Gatal-gatal ialah gejala yang boleh di alami oleh orang ramai. Perkara ini selalu berlaku terutamanya bagi mereka yang sudah berumur kerana kulit mereka lebih mudah kering berbanding kulit orang yang muda. Bergantung kepada punca masalah kulit gatal tersebut, ia mungkin kelihatan normal, merah, kasar dan ada di setengah kawasan anggota badan kita penyebab kulit gatal seolah-olah seperti bekas gigitan nyamuk (Bintat). Tabiat menggaru yang selalu akan menyebabkan kawasan kulit yang terlibat menjadi semakin tebal, mudah berdarah dan dijangkiti kuman.
Keadaan menjadi tidak seronok dan selesa apabila kita mengalami gatal-gatal yang berterusan, ini boleh menyebabkan gangguan kepada orang sekeliling dan membuat diri kita menjadi tidak selesa. Masalah ini mungkin berlaku pada sebahagian badan sahaja sebagai contoh di tangan atau di kaki. Tetapi ia juga boleh melibatkan seluruh badan dan bergantung kepada punca kegatalan kulit tersebut. Masalah ini boleh berlaku dalam jangka masa yang lama menyebabkan kawasan yang digaru itu menjadi tebal dan kering.
Terlalu kerap mengalami gatal-gatal, kadang-kadang pelik puncanya dari mana. Antara punca yang boleh dikongsikan ialah:
1. Kulit Kering
Kulit kering biasanya dipengaruhi oleh faktor lingkungan seperti cuaca panas atau dingin dengan tingkat kelembaban yang rendah, penggunaan penghawa dingin dalam jangka masa yang panjang dan kerap mandi.
2.Penyakit Kulit & Ruam
Banyak penyakit kulit yang menyebabkan kulit gatal, seperti ekzema, psoriasis, kudis, kutu, cacar air, panau, gatal-gatal. Dalam isu ini, gatal biasanya mempengaruhi kawasan tertentu sahaja dan disertai dengan tanda-tanda lain, seperti merah-merah, dan melecet.
3.Gangguan Saraf
Banyak penyakit kulit yang menyebabkan kulit gatal, seperti ekzema, psoriasis, kudis, kutu, cacar air, panau, gatal-gatal. Dalam isu ini, gatal biasanya mempengaruhi kawasan tertentu sahaja dan disertai dengan tanda-tanda lain, seperti merah-merah, dan melecet.
4.Iritasi dan Reaksi Alergi
Kain, bahan kimia, sabun dan bahan lain boleh merengsakan kulit dan menyebabkan gatal. Kadang-kadang bahan tertentu boleh menyebabkan reaksi alergi, seperti alergi kosmetik. Alahan makanan juga boleh menyebabkan reaksi kulit gatal. Cara termudah untuk mengetahui ibahawa gatal akan muncul sejurus selepas kita menggunakan atau memakan bahan tertentu dan jika bahan atau makanan tersebut tidak digunakan, gatal-gatal akan hilang.
5.Ubat-ubatan
Reaksi terhadap ubat-ubatan, seperti antibiotic atau ubat anti-kulat boleh menyebabkan ruam dan gatal. Dikenali sebagai penghapusan dadah dan alahan dadah
Inilah antara sebab yang mana ramai tak tahu dan tak ambil tahu. Jika mengalami gatal-gatal pada kulit seluruh badan yang sangat kerap, sebaiknya cari insentif secepatnya atau dapatkan nasihat dari doctor pakar kulit.
Sekiranya anda mengalami masalah seperti ini dan sedang mencari produk untuk mengurangkan rasa gatal-gatal yang berpanjangan klik disini
https://www.honestdocs.id/penyebab-gatal-pada-kulit