Tahukah anda, punca sakit kepala yang kerap ada di antara kita yang mengalami sakit kepala sehingga menjejaskan tahap kesihatan seperti muntah teruk dan tidak dapat mengimbangi badan? Mengikut kajian, setiap individu akan mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, tidak kiralah sama ada biasa atau teruk. Ramai yang menganggapnya sebagai sakit biasa kerana serangannya dalam tempoh yang singkat sahaja.
Ada juga beranggapan punca sakit kepala yang kerap terjadi di kalangan mereka yang mempunyai masalah migraine. Tidak mengira usia dan jantina, sakit kepala boleh terjadi kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa sehingga boleh menjejaskan aktiviti seharian.
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Ini merupakan jenis sakit yang selalu berlaku pada remaja dan juga orang dewasa. Ia menyebabkan rasa tegang ataupun menekan pada bahagian dahi, belakang kepala ataupun belakang leher. Ia boleh menyebabkan kesakitan yang sedikit ataupun sederhana. Selalunya ia akan datang dan pergi dengan sendirinya tanpa ada simptom yang lain. Sakit kepala jenis ini selalunya berlaku ketika seseorang itu dalam keadaan stress, kurang tidur atau tidak sihat.
- Migrain
Pesakit selalunya mengalami sakit yang kuat. Pesakit akan menyatakan sakit tersebut seolah-olah berdenyut. Ia boleh berlaku selama 4 jam sehingga 4 hari dan selalunya pesakit akan mengalaminya 1 hingga 4 kali dalam sebulan. Pesakit juga akan mengalami simptom lain seperti rasa loya, muntah, menghidu bau yang pelik dan beberapa simptom yang lain.
- Sakit kepala berkelompok
Pesakit akan mengadu sakit yang teramat seolah-olah seperti dicucuk selalunya dibahagian belakang mata. Ia mungkin rasa seperti berdenyut ataupun berterusan sakit. Ia merupakan jenis sakit yang tidak selalu berlaku pada masyarakat. Tetapi selalunya ia merupakan sakit kepala yang paling teruk berbanding yang lain. Ia akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat duduk diam ketika sakit tersebut berlaku dan pesakit juga akan terbangun dari tidur jika sakit tersebut menyerang. Kadang-kadang ia menyebabkan mata menjadi merah dan keluar air mata. Ia dipanggil sakit kepala berkelompok kerana ia akan kerap berlaku pada sesetengah waktu. Sebagai contoh dalam setahun ia mungkin berlaku kerap pada bulan Jun minggu pertama sahaja. Pada minggu tersebut pesakit akan mengalami sakit tersebutsekali sehari selama 15 minit hingga ke 3 jam. Selepas daripada minggu tersebut sakit tersebut hilang secara sepenuhnya. Pesakit mungkin akan tidak mempunyai simptom tersebut buat beberapa tahun dan ianya boleh datang semula.
- Sakit kepala sinus
Sakit jenis ini adalah disebabkan masalah sinus kerana berlakunya jangkitan kuman pada bahagian sinus iaitu rongga pada bahagian tengkorak muka. Jangkitan tersebut menyebabkan sakit pada bahagian dahi, pipi dan juga bahagian atas hidung. Simptom lain yang boleh dihadapi oleh pesakit adalah selesema, demam dan juga bengkak di bahagian muka. Perkara ini juga dikenali sebagai sinusitis ataupun masalah keradangan sinus. Jika anda mengalami sakit yang terlampau kerap ataupun pada ketika itu terlampau teruk, anda perlulah berjumpa dengan doktor. Kerana ia adalah petanda penyakit yang teruk seperti meningitis ataupun kanser otak.
Jika mengalami sakit kepala yang kerap dan teruk, sebaiknya anda rujuk doktor untuk mengetahui masalah yang lebih mendalam. Jika dibiarkan mungkin ia akan menjadi lebih teruk. Sebagai altefnatif lain, Syarikat MHAMSB ada mengeluarkan produk iaitu Refreshing Aromatheraphy yang mana membantu melegakan masalah sakit kepala.
Kredit : thediagnosa.com