Skip to main content
search
0

Apa itu kudis buta?

Kudis buta atau scabies ialah penyakit kulit gatal yang disebabkan oleh kutu tungau iaitu Sarcoptes scabiei. Ia merupakan salah satu penyakit kulit yang paling biasa berlaku kepada individu di semua peringkat umur . Kudis buta dianggarkan telah menjangkiti sekitar 200 juta orang pada peringkat global. Artikel pada kali ini akan membincangkan tentang punca, simptom dan rawatan penyakit ini dengan lebih terperinci.

Tahukah anda?

Kutu tungau ini membiak di permukaan kulit dan kemudian masuk ke dalam kulit untuk bertelur melalui laluan atau terowong seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Telur tungau akan menjadi dewasa dalam 1-2 minggu.Pesakit akan mengalami reaksi alergi seperti ruam merah dan gatal disebabkan oleh protein serta najis yang dikeluarkan oleh kutu ini.

Kudis buta merupakan penyakit kulit berjangkit. Ia merebak dengan cepat melalui kontak fizikal rapat terutamanya dengan pesakit yang mungkin berada dalam keluarga, di sekolah, rumah jagaan atau penjara. Selain itu, kutu tungau ini juga boleh di dapati di perabot, cadar tilam serta pakaian.

Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?

Kudis buta biasanya berkait dengan :

  1. Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
  2. tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
  3. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
  4. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).

Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.

Simptom-simptom jika anda mengalami kudis buta

Pada awal pendedahan terhadap kudis buta, ia mungkin akan mengambil masa sehingga 6 minggu untuk simptom-simptom jangkitan ini muncul. Walau bagaimanapun, bagi individu yang pernah dijangkiti kudis buta sebelum ini, simptom-simptom biasanya akan muncul dengan lebih cepat.

Simptom-simptom bagi kudis ini termasuklah ruam dan kegatalan melampau yang akan menjadi lebih teruk pada waktu malam. Menggaru secara berterusan pada kawasan yang dijangkiti akan menyebabkan jangkitan luka. Sekiranya ini berlaku, rawatan tambahan dengan antibiotik untuk jangkitan kulit akan digunakan. Antara kawasan yang biasanya dijangkiti dengan kudis buta dalam kalangan kanak-kanak dan individu dewasa ialah:

  • Pergelangan tangan
  • Siku
  • Ketiak
  • Pinggang
  • Punggung
  • Kawasan di celah-celah jari

Ruam yang berlaku akan mempunyai bintik-bintik kecil atau ketulan di bawah kulit seperti ketulan jerawat.

Bagaimana ianya merebak?

Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui sentuhan kulit ke kulit atau menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang).

Akhir sekali, apa yang paling penting, sentiasa mengamalkan kebersihan diri untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit berjangkit.

Jika anda ada masalah kudis buta seperti di atas, sila klik link di sini.

 

 

Kredit:

Hello doktor

Root of science

Myhealth. Gov

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu