Skip to main content
search
0

   Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka. Kelengkapan ketika berpantang yang lengkap juga antara faktor yang menjadikan proses berpantang lancar. 

Selain perlunya kelengkapan ketika berpantang, kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh dapat kembali kepada keadaan asal. Ini termasuk proses pemulihan akibat :

 

  1. kehilangan darah semasa bersalin
  2. pengecutan rahim
  3. keseimbangan hormon
  4. ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
  5. kehilangan tenaga semasa proses bersalin.

 

Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin. Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. Rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan. Jangka masa yang diperuntukkan untuk wanita berada dalam pantang berbeza mengikut budaya, adat dan tempat misalnya :

 

  • wanita Melayu selama 40 hari (hingga 44 hari)
  • dalam kalangan masyarakat Cina, lazimnya tempoh berpantang adalah 30 hari, manakala
  • masyarakat India mengamalkan selama 30 hari.

 

Semasa berpantang sendiri, kita memang ada kecenderungan untuk menjadi ‘malas’ atau ‘mengelat’ kerana tiada siapa yang memantau. Jangan begitu. Walaupun sekarang anda tak merasakan apa-apa kesan, ia mungkin akan menimbulkan masalah pada masa akan datang.

Selain memikirkan hospital terbaik yang sesuai dipilih untuk bersalin, kelengkapan ketika berpantang, persoalan sama ada mahu berpantang sendiri atau di kampung juga sering membelenggu kebanyakan bakal ibu yang menanti saat melahirkan cahaya mata. Baik ibu muda yang baru pertama kali menimang cahaya mata atau yang sudah berpengalaman, kedua-duanya pasti mengidamkan waktu berpantang bukan saja selesa malah tidak mencetuskan sebarang masalah terutama pada emosi diri.

Kelengkapan ketika berpantangKredit: littlelareyloves.com

Ada pendapat menyatakan berpantang sendiri di rumah dengan jagaan suami dan bidan terlatih lebih baik dan tidak membebankan ibu bapa yang sudah uzur di kampung. Namun, ada juga yang menyangkal pendapat itu dengan beranggapan berpantang adalah saat si ibu yang baru melahirkan bayi perlu berada di sisi dan dijaga sepenuhnya oleh ibu atau ibu mentua bagi memastikan diri terjaga rapi. Hakikatnya, kedua-dua situasi itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pemilihan cara berpantang ini juga bergantung kepada keadaan si ibu dan keselesaan masing-masing.

 

Buat para ibu yang berada dalam zaman moden ini, isu berpantang selepas bersalin merupakan salah satu isu yang pastinya menimbulkan dilema dalam diri. Sama ada mahu mengamalkan petua berpantang orang zaman dahulu atau berpantang mengikut nasihat pakar perubatan masa kini? Seiring dengan gaya hidup zaman sains dan teknologi masa kini, kemajuan sains perubatan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Jika dahulu, adalah sangat sukar untuk kita mendapatkan maklumat-maklumat tentang kesihatan. Tetapi kini, semuanya berada di hujung jari. Hanya dengan satu klik, pelbagai info kesihatan sahih dapat kita perolehi.

 

Selepas melahirkan anak, proses seterusnya adalah anda akan menjalani prosedur berpantang. Dalam berpantang memang banyak benda yang anda tidak digalakkan buat contohnya dari segi pemakanan. Ada yang boleh makan dan ada yang tak boleh makan. Namun, buat ibu-ibu yang pertama kali bakal menempuh situasi ini mesti bingung juga barang apa yang perlu disediakan. Jadi, ini antara 7 kelengkapan ketika berpantang yang anda kena ada.

 

1. Pam Susu

Pengepam susu adalah antara barang yang menjadi keperluan utama bagi ibu yang selesai bersalin. Disarankan untuk anda membeli pam susu yang mempunyai fungsi double pumping jika mempunyai bajet yang lebih. Dengan adanya pam susu yang lebih berkualiti, proses pengepaman susu untuk anak akan menjadi lebih efektif.

 

2. Baju T-shirt

Pemakaian yang selesa adalah sangat penting untuk memudahkan pergerakan ibu yang sedang berpantang. Maklumlah, nak berjalan laju pun tak boleh lagi kan? Jadi, untuk keselesaan memang ibu yang tengah berpantang ni kebanyakkannya akan pakai t-shirt sahaja di rumah. Jadi, bagi anda yang jarang pakai pakaian sebegini, inilah masa yang sesuai untuk lebih keselesaan.

 

3. Nursing Bra

Nursing bra adalah sejenis pakaian dalam yang berlainan dari yang biasa. Ada dalam kalangan ibu yang ingin menyusukan anak secara sendiri, penggunaan nursing braadalah sangat berguna kerana mempunyai fungsi yang memudahkan proses penyusuan. Bukan itu sahaja, anda pun tak akan merosakkan pakaian dalam yang biasa untuk menyusukan anak.

 

4. Kain batik

Ini adalah barang keperluan semasa berpantang yang paling popular sejak zaman dahulu lagi. Penggunaan kain batik sebagai pengganti seluar amat penting untuk keselasaan ibu dalam berpantang. Ini penting juga kepada ibu yang bersalin secara pembedahan supaya bekas jahitan tidak terganggu dengan material kain.

 

5. Set Berpantang

Sudah bermacam-macam jenama set berpantang boleh didapati di pasaran sekarang ini. Set berpantang ini sudah dilengkapi dengan makanan herba, tungku pemanas dan juga barang mandia herba untuk kegunaan anda. Jadi, tak payah nak risau tentang barang kesihatan yang susah dijumpa kerana set berpantang ini ada kesemuanya.

Kelengkapan ketika berpantang

Klik sini untuk mendapatkan set lengkap berpantang daripada Asmak. 

 

6. Stokin

Untuk memastikan kaki anda sentiasa panas dan tak masuk angin, pemakaian stokin ketika berpantang adalah sangat penting. Kalau boleh pada waktu siang dan malam pun anda kena pakai juga stokin ini supaya badan kita pun teerjaga dari angin sejuk. Bukan itu sahaja, bila dah pakai stokin ni dapat mengurangkan kesakitan kaki ketika berjalan.

 

7. Tuala Wanita

Penyediaan tuala wanita atau sanitary pad juga perlu untuk wanita yang berada dalam pantang. Khususnya bagi anda yang melahirkan anak menggunakan kaedah ceasarian. Tempoh adanya narah nifas selepas melahirkan anak adalah 15 hari tetapi mungkin akan berbeza bagi sesetengah orang. Jadi, jangan lupa beli tuala wanita banyak-banyak ya!

Terdapat banyak perubahan yang akan berlaku kepada ibu selepas melahirkan bayi. Ianya merupakan suatu perubahan besar dalam hidup terutamanya bagi para ibu yang pertama kali menimang cahaya mata.

Dalam keadaan ibu yang masih belum sihat sepenuhnya selepas bersalin, saat ini sememangnya waktu yang sukar kerana ibu bukan sahaja perlu menjaga kesihatan diri, malah turut perlu menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi yang baru dilahirkan.

Suami dan ahli keluarga terdekat seharusnya memberi sokongan padu dari segi mental, fizikal, emosi dan moral kepada para ibu agar ibu berpantang selepas bersalin ini dapat sentiasa berfikiran positif.

Buat para ibu, nikmati waktu berpantang kerana tidak semua orang melaluinya. Jika ibu-ibu dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dalam diri dari segi fikiran mahupun emosi, usah berlengah lagi, dapatkan rawatan segera.

 

Jika ibu berpantang selepas bersalin mengalami sebarang masalah kesihatan atau kemusykilan tentang diri sendiri mahupun bayi, maklumkan kepada jururawat yang datang melawat para ibu di rumah. Ibu-ibu seharusnya pergi ke klinik atau hospital jika perlu.

 

Antara simptom-simptom merbahaya buat para ibu selepas bersalin adalah :-

  • Demam melebihi 38°C.
  • Sakit kepala yang teruk diiringi dengan mata kabur, muntah dan kaki bengkak.
  • Darah nifas yang keluar begitu banyak secara tiba-tiba. Ditambah dengan pening kepala atau denyutan nadi yang laju.
  • Sakit dada dan sukar bernafas secara tiba-tiba. Ditambah pula jika ibu turut mengalami batuk darah dan pening kepala.

 

Dalam keadaan seperti yang dinyatakan di atas ini, para ibu perlu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan daripada mereka yang lebih pakar. Pelbagai amalan yang baik dan tidak elok kita lakukan semasa dalam proses berpantang. Bagi masyarakat Melayu, berpantang merupakan amalan yang mesti dilakukan dan menjadi tradisi turun temurun. Amalan berpantang ini adalah sebagai persediaan kepada tubuh badan mereka kelak supaya masih sihat dan bertenaga. Amalkan cara berpantang yang selamat dan sihat untuk tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan. Jangan sesekali ambil mudah tentang penjagaan berpantang kerana ianya faktor penting yang mempengaruhi emosi serta daya tahan badan pada masa hadapan.

 

Kredit:

myhealth.gov.my
100comments.com

 

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu