Skip to main content
search
0

 

Kebas tangan merupakan suatu perkara yang dialami di kalangan ramai penduduk di Malaysia. Tetapi ramai juga yang tidak tahu tentang mengapa keadaan itu boleh berlaku.

Mereka juga tidak mengambil tindakan segera kerana menganggap kesakitan itu akan hilang dengan sendiri. Oleh itu, mereka tidak mengambil langkah untuk mengatasi perkara tersebut.

Hakikatnya, tindakan perlu diambil kerana masalah ini boleh membawa implikasi buruk pada jangka masa yang panjang.

 

Kredit: the vocket

5 Punca-Punca Kebas Tangan Yang Perlu Anda Ketahui

Punca biasa bagi keadaan tangan kebas adalah disebabkan oleh tekanan yang diberikan ke atas tangan atau lengan sewaktu tidur.  Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan oleh beberapa punca lain yang mungkin tidak diketahui ramai. Antara punca berlakunya tangan kebas adalah:

1.Sindrom Carpal Tunnel

Sindrom Carpal Tunnel ini disebabkan oleh pemampatan saraf median pada bahagian Carpal Tunnel. Carpal Tunnel adalah satu laluan sempit yang berada pada bahagian depan pergelangan tangan anda.

2. Spondylosis Serviks (leher)

Spondylosis serviks atau leher biasanya berlaku disebabkan oleh kehausan yang berlaku setiap hari pada cakera tulang belakang di leher anda seiring pertambahan usia.

3. Sindrom Outlet Toraks (SOT)

TOS adalah sekumpulan gangguan yang berlaku apabila saraf atau salur darah pada bahagian leher bawah dan juga dada atas mengalami keradangan, kecederaan atau kemampatan.

4. Diabetes

Apabila tubuh badan anda tidak memberikan respons yang berkesan kepada insulin atau tidak menghasilkan insulin yang mencukupi, itu bermaksud anda mengalami diabetes.

5. Kerosakan saraf atau Neuropati Periferal

Sistem saraf periferal ini bertindak menerima dan menghantar isyarat di antara sistem saraf pusat dan juga anggota tubuh badan yang lain.

Gejalan Tangan Kebas

Gejala berikutan masalah tangan kebas ini tidak banyak dan selalunya tangan kebas merupakan salah satu kesan sampingan daripada penyakit utama yang lain. Tangan kebas ini tidak wujud dengan sendirinya. Antara gejala tangan kebas adalah seperti berikut:

  • Kebas yang dirasa pada tangan berikutan sakit
  • Kebas pada tangan merebak ke tempat lain seperti lengan dan bahu
  • Kebas sampai tidak dapat menggerakkan jari atau tangan
  • Kebas sehingga hilang deria rasa
  • Pening kepala
  • Demam
  • Loya
  • Muntah

Individu terbabit haruslah mengambil tahu gejala seperti di atas atau lain-lain masalah yang berlaku seiring dengan simptom tangan kebas ini. Hal ini akan membantu para doktor mengenal pasti punca tangan kebas itu berlaku.

5 Rawatan Bagi Mereka Yang Mengalami Tangan Kebas Tangan

1. Kawalan gula

Kawalan gula harus dilakukan untuk memastikan masalah tangan kebas dapat diselesaikan. Jika tidak ianya akan bertamabah teruk dan memudaratkan kesihatan individu.

2. Kekurangan vitamin B12.

Individu terbabit hendaklah mengambil supplemen vitamin untuk memastikan kadar vitamin dan micronutrisi lain dalam badan tidak berada di bawah kadar normal.

3. Strok

Masalah serius seperti ini haruslah mendapat rawatan daripada doktor dengan segera bagi mencegah pelbagai komplikasi lain.

4. Menghentikan pengambilan alkohol

Penagih alkohol hendaklah mengambil langkah untuk berhenti minum supaya dapat mengelak masalah daripada menjadi semakin serius.

5. Toksin

Oksin dalam badan yang menyebabkan berlakunya tangan kebas haruslah dikeluarkan daripada aliran darah bagi memastikan masalah tangan kebas dapat diatasi.

Akhir sekali, jika anda mengalami kebas tangan dan berlaku dalam jangka masa yang panjang, segeralah berjumpa dengan doktor.

Sekiranya anda ada masalah seperti di atas boleh tekan link di sini.

Kredit:

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu