Mata kabur bermaksud seolah-olah terdapat sesuatu yang menghalang padangan anda yang menyebabkan pemandangan tersebut tidak menjadi fokus.Pemandangan yang tajam dan tidak kabur akan membantu anda untuk berjalan, membaca tanda jalan dan juga membaca buku.Mata kabur boleh mempengaruhi kesemua kawasan penglihatan. Tetapi sebenarnya ia juga boleh menyebabkan kekaburan pada kawasan tepi pemandangan yang menyebabkan seseorang itu menghadapi satu keadaan yang dinamakan sebagai tunnel vision iaitu dia akan melihat dunia seolah-olah dia berada di dalam terowong. Jadi, masalah rabun tidak kira jauh, dekat atau silau sememangnya akan mengganggu individu yang mengalaminya. Antara cara penyelesaian yang selalu digunakan adalah memakai kaca mata atau kanta lekap.
1. Amalkan pemakanan yang baik dan sihat
Sumber : Shinkotoni
Paling penting, pelihara mata anda melalui pemakanan. Ini kerana, mata memerlukan beberapa nutrisi tertentu untuk berfungsi sepenuhnya.Pengambilan vitamin A, C dan E juga amat penting untuk kesihatan mata, di mana vitamin A dapat membantu melindungi permukaan mata (kornea) dan penting untuk penglihatan malam. Vitamin C pula bertindak sebagai antioksidan yang merendahkan risiko katarak dan melambatkan kemerosotan makula atau umur yang berkaitan dengan kehilangan penglihatan, sementara vitamin E berfungsi untuk melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas pada tisu. Antara nutrien yang anda perlukan untuk mendapatkan sepasang mata yang sihat adalah protein, kalsium, zink, antioksidan, asid lemak omega-3, lutein dan zeaxanthin.Berikut pula adalah contoh sajian yang baik untuk mata terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah rabun:
- Sayur-sayuran hijau berdaun: Ia merupakan sumber lutein dan zexanthin semula jadi yang turut mengandungi serat, mineral dan pelbagai jenis vitamin.
- Buah-buahan sitrus dan beri: Ia sangat kaya dengan vitamin C.
- Kekacang: Sebagai contoh, kacang badam merupakan sumber vitamin E yang sangat tinggi.
- Ikan: Salmon, tuna, ikan bilis dan ikan kembung sangat kaya dengan DHA.
- Telur: Bahagian kuning telur juga adalah sumber lutein dan zeaxanthin.
2. Lakukan senaman mata
Sumber : Hellodoktor
Selain pemakanan, anda juga perlu mengamalkan senaman mata yang ringkas bagi mengekalkan tahap penglihatan yang optimal.Lakukannya sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata anda berasa tidak selesa. Tetapi pastikan jari anda bersih kerana mata mudah terkena jangkitan kuman. Lakukan setiap hari anda pasti dapat lihat kesanya dalam masa satu bulan.Caranya adalah seperti berikut:
Pertama, mengubah tumpuan mata pada jarak dekat dan jauh. Caranya adalah dengan membengkokkan tangan kanan atau kiri dan menumpukan mata kepada ibu jari. Dekatkan jarak ibu jari ke mata dan pandang ibu jari selama 10-15 saat. Kemudian, luruskan tangan dan biarkan ibu jari menjauh sekitar 1 meter, fokus pada ibu jari selama 10-15 saat. Selepas itu, lihat lagi objek yang lebih jauh sekitar 2 meter dan pandang selama 10-15 saat. Cara ini dapat membantu menguatkan ketahanan otot mata.
Kedua, kaedah menekup mata iaitu dengan menggosok kedua-dua telapak tangan anda bagi menghasilkan kehangatan. Kemudian, tutupkan mata anda dan buat kedua-dua telapak tangan anda membentuk tekupan, serta tekup pada kedua-dua belah mata supaya mata boleh rasa kehangatan semasa anda menggosok tadi. Biarkan dalam keadaan begini selama 5 minit dan relaks. Kemudian, dalam keadaan mata tertutup, lakukan urutan lembut pada kelopak mata, tepi kening, bawah mata dan pipi. Urutan di sekeliling mata dapat membantu mengurangkan tekanan di sekeliling mata di samping merehatkan mata.
Ketiga, latih tubi mata menggunakan pensel. Bengkokkan tangan anda dan pegang pensel pada jarak sejajar dengan siku anda, dengan keadaan pensel di tengah-tengah mata. Gerakkan pensel perlahan-lahan mendekati batang hidung anda sehingga pandangan anda berbayang. Berhenti sekejap dan jauhkan kembali pensel pada jarak awal tadi. Ulang senaman ini 20 kali. Tujuannya adalah untuk meningkatkan fleksibiliti mata.
Keempat, memusingkan anak mata. Gerakkan anak mata ke kiri atau ke kanan atau ke atas dan ke bawah, ataupun gerakan membulat pada anak mata. Kelima, senaman mengerdipkan mata pada setiap 20 minit, dengan cara mengecil dan membesarkan mata. Cara ini dapat membantu anda mengekalkan kesegaran mata.
3. Peruntukan waktu rehat mata
Sumber:majalahsains
Seperti anggota badan yang lain, badan anda juga memerlukan rehat. Ia sangat penting terutamanya jika anda merupakan individu yang kerap menghadap komputer setiap hari di pejabat atau di sekolah.Oleh itu, pastikan anda peruntukan waktu rehat untuk mata yang mencukupi. Alihkan pandangan anda sekurang-kurangnya 1 jam ke arah pemandangan yang menenangkan.Tidur juga berperanan untuk merehatkan mata. Jika mata anda terlalu penat,berasa perit dan tidak selesa,baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata. Ia akan memberi sensasi kesejukan buat mata seterusnya melegakan kepenatannya.Keperluan setiap individu berbeza, tetapi tempoh 7+ jam adalah waktu yang disarankan untuk individu dewasa sihat. Remaja dan kanak-kanak pula memerlukan waktu rehat yang lebih berbanding individu dewasa untuk mengelakkan wujudnya masalah kekurangan waktu tidur.
Namun, seiring dengan teknologi perubatan kini yang semakin berkembang mengikut arus permodenan, industri perubatan telah menemui banyak solusi untuk mengembalikan penglihatan bagi induvidu yang mengalami masalah rabun. Ini termasuklah rawatan surgeri laser seperti LASIK dan PRK yang ternyata berkesan dan hanya mengambil masa yang singkat bahkan tidak menyakitkan.Walau bagaimanapun, tidak semuanya mampu menjalani rawatan surgeri laser ini kerana kosnya adalah tinggi .
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah sakit sendi atau sakit pinggang dan ingin mencari alternatif yang lain yang mana anda boleh mencuba Fresh N Cool (FNC),anda boleh klik di sini.
Kredit:
1- Hello Doktor
2- The Diagnosa