Skip to main content
search
0

Ouch! Sakitnya hanya mereka yang pernah merasai saja tahu. Berdenyut-denyut hingga boleh buat demam jika payudara bengkak menyerang selepas bersalin. Ada ibu yang sampai menangis menahan sakitnya rasa payudara bengkak ini. Denyutannya itu membuatkan kita tidak boleh tidur malah kadang kala nak angkat tangan pun tidak mampu.

 

Jadi apa nak buat jika perkara ini terjadi pada anda? Seelokknya anda bersedia sejak hamil lagi supaya tidaklah terlalu terkejut apabila ia datang menyerang selepas bersalin nanti. Ia terjadi disebabkan penghasilan susu yang menyebabkan ia menjadi bengkak, keras dan akhirnya menyakitkan. Payudara bengkak ini dikatakan lebih kerap berlaku apabila wanita mengalami kesukaran menyusukan anak. Atau jika dia terpaksa dipisahkan dengan bayinya yang mengakibatkan payudara tidak dapat dikosongkan dengan secukupnya. Ada juga kes yang hingga bernanah dan ibu terpaksa menjalani perosedur pembedahan untuk membuang nanah.

 

Antara perkara yang mungkin boleh ibu hadapi jika dibiarkan adalah radang payudara, puting sakit dan merekah sekaligus menyebabkan bekalan susu kekurangan. Ia akan mengakibatkan wanita mungkin berhenti menyusu kerana fobia dengan keadaan payudara yang amat menyakitkan. Justeru, untuk ibu-ibu di luar sana, kali ini kami kongsikan cara untuk mencegah payudara bengkak yang biasa berlaku kepada semua ibu baru bersalin.

 

 

  1. Susukan anak 2 jam selepas berrsalin

Selepas dua jam bersalin, anda dinasihatkan untuk terus cuba menyusukan anak yang mana cara ini dikatakan dapat mencegah terjadinya bengkak pada payudara ibu. Ada yang mudah, dan tidak dinafikan ramai yang sudah ketika awal ini. Tapi perlu anda ingat, yang dihasilkan daripada payudara anda pada awal selepas bersalin ada kolostrum yang amat berkhasiat untuk bayi. Jadi, cuba sedaya upaya untuk menyusukan anak dua jam selepas bersalin sekaligus dapat mengelak risiko mengalami bengkak pada payudara yang akan menyebabkan anda kesakitan dan tidak selesa untuk mengendalikan bayi anda. Ia juga boleh menyebabkan demam yang mendatangkan bahaya kepada ibu lepas bersalin.

 

  1. Susukan anak dengan lebih kerap

Bayi baru lahir memang terkenal dengan sifat sukar tidur. Mereka seolah-olah masih berada dalam perut ibu walaupun selepas dua tiga hari dilahirkan. Jadi anda perlu kejut bayi anda dan susukan mereka dengan lebih kerap. Ia juga penting untuk mengelakkan jaundis kerana ia akan keluar melalui sistem perkumuhan bayi. Adalah lebih baik untuk anda susukan anak dengan lebih kerap selepas bersalin iaitu sekurang-kurangnya berselang tiga jam.

 

  1. Pastikan payudara kosong

Pastikan anda menyusu sehingga kedua-dua payudara kosong. Bagaimana untuk tahu payudara kosong? Anda tidak lagi rasa tegang atau rasa payudara penuh dan bengkak. Jika anak sudah kenyang, anda boleh gunakan pam payudara untuk mengosongkannya dan simpan dalam peti sejuk. Selepas itu boleh dipanaskan seperti biasa untuk beri kepada bayi anda.

 

  1. Elak guna botol

Perkara ini agak sukar bagi ibu yang bekerja. Tetapi bagi ibu yang tidak bekerja, anda mungkin boleh menyusukan bayi anda secara ekslusif tanpa menggunakan botol, Ia bagi memastikan bayi anda mendapat kemahirna menghisap dengan sepatutnya. Tetapi jika ada kekangan dan anda wanita bekerja, anda perlu juga latih bayi untuk menggunakan botol. Tiada masalah pun sebenarnya. Lebih mudah begitu kerana sekiranya ada kecemasan ia tidak akan membuatkan anda pening kepada untuk menyusukan bayi anda dan dia tetapi kenyang jika anda tiada disisinya.

 

  1. Sediakan susu yang sudah dipam

Gunakan pam untuk mengepam payudara anda dan buat stok susu. Bagi ibu-ibu yang bekerja, mereka akan mengumpul stok susu untuk digunakan ketika mereka bekerja nanti. Lebih mudah jika anda ada stok susu untuk ana bekerja dan hanya perlu menambah bekalan dari semasa ke semasa. Bagi memudahkan anda menyimpan stok sus, boleh gunakan deep freezer.

 

Anda mempunyai masalah bengkak susu? Boleh klik link ini ya untuk membantu melegakan masalah bengkak susu.

Cara Cegah Bengkak

Anda mempunyai masalah kurang susu badan? Boleh klik link ini untuk membantu menambah susu badan.


Sumber : TheAsianParent

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu