Habbatus sauda dengan nama saintifiknya Nigella Sativa ialah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Kini, ia boleh didapati di kebanyakan negara Eropah, Selatan Afrika dan utara Myanmar. Biji habbatus sauda diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia juga digunakan dalam masakan sebagai rempah di pelbagai negara seperti India, Asia Barat dan Poland. Ia dikatakan mempunyai gabungan rasa seperti lada hitam, bawang besar dan oregano. Artikal ini membincangkan tentang 3 Khasiat Utama Habbatus Sauda pada badan manusia.
Tumbuhan ini sangat kaya dengan antioksidan yang mampu melindungi tubuh dari penyakit berbahaya. Menurut kajian yang dijalankan International Journal Biomedical Science, Habbatus Sauda mampu untuk mencegah penyakit seperti obesiti dan diabetes. Ia juga membantu mengimbangkan kandungan gula dalam darah yang mana boleh menyebabkan masalah serius seperti kerosakan saraf, mempengaruhi penglihatan mata dan memperlahankan proses penyembuhan luka. Sementara minyak Habbatus Sauda pula dikatakan berkesan dalam menangani masalah jerawat serta rambut gugur. Ini kerana minyak Habbatus Sauda mengandungi Vitamin A baik untuk menghalang masalah jerawat serta mempercepatkan proses sembuh pada kulit.
Selain itu, Habbatus Sauda juga kaya dengan mineral, karbohidrat dan asid lemak yang bagus untuk kesihatan. Mineral- mineral termasuklah thiamin, niasin, kalsium, folat, zink dan fosforus. Manakala asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tak tepu yang bagus untuk sistem imunisasi tubuh. Di samping itu, habbatus sauda’ juga kaya dengan kandungan kompaun bioaktif. Kompaun ini selalunya boleh didapati dari sumber tumbuh- tumbuhan seperti sayur- sayuran dan kekacang. Antara kompaun yang terdapat dalam habbatus sauda’ adalah pati minyak seperti dichloromethane dan beberapa komponen lain seperti thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ), carvacrol, dan β-Pin. Secara amnya, bahan- bahan ini boleh memberi impak yang positif pada kesihatan badan. Thymoquinone (TQ) yang terkandung dalam jintan hitam adalah bahan aktif didalam minyak habbatussauda yang telah dikaji sejak tahun 1960an. Ia bersifat antioksidan, anti-keradangan dan anti-kanser yang dilaporkan efektif melawan jangkitan otak (encephalomyelitis), diabetes, asma dan mencegah pertumbuhan sel-sel kanser.
Antara 3 khasiat utama Habbatus Sauda pada kesihatan badan manusia adalah mencegah diabetes. Kadar pesakit diabetes semakin meningkat dari hari ke hari. Etiologi dan komplikasinya sering dikaitkan dengan kehadiran dan tindak balas radikal bebas di dalam badan, lalu mengakibatkan tekanan oksidatif. Keadaan inilah yang menyebabkan paras gula dalam darah tinggi secara berterusan (hyperglycemia). Penyelidik muslim mahupun penyelidik barat banyak mengkaji dan mengakui bahawa penggunaan habbatus sauda dalam kehidupan seharian boleh merawat diabetes.
Seterusnya, ia juga baik untuk penghidap Hipertensi (Pesakit Darah Tinggi). Habbatus Sauda’ boleh menjadi alternatif kepada ubat darah tinggi yang berada di pasaran sekarang. Ciri- ciri antioksidannya juga dikenal pasti dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Satu kajian menjumpai bahawa ekstrak dichloromethane yang dijumpai dalam habbatus sauda menunjukkan kesan diuretik pada kadar yang baik. Ada juga komponen lain yang bersifat anti- platelet, mengakibatkan risiko pembekuan darah berkurang.
Tambahan pula, Habbatus sauda juga boleh membantu mengurangkan simptom Asma. Biji habbatus sauda yang direbus dilihat mampu mengurangkan beberapa simptom asma dalam kalangan 29 penghidap asma. Ia juga membantu mengurangkan kekerapan menghadapi simptom asma seperti bersin dan sesak nafas, malah menyihatkan paru-paru. Pesakit asma yang mengamalkan habbatus sauda’ juga dilihat mengambil kurang ubat- ubatan berbanding yang lain.
Akhir sekali, habbatus sauda telah banyak digunakan dalam pemakanan seharian kita terutamanya dalam bentuk produk-produk komersial yang dijual di pasaran. Semua makanan mempunyai manfaat masing-masing. Rebut peluang untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh.
Sekiranya anda ingin mengetahui info berkaitan produk habbatu sauda. Jom klik link di sini.
Kredit: