Skip to main content
search
0

Tekanan berlaku apabila anda merasakan bahawa keinginan anda mengatasi kemampuan diri. Sebahagian tekanan boleh menjadi perangsang yang memotivasikan diri untuk menempuhi situasi sukar seperti peperiksaan ataupun tarikh tamat tempoh sesuatu kerja. Artikel ini akan memberi pendedahan tentang 4 cara mengawal tekanan yang boleh anda lakukan dalam kehidupan harian.

Namun, tekanan yang melampau boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan anda. Ia boleh menjejaskan sistem neuroendokrin, imun, kardiovaskular, dan saraf tunjang.

Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan.

Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

Sepertinya, tiada apa yang boleh kita lakukan.

Bil yang perlu dibayar tidak akan berhenti datang setiap bulan. Akan sentiasa ada kepeluan yang mendesak dari keluarga dan kerjaya kita.

Kebanyakkan kita semua berhutang sejak dari mula bekerja lagi. Hutang belajar PTPTN perlu dilangsaikan setiap bulan, walhal gaji permulaan yang bekerja adalah masih kecil.

Belum ditambah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat. Berikut merupakan 4 langkah menangani stress yang anda boleh amalkan.

 

  1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.

Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi ruang untuk berfikir dan mencari ilham. Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

 

  1. Mengurangkan Stress dengan Tidur.

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja.

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

 

  1. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga

Mengurangkan stress dengan keluarga. Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar.

InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.

 

  1. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur

Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam.

Pasti anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah. InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya. Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.

Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.

 

Menguruskan tekanan sangat penting untuk anda, bukan sahaja dari sudut emosi, tetapi fizikal dan mental juga.

Jika anda merasakan cara mengatasi stres yang anda cuba tidak berkesan dan keadaan anda menjadi lebih teruk, sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Tekanan dan rasa cemas boleh meningkat apabila anda stres dengan kehidupan peribadi atau ketika bekerja. Tetapi itu tidak bermakna anda perlu membiarkan tekanan menguasai diri anda. Terdapat pelbagai kaedah dan cara mengatasi kegelisahan serta tekanan yang boleh anda cuba lakukan. Paling utama, sentiasa menjaga kesihatan diri dan belajar untuk seimbangkan antara kehidupan peribadi dan pekerjaan. Dapatkan lebih banyak tips untuk mengatasi tekanan di halaman ini.

Kredit : hellodoktor

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu