Skip to main content
search
0

Diabetes iaitu penyakit jangka panjang terjadi disebabkan badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkannya dengan betul. Insulin ialah hormon yang mengawal gula dalam darah dengan membenarkan gula memasuki sel anda, seterusnya menurunkan paras gula dalam darah. Artikel kali ini, memberi pendedahan mengenai tanda kencing manis dan simptomnya supaya anda dapat mengambil pencegahan awal.

Masalah kencing manis terbahagi kepada dua kategori berdasarkan puncanya iaitu diabetes mellitus jenis satu dan dua. Bagi jenis satu, masalah ini terjadi apabila hormon insulin yang bertanggungjawab dalam mencerna kandungan gula gagal untuk dihasilkan. Organ yang bertindak dalam menghasilkan insulin ialah pankreas. Antara faktor yang menyumbang kepada diabetes mellitus tahap satu ialah kerosakan atau trauma pada organ pancreas, antibodi dalam badan menyerang sel pankreas (autoimmune), pengambilan alcohol, merokok, jangkitan kuman ataupun keradangan pada pankreas

Manakala diabetes mellitus jenis dua ini merujuk kepada masalah di mana sel badan sendiri tidak dapat bertindak balas terhadap hormon insulin (insulin resistance). Hal ini akhirnya menyebabkan gula tidak dapat dicerna kepada bentuk asas dan kandungannya kekal tinggi dalam badan. Ini boleh terjadi kerana pengambilan makanan yang kurang berkhasiat(autoimmune), kurang bersenam serta masalah obesiti.

Tanda kencing manis pula boleh dilihat pada peringkat awal dan tanda akhir dimana simptom yang lebih kronik berlaku apabila sakit ini tidak dikawal. Antara tanda-tanda awal yang dialami pesakit adalah seperti berikut:

 

1- Cepat berasa lapar

Walaupun kandungan gula dalam badan pesakit kencing manis tinggi, namun gula tersebut tidak boleh untuk digunakan untuk menghasilkan tenaga kerana ketiadaan hormon insulin bagi menukarkan gula tersebut ke bentuk tenaga. Keadaan kurang tenaga ini menyebabkan pesakit mudah berasa lapar.

 

Cepat merasa haus dan kerap membuang air kecil

Selain mudah berasa lapar, pesakit diabetes pada peringkat awal juga kerap berasa haus. Hal ini kerana, kandungan gula dalam darah adalah tinggi. Badan pula akan bertindak untuk mengurangkan kepekatan gula melalui air kencing. Hal ini akan mengakibatkan kehilangan banyak air dalam badan dan secara tindak langsung pesakit akan mula berasa haus.

 

Penurunan berat badan

Penurunan berat badan mungkin menjadi perkara yang sering diidamkan oleh ramai orang, namun percayakah anda bahawa ia merupakan antara simptom kencing manis pada peringkat awal. Hal ini terjadi kerana insulin yang sepatutnya bertanggungjawab dalam mencerna gula untuk digunakan oleh sel badan berkurangan ataupun tidak dihasilkan. Akibatnya, badan akan membakar lemak atau otot sebagai gantian sumber tenaga.

Kerap mengalami jangkitan kulit

Pesakit kencing manis juga kebiasaannya sering mengalami masalah imuniti yang rendah. Imuniti ini bermaksud tahap kekebalan sel dalam badan seseorang melawan penyakit. Imuniti yang rendah menyebabkan pesakit mudah untuk dijangkiti kuman.

Pencegahan awal, kawalan dan cara mengatasi kencing manis ini perlu untuk dilakukan sebelum masalah ini bertambah teruk dan mengakibatkan banyak komplikasi terhadap organ. Oleh itu, semua orang terutamanya pesakit kencing manis dinasihati untuk berhenti jika pesakit adalah seorang perokok. Pesakit juga perlu sentiasa memeriksa kandungan gula dalam badan secara berkala. Bacaan kencing manis terlalu tinggi boleh menjadi isu kecemasan bagi para pengamal perubatan. Mereka juga perlu mengurangkan ataupun menghentikan pengambilan minuman alkohol. Amalkan diet yang seimbang terutamanya mengurangkan makanan yang mengandungi gula yang tinggi. Antara makanan ideal untuk pesakit kencing manis adalah seperti makanan yang kurang bergula, rendah tahap kalori serta bijirin. Anda juga boleh mula menghentikan pengambilan gula putih dan bertukar kepada Stevia.  Bagi pesakit yang mengalami obesiti pula, golongan ini digalakkan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya setengah jam sehari selama lima hari dalam seminggu.

 

Kredit :

myhealthmylife

doctoroncall

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu