Skip to main content
search
0

Masyarakat menggunakan minyak kayu putih atau minyak eukaliptus secara umumnya untuk menghangatkan badan, namun minyak kayu putih mempunyai manfaat yang lebih dari itu. Daun eucalyptus yang disuling dengan wap untuk menghasilkan minyak kayu putih mengandungi eucalyptol. Dalam daun minyak kayu putih, terdapat flavonoid dan tanin. Zat tersebut mengandungi banyak antioksidan dan dapat membantu mengurangkan keradangan.

Minyak kayu putih dihasilkan daripada kelenjar spesies pokok kayu putih yang mempunyai lebih daripada 400 jenis spesies. Spesies pokok kayu putih ini kebanyakannya berasal dari Australia, Tasmania, dan pulau-pulau lain yang berdekatan. Minyak kayu putih sangat popular digunakan sebagai bahan perubatan tradisional lebih-lebih lagi di China, India sehingga ke Eropah sejak ribuan tahun dahulu.

Berikut adalah 5 manfaat minyak kayu putih untuk kesihatan.

1. Meredakan Masalah Pernafasan

Salah satu manfaat minyak kayu putih yang paling diperkatakan ialah mampu meredakan masalah pernafasan. Tidak kira dari masalah batuk, demam, sakit tekak atau selsema, semuanya dapat diselesaikan dengan menggunakan minyak kayu putih. Minyak kayu putih mengandungi sifat antibakteria, antifungal, antivirus dan anti inflamasi sehingga menjadikannya bahan yang baik dan amat baik dalam pembuatan ubat-ubatan berkaitan masalah pernafasan.

Menurut kajian daripada  Laryngoscope tahun 2004 menunjukkan bahawa minyak kayu putih yang sudah disuling berupaya mengubati pesakit yang menghadapi masalah selsema dengan lebih cepat. Ini kerana sifat minyak kayu putih itu sendiri yang mengandungi sifat antibakteria yang dapat menghilangkan pada saluran pernafasan pesakit tersebut. 

Manfaat Minyak Kayu PutihSumber: Bamboo Core Fitness

 

2. Membantu Melegakan Sakit Sendi dan Otot

Menurut kajian, minyak kayu putih dapat membantu mengurangkan sakit otot dan sendi. Bahkan beberapa produk krim atau sapuan yang mempunyai fungsi meringankan rasa sakit akibat penyakit seperti osteoartritis dan reumatoid arthritis mengandungi minyak kayu putih.

Minyak kayu putih disarankan untuk pesakit yang menderita reumatoid arthritis, sakit pinggang, terkilir, kejang otot dan sakit sendi dan saraf. Selain itu, minyak kayu putih mempunyai kesan relaksasi pada sistem saraf dan otot. Mengoleskan minyak ini pada sendi atau otot dapat membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan aliran darah pada kawasan sendi atau otot serta dapat mengurangkan keradangan. 

3. Menjauhkan daripada Serangga

Serangga tidak akan datang dekat disebabkan oleh aroma minyak kayu putih yang kuat. Mengoleskannya pada kulit akan menyebabkan serangga termasuk nyamuk akan menjauh. Dengan ini, penyakit akibat daripada gigitan nyamuk seperti penyakit demam berdarah dapat dielakkan. Selain itu, minyak kayu putih juga berguna untuk mengusir kutu yang ada pada bahagian rambut. Rambut yang berkutu, apabila dioleskan beberapa titis minyak kayu putih merupakan salah satu solusi yang baik.

4. Membantu Merawat Luka

Daun minyak kayu putih sering kali digunakan oleh suku Aborigin di  Australia untuk mengubati luka dan mencegah infeksi. Sehingga kini, minyak kayu putih telah digunakan untuk mengatasi keradangan dan mempercepat penyembuhan. Namun disebabkan oleh peredaran zaman, penggunaan minyak kayu putih adalah dalam bentuk krim atau losyen. Krim atau losyen yang mengandungi bahan minyak kayu putih amat membantu dalam merawat luka-luka ringan di rumah.

5. Mengurangkan Sakit Gigi

Sifat minyak kayu putih itu sendiri iaitu anti bakteria dapat melindungi gigi daripada pertumbuhan bakteria. Oleh itu, minyak kayu putih ini berupaya mengurangkan gigi berlubang, plak pada gigi, gingivitis (radang pada gusi), dan infeksi gigi dan penyakit gigi yang disebabkan oleh kuman.

Kajian yang diterbitkan oleh Journal of Periodontology menunjukkan bahwa minyak kayu putih tidak hanya membunuh bakteria berbahaya dalam mulut, tetapi juga mengurangkan jumlah plak pada gigi. Tambahan pula, minyak kayu putih juga dapat mengurangkan bau mulut dan gusi berdarah.

Ingin mendapatkan produk Minyak Herba Asmak yang mengandungi minyak kayu putih? Klik sini. 

Kredit:

Health Kompas
Health Grid
Hello Sehat
MS Health

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu