bertumit tinggi untuk jangka masa panjang dengan mengalami sakit belakang. Tetapi, memakai kasut yang terlalu rata pula tanpa mempunyai tapakk kasut yang mengikut struktur kaki juga boleh memberi tekanan kepada kaki serta pinggul. Sekiranya anda mengalami sakit belakang yang berulang, anda boleh cuba untuk menukar kasut yang lebih sesuai yang dapat menyokong kaki anda.
- Melakukan perubahan di tempat kerja
Postur badan yang tidak betul seperti membongkok semasa di tempat kerja boleh juga menyebabkan sakit pinggang serta otot. Anda boleh cuba untuk menggunakan ergonomik tempat kerja bagi membantu mengurangkan rasa sakit. Sebagai contoh, pastikan skrin komputer berada pada paras mata dan kerusi berada pada paras ketinggian yang betul. Selain itu, adalah lebih baik jika anda menggunakan troli atau meminta pertolongan semasa mengangkat objek yang berat.
- Dapatkan tidur yang cukup
Kredit : health.kompas
Satu penyelidikan menunjukkan bahawa gangguan tidur akan memburukkan lagi keadaan sakit pinggang. Kekurangan tidur juga boleh mempengaruhi tahap kesakitan yang dialami oleh seseorang individu. Selain dari itu, tilam yang tidak selesa, saiz bantal yang tidak sesuai atau waktu tidur kurang daripada 7 jam (bagi orang dewasa) boleh mencetuskan rasa sakit pinggang.
Keselesaan dan postur badan yang betul semasa tidur sangat penting untuk kualiti tidur yang baik serta dapat membantu mengelakkan rasa sakit pinggang pada waktu pagi. Pastikan bantal anda dapat menyokong bahagian belakang dan leher anda berada dalam postur lurus. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya masalah kurang tidur mengganggu aktiviti seharian. Rehat yang cukup dapat mengurangkan rasa sakit pinggang dan meningkatkan kesihatan seseorang secara keseluruhan.
Jika anda atau keluarga anda mengalami masalah ini, anda boleh cuba Fresh N Cool.
Kredit